Sunday, February 12, 2012

JANGAN HANYA GAH SENDIRI TAPI TAK BOLEH MENGUNDI

KAPAK, amat2 terkilan dgn apa yg dinyatakan oleh akhbar utusan hari ini - 13/2/2012 dimana hampir 400,000 ahli UMNO masih gagal untuk mendaftar untuk jadi pemilih di PRU 13 yg akan datang ini, jika masih gagal utk berbuat sedemikian dalam waktu yg terdekat ini. Dari jumlah tersebut didapati bahawa majorinya adalah kumpulan org2 muda. Ia menjadi sesuatu yg aneh bila difikirkan didalam mrk ini menjadi ahli UMNO, kenapa mrk tidak mendaftar sebagai ahli pengundi? Persoalan ini sering bermain di minda kita, adakah berikut ini yg menjadi penghalang mrk berbuat sedemikian:-
1. Adakah mrk yg sudah menjadi ahli Umno ini hanya utk suka suka menjadi ahli tanpa memikirkan utk menjadi pemilih?

2. Apakah sessi penerangan yg sering dibuat dan berbagai2 sesi latihan yg dilaksanakan kpd ahli itu hanya sekadar datang dan hadir untuk suka suka krn dapat dok hotel dan makan free?

3. Kenapa topik dan isu ini masih menjadi isu hangat? Sedangkan di setiap bahagian juga telah diujudkan Biro2 keahlian? Tak berfungsikah mrk atau sekadar hanya mahu memenuhi kerusi jatawan dan dpt kesana sini mengikuti bengkel2 yg dijalankan dihotel2 5 bintang dan lupa tanggungjawab yg di amanahkan. Tidakkah mrk ini memikirkan bahawa kemenangan BN adalah bergantung kepada jumlah pengundi baru/Muda pada PRU 13 nanti.

4. Ramai telah mengingatkan kepada jentera BN agar lebih memberikan tumpuan pada golongan pengundi muda, krn kumpulan ini amat2 terdedah kpd alam siber yg punyai bermacam2 idea sama yg hak atau yg bathil. Tun Daim juga telah bersuara terhadap hal ini.

5. Sebelum terlambat UMNO khususnya wajar dan perlu bertindak tegas di atas kepincangan yg berlaku. Adalah amat memalukan jika ahli Umno sendiri yg sering mengikuti berbagai program kerajaan dan sering mendukung program2 tersebut, namun dikala hari mengundi, mrk tidak layak mengundi....... Apakah ini yg kita mahukan?

6. Kepada jentera Umno keseluruhan, lihat dan analisa lah. Dapatkan Data terkini ahli Umno dibahagian masing2 dan bandingkan dgn Data pemilih terkini yg dikeluarkan oleh SPR, buat senarai pendek dan kesan mrk serta minta mrk pergi mendaftar dgn segera. Ingat, mmg menjadi tabiat org Melayu yg suka mengambil mudah tanpa menghitung kesannya dalam lanskap politik tanahair.

7. Perlu diingat bahawa kerja ini adalah satu kerja yg dilakukan secara ikhlas demi Agama, Bangsa dan Tanahair. Hanya kpd mrk yg memahaminya dan bersifat jatidiri akan terus dan ters melakukannya demi anak watan negara Malaysia tercinta.

Akhir kalam dari KAPAK, dopohonkan agar semua Ketua Bahagian Umno Seluruh Negara dan khusunya bahagian2 Umno di negeri Perak ini wajar bertindak cepat sebelum terlambat. PRU 13 kian menjelma, jadi, di masa yg masih berbaki ini, maka lakukan lah sesuatu agar kita tak menjadi seperti " menang sorak tapi tanah halaman tergadai" yakni kita gah dgn berbagai2 program rakyat, bantuan duit sekolah, baucer buku, BRIM, rumah nelayan, bantuan pertanian, bantuan rumah Pprt dan berbagai lagi dengan jumlah kehadiran yg amat2 ramai, tetapi kenapa kita kalah dlm pelihanraya? Jgn kita menyesal di kemudian hari, bila dianalisa semula kaum muda/mudi yang menjadi ahli umno tidak dapat mengundi.... Ingat, jumlah 400,000 itu adalah satu angka yg amat2 banyak, krn waima jika kita menang SATU undi pun kita masih dilayakkan menang dan boleh menduduki kerusi perwakilan di Dewan Undangan Negeri ataupun Di Dewan Parlimen. Jangan jadikan kelewatan itu satu penyesalan yg harus dibayar dgn maruah anda.

Wallahuaklam. Terima kasih.

No comments: