Sunday, February 19, 2012

INGATAN KERAS UNTUK PEMIMPIN UMNO...!!! BANGSA MELAYU KIAN HANCUR DEK PERPECAHAN DEMI KUASA DAN LABA !!!!



Perubahan zaman yang dilalui negara dari dulu sehingga sekarang tidak sepatutnya merubah prinsip dan nilai perjuangan pemimpin UMNO dalam membela bangsa dan tanah air.

Pemimpin terdahulu mempunyai semangat perjuangan nasionalisme yang amat tinggi sehingga sanggup berkorban apa sahaja untuk menjaga kepentingan bangsa dan tanah air tanpa mengharapkan sebarang ganjaran dan kedudukan.

Nilai berkenaan tidak boleh ditinggalkan dan diketepikan oleh pemimpin yang ada ketika ini, malahan ia tidak boleh ditukar ganti.

Berikut adalah ucapan Perdana Menteri Malaysia!

Kenyataan dan ucapan seperti ini harus selalu kedengaran keluar dari seluruh pimpinan UMNO atau pun kabinet Malaysia.

Jarang sekali kebelakangan ini kedengaran pimpinan UMNO mengucapkan perkataan-perkataan seperti nasionalisme atau idealisma UMNO atau pun bangsa melayu.

Perkataan ini semakin asing bagi sebahagian dari pemimpin!

Pemimpin UMNO patut sedar, sejak perkataan ini beransur-ansur pupus keluar dari mulut merekalah bermulanya timbul perkataan-perkataan alternatif seperti kronisma, nepotisma, poketisma dan lain-lain isme buruk yang dilabel kepada mereka oleh pihak lawan.

Pemimpin UMNO patut belajar dari mana asal usul perigi buta!

Perigi buta menjadi tempat tinggal binatang berbisa seperti ular, kala atau jengking. Perigi buta juga menjadi tempat buangan segala sampah sarap dan kotoran. Sampah sarap inilah yang akan menimbus terus perigi buta dari pandangan ramai.

Perigi menjadi buta bila ia tidak berfungsi atau digunakan mengikut norma yang sepatutnya. Air perigi akan hilang kualiti dan mungkin bahaya untuk diminum. Ini disebabkan air tidak bertukar ganti kerana mata air akan terhenti atau pindah mengisi takungan yang lebih rendah bila aras atau level air sampai pada tahap tertentu mengikut ketinggian struktur bumi sekitarnya.

Itu sifat atau norma kejadian sebuah perigi.

Pemimpin UMNO hari ini harus kaji kenapa mereka terlalu mudah mendapat musibah atau terlekat persepsi buruk dari pandangan umum.

Akal yang tidak digunakan dengan baik tidak akan bercambah. Akal akan terus bercambah apabila ia dikerah untuk berfikir. Jika tidak dikerah akal boleh jadi dungu.

Sifat parang juga akan semakin tajam apabila ia sering diasah. Banyak lagi analogi yang boleh dijadikan pedoman oleh pimpinan UMNO jika mereka mahu mengkaji.

Apabila pemimpin sudah kurang menyebut dan memperjuangkan soal-soal berkaitan nasionalisma, idealisma atau nilai-nilai yang baik seperti yang disebut oleh PM Najib, maka secara tak disedari segala isme2 dan nilai-nilai buruk akan mengisi ruangan kosong yang telah ditinggalkan oleh nilai-nilai dan isme2 yang baik.

Apabila keadaan ini berlaku, maka mana-mana pemimpin atau parti yang beransur meninggalkan nilai perjuangan mengikut prinsip dan norma perjuangan sebenar pasti akan dihinggapi oleh isme2 dan nilai-nilai yang bertentangan.




Tidak menghairankan kepada kita akhir-akhir ini, ramai kalangan pemimpin UMNO yang senasib dengan nasib perigi buta. Dijadikan sasaran pelbagai label buruk dan keji oleh para musuh. Menjadi tempat buangan segala sampah sarap tuduhan kronisma, nepotisma, rasuah dan pelbagai lagi label buruk. Ramai kalangan mereka yang tertimbus dan lenyap terus dari pandangan umum akibat dari timbunan baggage dan sampah sarap.

Puncanya adalah disebabkan mata hati dan akal sebagai pemimpin sudah tidak lagi membawa prinsip perjuangan dan nilai-nilai suci dan telus seperti yang telah digariskan oleh pemimpin terdahulu.

Tepat sekali peringatan yang dibuat oleh PM Najib.

“Sisik ikan akan tanggal dari badan apabila kehidupan ikan itu tidak lagi berada dihabitat yang sepatutnya, iaitu di air. Sisik kepimpinan seseorang pemimpin juga akan tanggal dari batang tubuhnya apabila mereka tidak lagi berada dilandasan habitat perjuangan sebagaimana yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan”

Pemimpin UMNO yang tidak tahu punca dan asal usul kenapa mereka tiba-tiba tidak lagi mendapat sokongan ramai harus bertanya diri sendiri, "kenapa aku menerima nasib seperti nasib perigi buta?"

Blog Kapak sependapat dgn Blog Pisau dalam isu-isu panas dan bahang perkauman yg dimainkan oleh DAP!

- Seperkara lagi peristiwa debat di antara dua pemimpin kuat kaum Cina di Malaysia iaitu Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng kelmarin telah melengkapkan satu natijah yang Kapak rasakan selama ini, iaitu walaupun mereka berlainan pendapat dan nampak bercakaran, namun sebenarnya mereka bersatu dan bertekad untuk merampas kuasa politik yang satu-satunya tinggal di tangan Kaum Melayu. Itu pun dek kerana kehendak Perlembagaan Negara dan Bersemayamnya Raja-Raja Melayu. -




Malaysian Malaysia,kehendak Lim Kuan Yew.

Menyedari tidak memungkinkan bukan melayu menjadi PM kerana memerlukan sokongan majoriti dewan rakyat,maka jarum halus ditusuk jauh kedalam hati kaum cina dengan menjanjikan bulan dan bintang dan dalam masa yang sama menyakiti perasaan kaum majoriti dinegara ini.


Menyedari kaum Cina bukan dominan didalam negara ini,maka DAP tidak akan berasa rugi apa apa jika memainkan politik perkauman.Sebaliknya mereka menantikan kritikan dan tindak balas daripada orang melayu untuk meraih sokongan yang lebih tinggi daripada kaum cina.


Jika mana mana pihak membantah dengan kenyataan Lim Guan Eng “ultrakiasu rasis chauvanis ini” ,mereka akan dilihat sebagai tidak adil,rasis dan perkauman kerana menghalang hak rakyat Malaysia sedangkan apa yang DAP tidak beritahu kepada penyokong mereka bahawa adalah perlu mendapatkan sokongan majoriti di Parlimen yang sudah tentu pasti perlu sokongan daripada kaum yang dominan dinegara ini .


DAP mahu bangsa melayu beremosi didalam kenyataan yang berupa satu bentuk hasutan jahat oleh Lim Guan Eng,ini kerana umum sudah tahu si rasis seperti Guan Eng dan DAP mahukan sokongan kaum cina dengan menaburkan hatred politic.

Guan Eng sengaja timbulkan isu baru untuk tutup skandal 10billion!



INGAT lar Bangsa Melayu, Lihat Data di atas ini, dimanakah letaknya Bangsa Melayu Islam di Tanag melayu Malaysia ini. Siapa yg memiliki kekayaan sekarang? Ingat mereka ada segala-galanya cuma kuasa mutlak yg mereka tiada. Apa akan terjadi jika kuasa pun mereka miliki? Sedar lar Wahai Bangsa Melayu ku ini. Ingat air mata darah sekali pun anda keluarkan ia tidak menjamin yg kuasa politik ini akan kembali bila sudah beralih dan berpindah tangan... Ingat Bangsa Melayu hanya anda Tanah Melayu yg kini dikenali Malaysia, berbanding dgn Bangsa lain yg ada Tanah Besar China dan Tanah Besar India.

SIAPA JADI PILIHAN??????

Bahang PRU kian hampir. Banyak persoalan yang berligar dan menjadi spekulasi. Dalam politik spekulasi membentuk persepsi, persepsi akhirnya terbentuk menjadi realiti.


Di antara persoalan menarik:


1. Mampukah BN menawan kembali negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan?


2.Bolehkah BN terus menjadi kerajaan di peringkat kerajaan persekutuan?


3. Bagaimana nasib dan prestasi parti-parti komponen BN dan UMNO kali ini?


4. Masih berpeluangkah Pakatan Rakyat dalam PRU kali ini dgn cita-citanya untuk menakluki Putrajaya?


5. Isu apakah yang bakal mewarnai pilihanraya kali ini?


6. Siapakah calon-calon yang menjadi pilihan pengundi pada kali ini?


SEGALANYA AKAN DIJAWAB DAN DITENTUKAN OLEH RAKYAT.Memang betul, RAKYAT AKAN MENJADI HAKIM KEPADA AMALAN SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA, TETAPI UMAT ISLAM DI MALAYSIA MESTILAH BERHATI-HATI DALAM PEMBERIAN UNDI MEREKA. JANGAN NANTI UNDI ANDA ITU AKAN MENGGADAIKAN MARUAH ISLAM DAN HANCURNYA BANGSA MELAYU, BANGSA INDUK SEJAK SEKIAN LAMANYA. SAYANGILAH BANGSAMU DAN SAYANGI DARAH PERJUANGAN BANGSAMU YANG TELAH LALU DEMI “KETUANAN DI NEGARA MERDEKA INI”.


Kesimpulannya, Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apa yang akan berlaku di PRU 13 nanti. Cuma KAPAK berpesan kepada Bangsa Melayu yang beragama Islam ini tidak mengikut apa yang di ajar dan dituntut oleh Agamanya. Bukankah permuafakatan dan bersatu hati serta saling sayang menyanyangi diantaranya adalah separuh dari IMAN? Apakah makna IMAN disini? Dan Bila ia dah “Separuh daru Iman” maka jika sebahagian Bangsa Melayu menolak untuk berbaik-baik dan memimpin Negara ini mengikut acuan yg dikehendaki oleh Islam, maka ANDA tidak layak di panggil Orang yg beriman. Jadi, apakah maknanya ini “BUKAN ORANG YANG BERIMAN” terkeluar dari Islam? Oleh itu, fikir2kan lah wahai Bangsa Melayu…. Sebelum terlambat segala-galanya!.



Jangan bila sudah hilang kuasa pemerintahan di PRU 13 nanti baru timbul menyesal yang sudah tidak berguna dan jadilah kamu Bangsa Yang Melukut di Tepi Gantang didalam Negara tumpah darah kamu sendiri!.

Ingat dan Ingat dan Ingat lar wahai Bangsa Melayu yg amat kuat PHDnya –

Pingat Hasad Dengki terhadap Bangsanya seperti yang dilakukan oleh Anwar Al Juburi serta Kepimpinan PAS sekarang yang asyik menghentam, mencaci hamun Bangsanya sendiri, namun berpeluk-pelukan dan bercium mulut dgn si kafir laknaktullah!

terima Kasih dan Wallahuaklam.

No comments: