Friday, February 24, 2012
TAAT, TAQWA DAN TAWADDHU
Kapak teruja bila menghayati 3 perkataan di atas yang meminta kita menzahirkan dengan perbuatan yg wajar/wajib kita lakukan sebagai Umat Islam supaya dapat membina satu Institusi Keluarga, Masyarakat dan Negara yang beriman.
2. Dengan gaya penyampaian yg serius dan mengharap Sdr Al Uztaz, Khatib khutbah Jumaat Masjid Sultan Idris Shah Ipoh, kelmarin menyatakannya bahawa setiap Umat Islam di Negeri ini dan di Malaysia, sewajarnya memusatkan minda kita agar penghayatan terhadap 3 ayat spt Taat, Taqwa dan Tawaddhu tersebut adalah amat2 sesuai di garap dan dilaksanakan agar keterbukaan minda didalam menangani masalah perpecahan Umat Islam yg amat membimbangkan ini dapat diredhakan dan di tautkan kembali selaras dgn konsep "Masyuwarah" yg disarankan oleh Agama kita.
3. Untuk itu, Kapak menyeru kepada semua Umat Islam yg cintakan Agamanya, Bangsanya dan juga Tanahairnya, wajar bersikap dan bertindak ke arah penterjemahan 3 ayat tersebut. Buka lah hati2 kita dengan rasa rendah diri dan lihat betapa kerdilnya diri kita disisi Allah. Kembali lar bertaut wahai Umat Islam di Malaysia - Amien.
Kapak juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput warga bloggers dan pembaca terutamanya di Negeri Perak untuk hadir di :
Majis Ceramah Penerangan Perdana Bersama YB. Zulkifli Nordin(Parlimen Kulim)
Pada : Selasa 28hb. February, 2012
Jam : 2.30 Petang
Tempat : Di Dewan Merdeka Tapah, Tapah Perak
Anjuran : NGO-NGO Islam dgn Kerjasama Pusat Khidmat Dun Ayer Kuning Tapah
Motto ; ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR
4. Insya Allah dgn kehadiran Tuan/Puan nanti dapat menyerikan Majlis ini dan dapat meredakan pemikiran kita terhadap situasi Umat Islam yg bercelaru diketika ini dek berbagai fitnah, adu-domba dan berbagai macam kerenah yg dilihat ia akan menghancurkan Ukhwah kekeluargaan Umat Islam di Malaysia amnya.
Terima kasih & Wallahuaklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment