Thursday, February 16, 2012

KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN RAKYAT AMAT DI UTAMAKAN - Kesan Wabak Penyakit Jangkitan AGE



Beberapa minggu kebelakangan ini di Negeri Perak terutamanya di Daerah Batang Padang dan Hilir Perak dikejutkan dengan wabak penyakit berbahaya yg boleh membawa maut terutamanya kepada kanak-kanak. Penyakit yg berjangkit melalui air dan manusia ini dikenali sebagai - Akut Gastroenteritis AGE.

2. Di atas keperihatinan terhadap kesejahteraan rakyat disini, YB Dato Samsudin Adun Ayer Kuning telah bersama-sama Timbalan Menteri Kesihatan YB. Datuk Rosnah Shirlen termasuk juga Pengarah Kesihatan Negeri, telah melawat pesakit-pesakit di Hospital Tapah pada 15hb.Feb, 2012, jam 9.30 pagi.

Sementara itu, EXCO Kesihatan Negeri YB Dato Mah Hang Soon serta YAB Menteri Besar Perak Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir, juga telahpun meluangkan masa melihat sendiri derita yg dihadapi oleh pesakit2 tersebut di Hospital Tapah. Kesungguhan dan keperihatinan yg ditunjukkan oleh semua Kepimpinan Negeri dan Pusat terhadap isu ini amat-amat menyentuh hati nurani rakyat, sesuai dgn slogan yg laung2kan selama ini “ Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan”. Maka amat wajarlah rakyat Negeri Perak membuat penilaian sendiri dgn fikiran terbuka bahawa Kerajaan Negeri yang ada sekarang wajar dikekalkan selepas PRU 13 nanti.




3. Berbalik kpd penyakit berjangkit, jika diteliti bahawa penyakit ini merebak dan menular dgn cepatnya melalui air dan makanan. Oleh itu, adalah dinasihatkan kpd orang ramai terutamanya warga Daerah Btg Padang dan Hilir Perak khususnya serta keseluruhan warga Negeri Perak, agar memasak air minuman sebelum diminum. Siasatan awal mendapati, bahawa penyakit ini merebak dan menular dari Loji Tadahan Air Bukit Temoh Tapah, dimana ia menyalurkan bekalan air utk Btg Padang dan Hilir Perak. Walaupun ia masih disiasat dimana punca sebenarnya, apa yg lebih penting, rakyat/warga Daerah dan Negeri ini, wajar menjaga amalan pemakanan dan minuman agar apa jua penyakit yg berjangkit tidak merebak sewenang-wenangnya.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan, melalui Jabatan2 Kesihatan Daerah wajar meneruskan kempen kebersihan disemua segi penyediaan dan perbekalan makanan agar punca segala penyakit berjangkit yang berbahaya ini dapat dihindarkan.

Nota Rujukan:

Sumber dari Sinar Harian 16/2/2012

Kes Jangkitan akut gastroenteritis AGE Dikesan Di Perak | AGE diperak
Sebanyak 142 lagi kes jangkitan akut gastroenteritis (AGE) dikesan di Perak pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhannya 2,686 kes hajangkitan akut gastroenteritis (AGE).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata daripada jumlah itu, 94 kes jangkitan akut gastroenteritis (AGE) dikesan di Hilir Perak manakala 48 kes di Batang Padang.

“Setakat ini jumlah keseluruhan kes jangkitan akut gastroenteritis (AGE) di Hilir Perak sebanyak 1,730 manakala di Batang Padang sebanyak 956 kes,” katanya ketika dihubungi, Ahad.

Jumaat lepas, dua bayi masing-masing berusia dua bulan dan 10 bulan meninggal dunia di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali ‘Rotavirus’ yang menyebabkan kes AGE.

Sementara itu, kerajaan negeri Perak mengarahkan semua agensi dan jabatan terutamanya Kementerian Kesihatan untuk terus memantau dan mengenal pasti punca kematian dua bayi berkenaan. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Francais 1Malaysia Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung pada Ahad, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mengambil apa sahaja tindakan perlu bagi memastikan kes jangkitan akut gastroenteritis (AGE) tersebut tidak berulang.
“Laporan awal dari Kementerian Kesihatan mendapati jangkitan akut AGE atau penyakit berjangkit bawaan air dan makanan mengakibatkan dua bayi maut di Perak baru-baru ini dipercayai berpunca daripada paip air yang tercemar.

“Bagaimanapun, punca kes jangkitan akut gastroenteritis (AGE) tersebut masih lagi dalam siasatan. Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai diminta memasak air terlebih dahulu sebelum diminum.

Laman Blog. Paip air tercemar punca wabak AGE


TIONG LAI (dua dari kanan) dan Raja Ahmad Niza (kanan) melihat seorang pengunjung menjalani pemeriksaan kesihatan percuma di K.Klub, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Wabak Acute Gastroenteritis (AGE) atau penyakit berjangkit bawaan air dan makanan yang mengakibatkan dua bayi maut di Perak baru-baru ini dipercayai berpunca daripada paip air yang tercemar.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagaimanapun pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian itu.“Mungkin saluran paip di kawasan terlibat telah tercemar dan sebab itu kita tidak menerima laporan kes jangkitan AGE di kawasan-kawasan lain,” katanya selepas merasmikan Program Kesihatan Rakyat Parlimen Gombak di K.Klub, Taman Melawati di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Kelab Veteran Utusan Melayu, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail.
Tiong Lai berkata, siasatan akan turut dibuat terhadap kemungkinan wabak itu berpunca dari Loji Pembersihan Air Bukit Temoh, Tapah yang menyalurkan air di Hilir Perak dan Batang Padang.

“Setakat ini, wabak itu masih terkawal dan hanya dikesan di kawasan terbabit,” katanya.Kosmo! semalam melaporkan sebanyak dua kes kematian melibatkan kanak-kanak berusia 10 dan dua bulan dilaporkan pada minggu lalu di daerah Hilir Perak akibat wabak AGE.

Dalam tempoh bermula penghujung Januari hingga 9 Februari lalu, sebanyak 2,236 kes AGE dikesan di daerah Batang Padang dan Hilir Perak.

No comments: