Sunday, February 5, 2012

"GELOMBANG BIRU" JENTERA PEMUDA BN TAPAH SUDAH SIAP SIAGA!.

Demi, memastikan bahawa Parlimen Tapah yang mempunyai dua (2) kerusi DUN - DUN Ayer Kuning dan DUN Chenderiang, terus dan tetap menjadi Aset penting BN pada PRU 13 nanti, kepimpinan BNnya yg di ketua oleh pimpinan bahagian dan merangkap Pengerusi BN Parlimen Tapah, Dato' Samsudin Hj Abu Hasaan, telahpun melancarkan "Gelombang Biru Jentera Pemuda BN" untuk mengepalai platun pejuang hadapan yang ampuh dan kuat. Jentera ini akan terus berada kesiapsiagaan untuk bertarung pada bila-bila masa, apabila semboyan PRU 13 diumumkan oleh YAB PM kelak.

Adalah menjadi harapan warga BN Parlimen Tapah, bahawa kejayaan manisnya di PRU 12 dikala rakan2 lain banyak yg kecundang akibat tsunami lanskap politik 2008, dapat terus dijagai dan dimenangi.

Kapak, juga yakin berkat kerja kuat yg terus menerus tanpa nokhtah ini akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Kepada, "Jentera Gelombang Biru Tapah" teruskan berbakti kepada nusa dan bangsa tanpa jemu, krn amanah yg dipertanggungjawabkan itu adalah amanah yang akan menentukan hidup matinya bangsa merdeka yang berdaulat dibawah cahaya Islam yang hakiki.

Lihat disini sisipan dari Portal Peraktoday.

Adun Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan menyifatkan Program Jentera Pemuda Parlimen Tapah sempena Pilihanraya Umum (PRU) akan datang sebagai satu tindakan yang realistik.

Malah katanya, sebelum ini penglibatan secara total tidak dilakukan dengan konsisten ekoran kurangnya keyakinan golongan itu terhadap Barisan Nasional (BN).

Namun jelasnya, dengan perubahan landskap politik negara fenomena itu disifatkan telah berubah dimana golongan belia mula membuka mata dan sekaligus menerima kepimpinan BN di kawasan terbabit.

“Selama ini kita lihat bahawa penglibatan secara total tidak dilakukan secara tetap.. tetapi hari ini landskap politik negara telah berganjak dimana BN dianggap sebagai sebuah parti yang kukuh.

“Sokongan di kalangan belia itu dilihat hasil daripada program pembangunan yang dilakukan yang berjaya mengubah nasib belia di kawasan luar bandar.

“Apa yang kita lihat belia mula membuka mata dan minda masing-masing dimana mereka merasakan kewajaran sokongan mereka itu diberikan kepada BN untuk menentukan masa hadapan mereka serta hala tuju pembangunan negara,” katanya.

Katanya, sokongan padu yang meningkat itu dibuktikan melalui konvoi sempena program terbabit dimana lebih 500 belia dari parlimen Tapah telah tampil membuktikan dokongan mereka.

Tambah Samsudin lagi, Parlimen Tapah yang merupakan satu-satunya kawasan yang menepati konsep 1Malaysia dalam kepimpinannya dimana kesemua wakil rakyatnya mewakili masyarakat kaum Melayu, Cina dan India.

“Sebagai kawasan yang dikatakan sebagai kubu kuat kita haruslah membuktikan kata-kata itu dengan mempergiattkan lagi kerja-kerja membantu rakyat dan membangunkan negeri.

“Melalui gerakan serta program pembangunan yang dirancang secara bertali arus, ia merupakan antara intipati atau rempah ratus yang membawa kepada kemenangan kepada BN.

“Walaupun wakil rakyat disini berlainan bangsa, namun kita tidak pernah mempunyai apa-apa masalah sama ada dari segi pentadbiran atau pun berkaitan urusan lain sebaliknya keistimewaan itu adalah faktor kekuatan pemimpin BN melalui amalan perpaduan yang tidak membezakan kaum atau keturunan,” jelasnya.

Beliau menambah, apa yang menjadi kepentingan adalah penglibatan semua pihak dalam usaha membantu wakil rakyat membangunkan masyarakat di kawasan terbabit.

Dalam pada itu, Adun Chenderiang, Datuk Dr Mah Hang Soon mensasarkan kemenangan BN di Parlimen Tapah meningkat dengan jumlah majoriti yang lebih membanggakan jika dibanding dengan PRU 2008.

Malah jelas Mah, bagi merealisasikan sasaran terbabit jentera BN khususnya diharap dapat mempergiatkan kerja-kerja membantu rakyat selain mengukuhkan hubungan sedia ada di kalangan penduduk tempatan.

“Kita perlu jaga hubungan baik kita dengan rakyat tanpa mengira kaum dengan melaksanakan program-program pembangunan yang dianggap dapat mencorak masa depan yang lebih cerah terutamanya di kalangan belia.

“Sebenarnya sasaran saya bukan sahaja menang tetapi menang dengan majoriti yang jauh lebih baik dari PRU lalu,” katanya.

Dr Mah yang juga exco kerajaan Perak turut menyuarakan rasa bangga beliau setelah melihat Gelombang Biru jentera Pemuda BN sedia bertempur menjelang PRU akan datang.

Sementara itu, bagi Ahli Parlimen Tapah, Datuk M Saravanan, semangat Gelombang Biru Pemuda BN ini disifatkan telah memberikan keyakinan kepada wakil rakyat untuk menempuhi PRU akan datang.

Tambah beliau, kehadiran ramai pada program itu jelaskan membuktikan bahawa generasi muda sedia menghadapi cabaran dalam usaha untuk mengekalkan Tapah sebagai kubu kuat BN.

“Saya percaya ini akan menambahkan bilangan pemuda yang menyokong bukan saja pada Parti Umno tetapi juga parti komponen lain.

“Kami cukup yakin dengan keadaan ini,” katanya.

Menurut Saravanan lagi, semenjak PRU 2008 sokongan dikalangan belia dan wanita dilihat semakin meningkat dan ia bukanlah terjadi melalui ceramah politik sebaliknya dengan perlaksanaan program pembangunan yang melibatkan kelompok berkenaan.

Katanya, sebagai wakil rakyat yang baik, seseorang itu tidak boleh bergantung kepada ceramah politik semata-mata sebaliknya urusan untuk membantu dan membela nasib rakyat harus menjadi keutamaan.

“Kita tidak akan ke mana-mana jika asyik bercakap soal politik.. tetapi program-program yang teratur yang memberi kebaikan pada golongan belia dapat membuka mata kelompok itu bahawa hanya BN yang mampu memberikan masa depan cerah kepada mereka,” katanya.

No comments: