Monday, February 27, 2012

PELANCARAN JATI PERINGKAT NEGERI PERAK - ISLAM MELAYU DAN RAJA


Alhamdulillah, kapak bersyukur ke hadrat Allah SWT, maka pada hari ini 27/2/2012, tepat pd jam 3.30 ptg ni akan di lancarkan Majlis Pelancaran Jati PERINGKAT Negeri Perak, yang di adakan di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.

2. Majlis ini akan di lancarkan oleh Pengerusi/Presiden Jati, Yb Datok Dr Hassan Ali. Sementara menunggu pelancaran ini orang ramai dr kawasan sekitar sedang beramai ramai untuk hadir ke Majlis ini. Di fshamkan setakat jam 3.00 ptg ni, sudah hampir 1000 org telah berafa didalm Dewan Jubli ini.


3. Tepat Jam 3.30 ptg YB Dato DR Hassan Ali serta Ustaz Hassan Basri pun sampai, terus diiringi dengan "Selawat Nabi" dan Bacaan Doa. Majlis di mulakan dgn Ucapan Saudara Setiausaha Kehormat JATI, Ustaz Norman. Ustaz Normah telah menjelaskan serba rengkas rentetan penubuhan JATI dan konsep dan amanah perjuangan JATI yg lebih menjurus kepada agenda utamanya iaitu , Memertabatkan Islam, Melayu dan Institusi. Ketiga-tiga institusi ini adalah amat sinonim dalam kehidupan bangsa Melayu. Natijahnya disini, bila disebut Melayu jer Islam dan Kesultanan Melayu. Jadi, ianya tidak dapat dipisahkan diantara satu dgn yg lain.

4. YB Datok Dr Hassan Ali dlm ucapan Perasmian ini, ada juga menyentuh ttg perilaku individu tertentu yg bertanyakan pada YB Dato Dr, sekiranya JATI itu memperjuangkan Islam, mrk akan ikut, namun jika ia memperjuangkan Melayu dan Islam mereka akan menjauhkan diri. Apakah jenis Bangsa Melayu atau jatidiri Melayu didalam tubuh badan umat Melayu ini. Malu sungguhkan ia dgn jenama Melayu, atau telahpun termakan dek hasutan ketuanya yg asyik menghentam dan membedal puak2 Melayu lainnya sedang beliau juga seorang Melayu.


5. YB Dato Dr juga berpesan selagi hayat dikandung badan, beliau tetap terus berusaha utk menyatukan Kaum Melayu ini dibawah satu landasan yg betul dan kuat. Perpecahan ini wajar dihentikan demi maruah, kekuatan dan kelangsungan Bangsa Melayu didalam menerajui Negara Malaysia tercinta. Beliau juga optimist bahawa puak-puak Melayu didalam PAS akan terut serta didalam perjuangan ini krn menerut mrk bahawa perjuangan ini adalah satu tindakan yg betul dan pragmatik. Ketelanjuran PAS yg berkawan dan tidor sebantal dgn DAP, adalah satu-satunya kegagalan Pimpinan mrk didalam memilih kawan politik yg baik. Oleh krn PAS sekarang sudah dimuatkan dgn budaya anwarinas dan Pucuk Pimpinan ibarat dicucuk hidung, maka adalah amat wajar bahawa PAS disusun semula dan menghindari puak2 Anwarinas didalam Ahli Jawatan kuasanya dan letakkan semula PAS dilandasan yg betul seperti sebelumnya.

6. YB Datok Dr juga menyatakan bahawa keanggotaan JATI adalah terbuka kepada semua, waima jika kaum Cina dan India juga mahu menjadi ahli, maka ia dibolehkan tetapi memadai hanya sebagai ahli bersekutu yg tiada hak untuk memilih atau membuang undi. Namun, mereka masih boleh memberikan pandangan.
7. Tepat pada jam 5.00 ptg, majlis telah berakhir dgn jayanya. Dibahagian belakang org ramai beratur untuk mengisi borang keahlian JATI dengan yuran hanya RM10.00 sahaja. Alhamdulillah.



Terima kasih.

No comments: