Tuesday, February 28, 2012

ISU-ISU HOT & PANAS DI MAJLIS PENERANGAN PERDANA PARLIMEN TAPAH, PERAK. Terkini


Salam buat semua rakan2 bloggers serta penjengok blog KAPAKTAJAM, semoga beroleh perlindungan Allah SWT didalam memenuhi tuntutan hidup didunia yg fana ini.

2. Kalau kelmarin kita berinterkasi dari Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar, maka pada hari ini 28hb/2/2012 kita menyusuri pula Dewan Merdeka Tapah, Perak dalam program “PENERANGAN PERDANA – ISU ISU SEMASA – ANJURAN NGO ISLAM DENGAN KERJASAMA – Pusat Khidmat Adun Ayer Kuning Tapah, Perak, YB Dato Hj Samsudin Hj Abu Hassan bersama YB Datuk Hj Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di JPM dan YB Dr Muhammad Fairus Kamaruddin, mantan Tim. Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, untuk membela rakyat dan memberikan informasi2 yg tepat dan terkini, agar rakyat sentiasa sayangkan Negeri dan Negara tercinta, demi kegemilangan Syiar Islam dibumi Melayu bertuah ini.

3. Program Penerangan Perdana ini dibuat selain untuk memberikan penerangan kepada rakyat, ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi sulaturahim yg telah sedia terjalin disamping memperkenalkan pemidato2 hebat, agar apa yg disampaikan itu adalah mesej2/informasi terkini dari luar. Dengan kehadiran mereka seperti, YB Dr Mohamad Fairus Kamaruddin, selaku Mantan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang dan juga YB Dato' Ahmad Maslan, selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia, maka berita-berita dari luar dapat dijelaskan secara terperinci agar rakyat mendapat maklumat yg betul dan tepat serta tidak mudah pula untuk diperkotak-katikkan oleh dakyah pembangkang yg sentiasa sahaja mengambil kesempatan atau dgn erti kata lain "suka menangguk diair keroh".

4. Kepakaran org kanan bekas PKR yg juga kumpulan elit pakar strategis PKR satu ketika dulu, Yb Dr Muhammad Fairus ini menguatkan lagi cerita dan keadaan sebenar dalam "kelambu" PKR. Beliau yg mmg kuat berjiwa Islam dan Melayu serta digolongkan dikalangan org2 yg berilmu, maka tidak syak lagi apa yg dinyatakan itu jelas benar serta shahih. Terutamanya kisah yg berkaitan Presiden PKR yg mana beliau adalah dtg dari kawasan yg sama - Parlimen Permatang Pauh. Beliau juga sering berdamping dgn Anwar sejak di UIA lagi semasa beliau menyandang jawatan Presiden Pelajar Sains Politik di UIA. Dgn ilmu yg ada, beliau boleh melihat mana yg benar dan mana yg bathil, maka jiwa beliau memberontak dan sanggup meninggalkan jawatan dan habuan2 berharga lain drp menjadi pengkhianat Islam dan bangsa Melayunnya sendiri.

5. Ketidak ikhlasan LGE dalam mentadbir Negeri P Pinang dan sering bersikap terlalu "chauvanist" terhadap bangsa Melayu, menjadikan beliau bertambah pudar terhadap Kepimpinan PKR yg dilihat sering tunduk bila berhadapan dgn DAP. Malahan Anwar juga jenis manusia yg tiada prinsip dan berperangai lidah bercabang, dgn kaum Cina cakap lain dan dgn kaum India juga cakap lain. Sentiasa berbeza2 dan terlampau menberikan pengharapan kosong sahaja demi mendapat sokongan dan undi rakyat sahaja. Adakah ini jenis manusia yg bertanggungjawab terhadap rakyatnya bila sudah berkuasa nanti? Kapak bersyukur kehadrat Allah SWT yg memberi hidayah kpd YB Dr Muhammad Fairus utk meninggalkan perjuangan yg sia2 itu demi Islam dan Bangsa Melayu.

6. Jelas lar sekarang, apa yg berlaku hari ini, memang itulah yg dilakukan oleh puak2 pembangkang ini kerana mrk telah kehabisan modal. Apa jua isu dan propaganda yg mereka tabur, Kerajaan dpt menanganinya melalui pemidatonya yg siapsiaga memberikan penerangan demi penerangan yg tepat agar rakyat tidak gelisah dan berada diambang "DELIMA MINDA" yang merosakkan. Contoh2 propaganda pembangkang adalah didalam isu spt :

i). NFC- National Feedlot Corporation.

a) Isu ini telah menjadi isu national dan pembangkang telah menghentam kiri dan kanan Kerajaan dan dilebelkan sebagai "Maha Rasuah", pencuri duit rakyat, kronism tegar dan yg paling teruk sekali adalah BN menzalimi rakyat dgn membelaanjakan wang cukai dgn sewenang-wenangnya, ibarat duit cukai itu adalah bapak die punya!. Perkara ini jika tidak ditangani sebaik mungkin dan diperjelas situasi sebenar, maka rakyat akan mudah terpengaruh dan mengiyakan sahaja serta bahananya akan diterjemahkan oleh rakyat di PRU 13 nanti.

b) Maka untuk menanganinya program seperti ini, iaitu perjelasan akan isu tersebut wajar dibuat, namun ia biarlah berpada agar tidak mendahului mahkamah. Seperti yg kita sedia maklum YB Sharizat Jalil adalah "Ketua Wanita UMNO" Malaysia, dan pergerakan wanita adalah penyumbang Utama jentera parti dan kekuatan Wanita BN di seluruh Negara. Kerja2 mrk adalah hebat, dan sebagai perayu Undi memang2 terbaik dan tiada siapa pun boleh menidakkannya. Jadi Wanita adalah Tonggak kemenangan UMNO dan Barisan Nasional.

c). Oleh itu, Puak2 pembangkang dgn pakar2 strategis mrk di ketuai oleh Yb Azmin Ali dan dibantu oleh Pakar Strategis yg tidak asing lagi di Zaman BN (org paling rapat dgn Wan Azizah & Anwar) serta Rafizi telah menyusun strategi pintas, dgn mencanang setiap keburukan, kerakusan dan kejelikan Keluarga Sharizat Jalil, agar tempias itu menjurus kpd Shahrizat. Bila “GAME” mrk ini menjadi maka akan lemah lar WANITA UMNO yg menjadi tonggak kekuatan UMNO/BN di PRU 13 nanti. Walhal Sharizat adalah di Kementrian Wanita & Keluarga, dimana Projek tersebut berada di Kementrian Pertanian, ia berbeza Kementerian dan Jemaah menteri semasa meluluskannya juga tidak ada Shahrizat bersama-sama dlm permesyuaratan tersebut.

d). Fakta penting disini adalah pinjaman itu berbentuk "GRANT" dan bentuk ini pemohonnya wajar membayar balik pinjaman tersebut. Jadi, Natijahnya Kerajaan wajar meminta peminjam ini membayar semula pinjamannya setelah tamat tempoh. Jadi, risiko kehilangan wang sebanyak itu adalah tidak membimbangkan dgn erti kata lain "Loan is Secured". Jika ini tidak diperjelaskan kepada rakyat maka ia kan menjadi duri dalam daging BN ketika PRU 13 nanti.

ii) Kes Liwat Anwar Ibrahim – Keputusan Hakim, Anwar di Lepaskan kerana Kekurangan Bahan Bukti dan di Khuatiri Bukti Telah Tercemar.

a) Kapak masih ingat dihari pengumuman keputusan mahkamah terhadap Anwar, bahawa Hakim hanya mengambil masa kurang dari lima (5) utk mengumumkan penghakiman. Ia menjelaskan bahawa Anwar dilepas krn tiada bukti yg konkrik dan bebas dari “Usikan”. Bila ini berlaku, maknanya Anwar belum lagi terlepas sepenuhnya dan, pada bila2 masa sahaja bila bukti baru diperolehi, maka kes akan dibuka semula. Buat ketika ini Sdr Saiful telahpun membuat rayuan dan kes akan sentiasa berjalan dan akan dibuka pada bila2 masa sahaja. MAKNAnya disini, ANWAR masih belum terlepas dan beliau juga semakin takut dgn bayang2nya sendiri.

b) Rakyat Malaysia masih ingat seminggu sebelum Keputusan Hakim dibuat telah bermacam2 cerita yg dibuat oleh Kumpulan Pembangkang serta berbagai2 tuduhan terhadap Kerajaan BN. Mereka juga menyatakan bahawa Keputusan Hakim sudah mesti tidak menyebelahi Anwar dan mrk telah bersiap dgn lebih 3000 penyokong (Target mrk 100,000) untuk membuat “Demonstrasi Membantah Keputusan Hakim”, memang ini yg Anwar hendakkan, agar seluruh Dunia tahu dan akan melihat betapa zalimnya Kerajaan BN pada ketika ini. TAPI, Allah maha kaya, keputusan yg diumumkan adalah sebaliknya, sebab itulah Anwar berkeruk muka dan senyum kambing sahaja bila mendengarnya, krn dia tahu ia tidak seperti dirancang dan sudah pasti beliau masih belum terlepas dari kes ini. (Episod kes ini akan bersambung dgn penemuan bukti2 baru, tunggu dan lihat)

7. Mari kita berbalik kpd isu2 panas yg akan disampaikan kepada Rakyat Tapah. Kali ini kita lihat pula apa yg YB Dato Hj Ahmad Maslan akan sampaikan, selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Rakyat Malaysia telah sedia maklum bahawa Tahun 2008 merupakan tsunami politik yg terhebat di Malaysia. Kerajaan BN telah kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen dan telah kalah di lima (5) Negeri. (Perak telah kembali pada tahun 2009 selepas 9 bulan dibawah PR). Senario itu telah melihatkan kita betapa agresifnya PR dgn semangat yg membara utk merampas juga Kerajaan Pusat dgn berbagai2 tohmahan dan suapan rasuah politik yg digembar-gemburkan.

8. Terdesaknya beliau sehinggalah,Anwar telah sanggup menyatakan kepada rakyat dgn PEMBOHONGANNYA, bahawa telah mendapat perkenan/restu YANG DI PERTUAN AGUNG, untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan pada 16hb. September, 2009, krn 30 org Ahli Parlimen BN akan melompat masuk ke Pakatan Rakyat. Dan cerita dongeng itu masih berkisar sehinggalah sekarang. Cukup hebat manusia jenis Anwar Ibrahim ini, hingga sanggup mempermainkan nama YDP Agung. Begitu lar liciknya permainan Anwar dlm berpolitik dan akan berbuat apa sahaja utk mendapatkan “KUASA”.

9. Jadi, tidak heran lah kita rakyat Malaysia, jika sekarang dia begitu sayangkan Negara Israel dan sanggup menjaga kepentingan dan keselamatan Israel yg secara tak langsung akan mendapat sokongan Amerika dan sekutu Eropahnya, dgn membelakangkan rakan sesama Islam di Palestin yang telah dirobek2 oleh Tentera Zionis Israel. Tidak hanya itu, beliau sanggup juga menggunakan Nama Setiausaha Agung Ikhwanul Muslimun, apa yg diperkatakan itu telah mendapat restu/persetujuan beliau. Disini sekali lagi, Allah Maha Kaya dan berkuasa, selang 3 hari SU Ikhwanul Muslimun ini telah menafikan berita itu…. Allahuakbar, jenis apakah manusia jenis Anwar Ibrahim ini. Adakah sesuai untuk Rakyat Malaysia jadikan beliau sebagai Perdana Menteri? Mungkin juga akan jadi Perdana Menteri “BONEKA” Amerika/ISRAEL/SINGAPURA DAN EROPAH. Nauzubillahhiminzaliq!!!!!!.

10. Pakatan Pembangkang juga telah memainkan isu “barang naik” . Secara berseloro YB Datuk Hj Ahmad, menyatakan barang naik ni bagi LELAKI mmg hebat…. Tapi klu barang2 keperluan asas yg naik harga, maknanya Kerajaan kena tampil dan memberikan pertolongan dan bantuan kepada rakyat. Isu barang naik adalah isu global. Bila barang keperluan ini perlu di impot disebabkan kekurangan bekalan tempatan spt, Beras, Gula, Tepung, Petroleum, Gas Memasak, dan berbagai2 lagi, maka TIADA CARA lain bahawa Kerajaan BN/UMNO wajar mengenal pasti kedudukan kewangan/reserve Negara berapa dan bagaimanakah yg boleh digunapakai utk membantu rakyat terutamanya golongan yg sederhana dan miskin. Utk itu cuba kita lihat kelipan Gambar disebelah ttg insentif dan subsidi Kerajaan BN berikan utk menangani isu ini.

11. Memang sudah menjadi kelaziman Pembangkang, bahawa mrk asyik saja memfitnah itu dan ini dan masih tidak dapat menerima apa saja tindakan dan bantuan yg telah Kerajaan lakukan dan berikan kepada rakyat. Mereka merasa tercabar dan irihati bila di awal tahun 2012, Kerajaan telah memberikan suntikan semangat kepada seluruh Rakyat Malaysia dgn berbagai bantuan demi membantu meringankan beban rakyat. Perkara ini amat amat menyentuh Penduduk Asing/Luar yg tinggal di Negara ini,dimana mrk mengatakan bahawa tiada satupun di dunia, yg boleh berbuat seperti Malaysia yg amat2 menyayangi Rakyatnya sedemikian rupa. Lihat lar…… Rakyat Asing sendiri boleh menilai akan keikhlasan bantuan Kerajaan demi rakyatnya.

12. Apa yg mrk juga perhatikan, bahawa Rakyat Malaysia seperti ditatang dimana dari mula dilahirkan sudah dapat menikmati bantuan dan pertolongan Kerajaan BN. Apa tidaknya, bila lahir shaja, anak itu dilahirkan di Hospital/Klinik Kerajaan Cuma bayar RM1. Bila sudah mula bersekolah darjah 1, yuran dan buku2 sekolah juga diberikan percuma. Bila dah meningkat dewasa Tkt 1-5 diberikan biasiswa/duit poket kpd yg betul daif dan bila dapat masuk Universiti IPTA/IPTS diberikan pinjaman mudah PTPTN faedah 1% dan hanya mula dibayar bila dah dapat kerja. Bila nak kahwin pulak digalakkan kahwin di masjid dan beramai2, Jabatan Agama Islam melalui wang zakat memberikan segala bentuk bantuan berkeluarga baru dan perumahan. Akhirnya, bila dah tua dan kembali ke rahmatullah pun, nk ke kubur masih menikmati bantuan kerajaan dgn menggunakan Kereta Jenazah Kerajaan BN/UMNO. Rakyat Malaysia sedar dan lihat lah betapa ikhlas dan komittednya Kerajaan BN/UMNO dalam memerintah tanpa mengabaikan langsung kehidupan rakyatnya.

Akhir kalam dari KAPAK, setelah melihat semua yg diberikan dan disediakan oleh Kerajaan BN/UMNO ini dan bukan hanya sekarang ia berbuat sedemikian, malah telah lebih 54 tahun Kerajaan menjalankan Konsep Negara Berkebajikan sehingga tercabar PAS dan Pakatan Pembangkang yg mula nak meniru dan sanggup menghapuskan Kerajaan Negara Islam dan menggariskan Kerajaan Berkebajikan, kononnya mrk lah HERO Negara Berkebajikan. Malu nak kata, Kerajaan BN/UMNO telah laksanakan lebih 54 tahun, dan mrk baru nak berkokok nak memulakan, TETAPI dah riuh sekampong…. Allahukbar malu kita melihat gelagat mrk ini. Masih tidak mahu mencermin diri. Sudah lar tu, utk merealitikan satu PAKATAN ASAS pun masih belum dpt bersepakat dan hingga hari ini masih menggunakan lambang masing2 disebabkan saling curiga mencurigai, macam mana pulak nak mentadbir Negara Malaysia. Sudah lar tu. Memang betul kata pepatah org lama “ Biar lar mrk hidup dgn Angan2 Mat Jeninnya.--- Akhirnya cuma Kapak harapkan mrk sedar dan kembali ke pamgkal jalan dan diterima se adanya.

Wassalam dan Wallhuaklam. Terima Kasih

********** Jgn lupa terus bersama kapaktajam dgn infor2 menarik dan terkini. Terima kasih juga KAPAK ucapkan kepada rakan blog kapak dan penjengok blok kapak yg berada di luar Negara spt di Russia, AmeriKa, Canada, Amsterdam, Greece, London, Jepun Korea, Australia, New Zealang,Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dll. Ia amat memberikan semangat untuk terus menulis dan menyediakan infor terkini, agar disana juga mendapat maklumat yg benar, jelas dan shahih.

No comments: