Sunday, October 31, 2010

TABIAT DAN KELAKUAN UMAT MELAYU ISLAM – MEMPERBETULKAN IBADAH SOLAT & TERKINI DARI GALAS!

[ SITUASI DI GALAS KETIKA BERKEMPEN ! DIMANA SALAH DAN SILAPNYA ? KENAPA JADI BEGINI? ADAKAH PUNCANYA KERANA SOLAT KITA MASIH BELUM DITERIMA OLEH ALLAH? ]

Melalui pengalaman yang saya lalui selama beberapa minggu di kawasan “Pilihanraya Kecil Galas”, di Gua Musang Kelantan, adalah amat2 mendukacitakan sekali bila menyaksikan bagaimana tabiat dan kelakuan kita sebagai seorang “MUSLIM” yang hanya terletak pada mulut, kerana perbuatannya tidak langsung mencerminkan bahawa kita ini “MENJIWAI MUSLIM SEBENAR” , muslim yang takutkan Allah dan takut akan hari “Pembalasan di Padang Mashyar” di hadapan Rabbul Jalil Allah SWT. Baik dari Parti UMNO mahupun PAS, namun bagi UMNO tidak seteruk mana kerana mereka lebih berkonsepkan “toleransi”.

Lihat ini:-


Umat Muslimin dan Muslimat seluruh Malaysia sekarang ini disajikan berbagai berita, cerita serta vedio clip samada di TV, Media Elektronik dan Media Cetak yang menggambarkan keadaan sebenar apa yang berlaku disana [ di Galas Gua Musang,Kelantan dan juga di Batu Api, Sabah] dan kita Umat Muslimin ini boleh menilai bagaimana dan betapa rakusnya mereka dua kumpulan ini.

Adakah ia disebabkan oleh solat2 kita ni masih belum diterima oleh ALLAH? Kita lihat sendiri bagaimana mereka yang berstatus Tok Guru dan Org2 Alim pun asyik sanggup memfitnah, mencerca serta berbohong demi kepentingan politik dan survivalnya. Mereka juga sanggup membelakangkan apa yg dituntut oleh Allah didalam pengucapan yang dilakukan didalam SOLAT - Jadi, apakah solat kita masih belum diterima ALLAH?

Begitu jugalah dengan berbagai musibah dan kejadian malapetaka seperti banjir, gemba bumi, gunung berapi meletupkan laharnya, angin puting beliung dan sebagainya. Kita masih bersyukur kerana di Malaysia masih terhindar dari kejadian2 mala petaka yang besar berlaku, mungkin masih adalagi manusia yang betul2 ikhlas melaksanakan ibadat solat itu dan diterima oleh ALLAH, lantas ia dapat memohon kepada Allah dan meminta agar dielakkan bencana2 yang besar di Malaysia. Kita wajib berterima kasih kepada mereka2 ini.

Natijahnya, marilah kita semua Umat Melayu Islam bersatu hati dan berkasih sayang. “UMNO & PAS sewajarnya menjadi satu keluarga dan memerintah Negeri/Negara dgn Saksama mengikut tuntutan Agama dan Syariatnya” Lupakan sengketa yang tidak membawa apa2 keberkatanpun,yang ada hanya tuntutan nafsu serakah syaitanyang mengejar harta dunia dan kuasa yang tidak menjanjikan kesenangan yang berkekalan, kerana yang kekal adalah amal ibadat yg diterima dan kehidupan di alam barzah/akhirat. Marilah seluruh Umat Melayu Islam di Malaysia ini masing2 bermuhasabah diri....!

KAPAK penuh yakin bahawa calon yang ikhlas dan tidak riak serta menjaga budi pekerti yang baik serta khusyuk SOLATnya akan diberikan kemenangan oleh ALLAH. Dan amanah ALLAH ini wajib dipikul dengan sepenuh jiwa dgn niat "kerana Allah Taala sahaja"

MARILAH KITA SAMA-SAMA DAPAT MENJIWAI SEPERTI APA YANG DISARANKAN DIDALAM KHUTBAH JUMAAT [dibawah ini] YANG DIBACAKAN DISEKITAR IPOH, PERAK BARU2 INI.

SAYA MERASAKAN IA AMAT SESUAI DAN BERHARAP SEMUA MUSLIMIN DI GALAS KHUSUSNYA DAN DI MALAYSIA AMNYA, MENGAMBIL IKHTIBAR DARI NASIHAT INI, DEMI KEKUKUHAN UKHWAH SESAMA ISLAM.MENJAGA DAN MEMBETULKAN IBADAH SOLAT ADALAH PENTING AGAR IA DITERIMA OLEH ALLAH SERTA MENDAPAT GANJARANNYA, SERTA DAPAT MENGHALANG KITA DARI SALING BERCAKARAN SESAMA UMAT ISLAM. SEWAJARNYA UMAT ISLAM SEMUA BERSAUDARA DAN SALING SAYANG MENYANYANGI.

[ HAYATI LAH KHUTBAH JUMAAT DIBAWAH INI DEMI KEBAIKAN BERSAMA ]
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH.

saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan supaya sama-sama kita bertakwa kepada Allah dengan meningkatkan lagi amal soleh dan berusaha menjauhi larangannya. Semoga kehidupan kita akan lebih cemerlang dan diberkati Allah didunia dan di akhirat.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH.

Solat atau sembahyang adalah rukun kedua yang menjadi asas terbinanya lslam.Solat juga merupakan tiang agama dan satu ibadah wajib ke atas setiap umat lslam melakukannya dalam apa jua keadaan selagi akalnya masih waras. Dalam AlQuran terdapat lebih 25 tempat ayat " AQMA " yang merujuk kepada makna perintah mengerjakan atau mendirikan solat dan terdapat lebih 70 kali perkataan “As Solat " atau sembahyang diulang dan disebut dalam al-Quran, antaranya Firman Allah SWT dalam: [ Surah An-Nisa’ : 103] yang bermaksud:

"Kemudian apabila kamu telah se/esai mengerjakan sembahyang, matka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu tetah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa) sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwaiibkan atas orang-arang yang beriman, yang tertentu waktunya,[Surah an-Nisa, : 103]

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH.

Sebagai umat lslam, semua orang tidak terlepas dari perintah solat ini. Samada remaja, muda-mudi, dewasa, lelaki, perempuan hendaklah memerhati, memahami dan menghalusi sehalus-halusnya perintah'solat ini. Sebab itu, Baginda nabi saw telah berpesan kepada umat'lslam sejak 1400 tahun lalu supaya ibu bapa mengajar dan menyuruh anak-anak sembahyang sejak umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka jika enggan sembahyang'ketika berumur 10 tahun. Kita wajib berdoa mengharapkan anak-anak dan keturunan kita sentiasa mendirikan sembahyang sesuai dengan Firman Allah pada ayat : [Surah Ibrahim :40]

Maksudn ya: "Wahai Tuhan kami! kumiakanlah keampunan kepada ku dan kepada kedua ibu bapa ku serta kepada orang-orang yang beiman, pada masa berlakunya hisab dan pembalasan." [surah lbrahim : 40]

Begitu juga kita hedaklah menyuruh kaum keluarga kita mengeriakan solat seperti
Firman Allah dalam surah Toha ayat 132 yang Maksudnya:

"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengeriakansembahyang, dan hendaklah kamu tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH.

Mimbar ingin membicara betapa pentingnya sembahyang kepada orang-orang lslam yang beriman, di antaranya:

1. Solat dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah.

Firman Allah SWT.

Yang bermaksud: Sesungguhnya Akutah Allah, tiada Tuhan melainkan aku,Oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku (Surah Toha aYat: 14)

Berdasarkan maksud ayat tersebut sembahyang adalah jalan untuk kita sentiasa mengingati Allah swt. Sekaligus sembahyang juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah swt. Atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita.

2. Solat dapat menghapus dosa.

Sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dari melakukan dosa dan solat lima kali sehari semalam dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis:

Bermaksud: "Dari Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

3. Solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukun-rukunnya boleh mencegah kita dari melakukan maksiat dan kemungkaran. Firman Allah S.W.T.

Yang bermaksud: ".... Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." . (Surah al-Ankabut :45)

4. Solat dapat memberi barakah hidup dan berbahagia kehidupan.

Kehidupan orang yang memelihara solat jauh berbeda dengan orang yang meninggalkannya. Orang yang memelihara solat kehidupannya dipenuhi dengan keberkatan dan kebahagiaan. Sebagaimana Firman Allah yangberbunyi:

Maksudnya: "Sesungguhnya berbahagia / berjayalah orang-orang beriman. (laitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (Surah al-Mukmin un : 1 -2)

Perlu diingatkan, bahawa solat adalah ibadah yang diterima oleh Baginda nabi saw
secara langsung daripada Allah swt., ketika nabi svrrt mengadap Allah swt di "Sidratul Muntaha" dalam peristiwa lsra' Mikraj. lbadah solat berbeza dengan ibadah lain seperti ibadah puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan malaikat Jibril AS pembawa wahyu. lni adalah satu kenyataan bahawa ibadah sembahyang itu terlalu istimewa di sisi Allah SWT.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH.

Solat yang dilakukan dengan khusyuk boleh mententeramkan dan mendamaikan jiwa, mengawal tekanan perasaan. Rasulullah saw ketika berhadapan masalah,akan memperbanyakkan solat kerana bagi baginda solat adalah amalan penyejuk hati. Seterusnya golongan yang memperkecilkan solat merupakan golongan yang sesat.

Dalam surah Maryam ayat 59, Allah berfirman :

Maksudnya: "Maka datanglah selepas mereka pengganti (yang keji) yang mensia-siakan solat mereka serta mengikut hawa nafsu maka kelak mereka akan menemui kesesatan."

Abdullah bin Abbas berkata maksud mensia-siakan solat bukanlah meninggalkan solat sama sekali tetapi melewatkan dari waktunya. lmam Said lbni al-Musayyib berpendapat iaitu mereka melaksanakan solat Zuhur dalam waktu Asar, solat Asar di dalam waktu Maghrib, solat Maghrib di dalam waktu lsyak dan solat lsyak ditangguhkan sehingga masuk waktu subuh serta solat subuh dilaksanakan selepas matahari terbit, Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat dia akan dihumbankan ke dalam sebuah lembah yang bernama "Ghaiy" di dalam neraka dan diberikan makanan yang amat jijik. Hal ini disebutkan oleh Said Hawa dalam kitab ". Assasufil Tafsir" jika bersolat fardhu di luar waktu sudah begini hukumnya, bayangkanlah azab yang bakal menimpa mereka yang tidak bersolat fardhu sama sekali.

Justeru melaksanakan solat fardhu dalam waktu yang ditetapkan merupakan sebahagian daripada disiplin lslam yang wajib dilaksanakan. Sabda nabi SAW:

Maksudnya: "Dari Abi Amr asy-Syibani katanya, Abdullah bin Mas'ud pernah bertanya kepada nabi saw apakah amalan yang paling Allah sukai?. Nabi menjawab: Solat tepat pada waktunya. la bertanya lagi kemudian apa? Baginda menjawab: Melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. la bertanya lagi kemudian apa? Baginda menjawab: Melakukan jihad pada Agama Allah SWT. Riwayat lmam Bukhari dan Muslim)

Di dalam Surah Al- Kausar ayat 1-3 juga ada menyebut :

Maksudnya: "Sesungguhnya kami telah mengumiakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan-kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu,kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)."

Amien Ya Robbal Alamin.

Thursday, October 28, 2010

OUTONOMI PULAU PINANG JIKA PAKATAN KEPUTRAJAYA? - BUAT RENUNGAN UMAT MELAYU DARI GALAS

KAPAK tidak menyanggah tentang apa yg diperkatakan oleh YB Zulkifli Nordin, malah ia ada kebenarannya. Lihat sajalah bagaimana perangai dan tindak-tanduk DAP selepas PRU 12, ia seakan-akan bahawa rakyat seluruhya [terutamanya kaum Cina & India] telah memberikan sokongan terhadap mereka.

Di Perak juga mereka mewar-warkan sentimen perkauman dgn memperdayakan masyarakat Cina khususnya bahawa apa yg berlaku di Perak adalah "Org Melayu telah Menjatuhkan Kerajaan Cina di Perak". Lihat begitu angkuhnya mereka?. Rakyat Malaysia perlu sedar, bahawa Umat melayu Islam sahaja didunia ini yang "terlampau bertoleransi" sehingga menyebabkan nasib Bangsa Sendiri pun diperlekeh [ kata-kata YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi] di Pelancaran Buku tulisan Dr Mohd Ridzuan Tee mengenai Nasib Melayu di Bumi Tanah Melayu/Sendiri"

Kapak, juga mengingatkan Bangsa2 lain di Malaysia ini wajib & perlu bersyukur terhadap "Ketoleransian Bangsa Melayu" didalam menerima Bangsa lain menjadi warganegara semasa peninggalan British dari Tanah Melayu. Jika TIDAK sudah pasti "Kaum Pendatang Cina & India" diketika itu harus balik ke tanah besar mereka, Negara Asal mereka. Disebabkan "Ketoleransian Melayu" inilah maka Bangsa Cina & India diterima menjadi wargenegara dengan syarat mereka mengistiharkan diri mereka "Bertaat Setia kpd Perlembagaan Negara dan Undang-Undang berkaitan"

Namun, apa yg kita lihat sekarang "adakah mereka ini akur akan akujanji tersebut?" Dan Mengapakah mereka ini asyik mempertikai dan memperlekeh undang2 yg telah sedia termaktub. Adakah mereka ini ibarat "Kacang Lupakan Kulit? ataupun Melepaskan Anjing Tersepit? Inilah fenomena yang berlaku sekarang yang anasir2 ini diterajui oleh DAP yang berpaksikan PAP di Singapura.

Hingga ke saat ini, masih tak sedar lagikah Bangsa Melayu yang bersekongkol dengan DAP? Seperti PAS & PKR. Apakah jenis Melayu mereka itu? Sedar2 lar wahai Melayu yang berada di Kem-Kem PAS & PKR, jangan kerana gula2 dari Singapura [spt yg dilakukan oleh Nik Ajis - sampai sanggup melakukan kunjungan hormat di atas kematian isteri Lee Kuan Yew yang memberikan wang ringgit dan gula2 untuk Kelantan dibawah PAS - Disebabkan itu jugalah Kroni2 Cina Singapora bertungkuslumus membotakkan Tanah Tinggi Lojing dan sebagainya sebelum akan tiba masa Kerajaan PAS durjana jatuh tersungkur kerana melakukan Pengkhianatan terhadap Rakyat & Bangsa Melayu]

Wahai Bangsa MELAYU Di Seantaro Dunia "Bersatu Hatilah dan Jagai lah Sumpah Keramat Sepeninggalan Datok Moyang kita yang mewakilkan kita untuk menjaganya hingga ke akhir zaman/Kiamat. Jangan sesekali "Apa yang dinyatakan oleh YB Zul itu menjadi kenyataan? Dimanakah maruah kita sebagai Bangsa Melayu dan Pejuang Islam.

Renunginya dan ambil lar ikhtibar darinya.

[ EHSAN DARI APA YG TERSIRAT]

OUTONOMI PULAU PINANG JIKA PAKATAN KEPUTRAJAYA?

By BRIGED MP SEGAMBUT on 2010/10/29

– Zulkifli Noordin mendakwa wujud “kontrak rahsia” antara PKR dan DAP bagi memastikan dominasi Cina jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu ini, bekas wakil rakyat PKR, mendakwa PAS juga tidak sedar tentang kewujudan kontrak tersebut.

Ketiga-tiga parti itu menganggotai Pakatan Rakyat (PR) sejak pilihan raya umum 2008.
“Kontrak ini menjanjikan bahawa pemimpin-pemimpin Cina dalam DAP akan diberikan autonomi di Pulau Pinang (jika PR memerintah),” kata Zulkifli ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Wakil rakyat Bebas ini, yang satu ketika dahulu rapat dengan Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam DAP dengan menyifatkan parti itu sebagai “parti dijangkiti elemen chauvinis” dan mendakwa ia bertanggungjawab terhadap rusuhan 13 Mei 1969.
“(Sekiranya PR mengambil alih kuasa) calon-calon Melayu akan diletakkan di Negeri Sembilan dan Perak. Dan, jika mereka menang (di negeri-negeri ini), mereka akan melantik menteri besar kalangan DAP untuk mengetuai negeri-negeri ini,” kata beliau lagi.

Zulkifli dan ahli-ahli Parlimen Bebas yang lain, khususnya dari komponen PR, menafikan mereka adalah penyokong Barisan Nasional (BN), tetapi ucapan hari ini beliau senada pendirian Umno yang digunakan untuk menyerang PR sejak kebelakangan ini.

Kini, BN berhadapan dengan saingan komponen PR iaitu PAS dalam pilihan raya kecil serentak di DUN Galas dan PKR di Batu Sapi.Bagaimanapun beliau tidak menyediakan sebarang butiran bagi memperkukuhkan dakwaan beliau dalam ucapannya, yang dipendekkan oleh Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Jaafar.

Terdahulu dalam ucapannya, Zulkifli berkata, rakyat Malaysia perlu diberi bimbingan semula mengenai rusuhan 13 Mei 1969 agar jiwa mereka boleh didedahkan siapa sebenar DAP itu. “Apa yang mereka lakukan, ialah mereka memainkan paten sama mencetuskan pembencian kaum terhadap orang Melayu meskipun telah diberi amaran oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj daripada berbuat demikian,” kata Zulkifli.

Menurut beliau, perdana menteri pertama itu memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan juga hak-hak orang Melayu.
“Dan, ini yang dilakukan oleh DAP sekarang,” kata Zulkifli.Wakil rakyat itu juga mempertahankan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika Perhimpunan Agung Umno minggu lalu sambil menekankan, pembangkang telah salah petik kandungan ucapan itu.

PAKATAN SULIT DAP - PKR. APA JADI DGN PAS? MASIH LUPA DIRI? TERKINI DARI GALAS

KAPAK, telah beulang kali menyatakan tentang perihal muslihat DAP yang sedang giat merekrut Bangsa Melayu untuk diketengahkan dan dijadikan "BONEKA PEMERINTAHAN" disesebuah Negeri yang Undang2 Tubuh Negerinya yg mewajibkan Melayu dan Islam yang menjadi syarat untuk menjadi Menteri Besar.

MEREKA AKAN BERBUAT APA SAJA DEMI MENCAPAI CITA-CITA MEREKA - ITULAH SEBABNYA MEREKA JUGA SELALU BERKATA - APA SUSAH, ORANG MELAYU BOLEH DIBELI DGN DUIT..... INIKAH NILAI DAN MARUAH MELAYU. SO, MELAYU2 YANG DI DALAM DAP, PKR & PAS JANGAN JADI DUNGU!!!!!!

Hingga ke saat ini jika Bangsa Melayu masih leka dan bercakaran, jangan menyesal dikemudian hari apabila kuasa yang ada telah beralih tangan dan sampai kiamatpun ia tidak mungkin akan diperolehi kembali. Ingat lar Bangsa Melayu terutamanya Bangsa Melayu yang berada didalam PAS & PKR dan juga didalam DAP, jangan sesekali ANDA jadi pengkhianat Bangsa. Jika ini terus berlaku, tunggu dan lihat akan ada pejuang2 Melayu yg akan menghancurkan ANDA. Ingat pesanan dan sumpah keramat "Hang Tuah" TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA - DUNIA TANAH MELAYU.

Jangan menjadi Bangsa Melayu yang BODOH dan mengikut saja FATWA2 yang dikeluarkan oleh HJ HADI yang menghalalkan perbuatan untuk menjatuhkan kerajaan Melayu yg ada sekarang dengan bantuan KAFIRUN CINA. Orang Melayu seluruh Malaysia sila buka mata dan tanya diri ANDA, apa akan jadi pada Bangsaku jika ini benar2 berlaku.

FIKIR-FIKIR lar wahai Bangsa Melayu Islam.... agar ANDA semua tidak menjadi penyesalan dikemudian hari.

AMAT-AMATILAH KENYATAAN DARI PEGUAM ZULKIFLI NORDIN yang KAPAK rasa memang ada kebenarannya. Berfikirlah sebelum terlambat.

[LIHAT TULISAN PENUH ZULKIFLI NORDIN DIBAWAH INI]

Thursday, 28 October 2010
Ada pakatan sulit antara DAP dan PKR, pastikan penguasaan Cina: Zulkifli Noordin

Ucapan Zulkifli Noordin di dewan rakyat hari ini sungguh mengemparkan kerana menurutnya DAP dan PKR mempunyai perjanjian sulit untuk mempastikan penguasaan cina sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya. Menurut Zul- PAS sendiripun tidak mengetahui pakatan sulit itu.

Menuurut Zul lagi, jika PR memerintah, ahli DAP yang berbangsa Melayu akan dicalonkan di Negeri Sembilan dan Perak, jika menang, maka mereka dilantik sebagai menteri besar. Tujuannya adalah untuk menjamin penguasaan kaum cina. Selain itu, Pulau Pinang juga akan diberikan status otonomi seperti Singapura, demi menjamin kuasa kaum cina.

Wednesday, October 27, 2010

AMANAT YG MENYESATKAN - UMAT ISLAM MALAYSIA WAJIB BERFIKIR DILUAR KOTAK

Ini lah muka-muka Melayu Islam yang mahu menghancurkan Kerajaan Melayu yg ditunjangi UMNO Melayu Islam.

Seorang yg warak dan kuat beragama berniat dan bertekat untuk menumbangkan satu kerajaan Melayu Islam yg lain. [Adakah ANDA Mahu Melihat Malaysia jadi seperti IRAQ. kerajaan yg dihancurkan oleh rakan seislamnya dengan bantuan kafirun. Maka jelas Saranan Hj Hadi Awang itu berupa perkara yg sama dilakukan oleh umat Islam yg berada di Iraq yg bersekongkol dgn Kafirun, Amerika dan Israel.

Umat Islam di Malaysia wajib berfikir, adakah Kerajaan Baru yang akan terbina itu boleh menjadi lebih baik dari yang ada sekarang yg majoritinya ditunjangi oleh Malyu Islam?

Rakyat Melayu Islam yg ada dibumi bertuah ini wajib berfikir diluar kotak "APA AKAN TERJADI JIKA ORG LAIN SELAIN MELAYU ISLAM YANG MENJADI KERAJAAN DI MALAYSIA? ADAKAH ISLAM BOLEH TERBELA? LIHAT CONTOH DI PERAK SELAMA 11 BULAN SUDAH CUKUP UNTUK DIBUAT PERBANDINGAN.

UMAT ISLAM DI MALAYSIA WAJIB MEMIKIRKAN PERMASALAHAN & KEMELUT INI.

[EHSAN DAR BLOG APA YG TERSIRAT]
Media Baru Adalah Untuk Semua

Thursday, 28 October 2010
Hadi Awang Buat Fatwa Lagi di Galas

Dalam acara kempen di Galas, Persiden PAS Datuk Haji Hadi Awang menekankan bahawa matalamat utama PAS dan rakan partinya DAP dan PKR adalah menukar Kerajaan persekutuan dan menakluk Putrajaya. Untuk mencapai matalamat itu Hadi memberi fatwa:

“Dalam Islam tiada kerajaan yang kekal, kita boleh tukar kerajaan. Kerajaan buat macam mana pun kita boleh jatuhkan juga,”

Justeru bekas menteri besar Terengganu ini mahu semua rakyat di negara ini bersatu untuk menjatuhkan kerajaan BN yang diperintah Najib sekarang.

“Kalau Melayu nak jatuhkan BN tidak boleh, Cina nak jatuhkan juga tidak boleh dan India nak jatuhkan juga tidak boleh; kita semua Melayu, Cina dan India perlu bersatu untuk jatuhkan BN.

“Kita perlu beri mesej dengan jelas di Galas, BN modalnya mudah tabur duit, tabur janji. Itu sahaja, kita perlu bersatu untuk jatuhkan BN,” tegasnya.

Dalam ceramahnya itu, Hadi turut menjelaskan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mampu menjadi sebuah kerajaan yang lebih baik daripada BN dengan berlandaskan kepada prinsip keadilan semua kaum.

“Justeru untuk Pakatan Rakyat memerintah Malaysia kita perlu menang dan kita tidak boleh perintah negara ini hanya dengan satu kaum.

“Semua kaum Melayu, Cina, India dan Asli berhak untuk mendapatkan keadilan yang sepatutnya. Inilah yang menjadi perjuangan bersama Pakatan Rakyat.

“Di Galas jelas menunjukkan pemimpin Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP bekerjasama untuk memastikan kemenangan. Sama seperti kita membantu DAP di Sibu begitu juga sama seperti kita menolong PKR dulu. Kali ini rakan-rakan lain pula bantu kita di Galas,” katanya.

Beliau berkata walaupun kerajaan negeri Kelantan menghadapi sekatan daripada kerajaan pusat, namun PAS mampu memerintah negeri itu selama 20 tahun.

“Semua tahu PAS adalah parti Islam tapi dalam politik Islam perlu adil kepada semua. PAS telah memerintah selama 20 tahun di Kelantan walaupun menghadapi sekatan dan kepungan dari kerajaan pusat tetapi masih tetap bertahan.

“Walaupun banyak perkara tidak dapat dilakukan dalam tempoh 20 tahun ini kerana sekatan tapi PAS telah melakukan yang terbaik,” katanya.

Komen AYT

Bila mana pula BN memerintah hanya berasaskan satu kaum? BN adalah gabungan berbagai parti yang berasaskan kaum. Pakatan Rakyatnya yang menciplak kaedah BN ini dengan membentuk gabungan.

Ertinya kerajaan BN adalah contoh terbaik kerajaan berbagai kaum. Ucapan dan dakwaan Hadi itu, ibarat meludah ke langit tetapi terpercik di muka sendiri.

PERANCANGAN TERKEHADAPAN DALAM MEMBANGUNKAN UMMAH - TERKINI DARI GALAS

ULASAN KAPAK MENGENAI TULISAN GAP.

Kapak teramat bersetuju dgn perancangan Mydin Holding bagi penambahan pelaburan sbnyak RM1 billion bagi mencambahkan lagi bilangan cawangan perniagaannya diseluruh Malaysia. [SEPERTI TULISAN BLOG GERAKAN ANTI PKR DIBAWAH]
Dgn penglibatan Mydin ini adalah menjadi harapan Umat Islam bahawa perniagaan peruncitan ini keperluan masih ada lagi org Islam samada Melayu atau Mamak yang terus aktif menjadi penyelamat Umat Islam yg ia juga menjadi tuntutan syariat Islam didalam pengagihan dan pemasaran barangan makanan dan juga pakaian bersih dan suci dari Org2 Islam sendiri.
Sebab itu jugalar Kapak telah mengesyorkan agar Kerajaan melalui GLC dan Usahasama dgn Mydin contohnya, agar memasuki perniagaan peruncitan ini dan dapat memberikan jaminan terhadap barangan yg bersih, suci, halal dan harga berpatutan dapat disajikan kepada masyarakat Islam. Selain ia dapat menyediakan pilihan untuk Umat Islam memilih barangan yg tidak was-was terutamanya barangan makanan spt sembelihan ayam, daging,barangan makanan dalam tin.
Kapak rasa GLC akan memfokuskan sektor ini kerana pulangannya juga amat-amat menguntungkan disamping dapat mengurangkan bekalan import dari luar yg telah menjangkau RM10 billion setahun.
GLC seperti Felda, Risda, Felcra, Fama & Jabatan Pertanian seharusnya berganding bahu didalam merealisasikan perkara ini kerana ia amat2 wajar disegerakan [ disebabkan itu jugalah PAS & PKR yg ditunjangi DAP berhempas pulas mahu menghancurkan GLC2 di atas agar mereka hancur dan tidak dapat bangun untuk penubuhan Konglomerat bagi memastikan pemborong & peruncit Melayu Islam dapat hidup dan dapat berdikari kemudiannya. Bayangan yg menhantui mereka ini mereka alihkan dgn berbagai fitnah bagi menjatuhkan GLC2 ini] kerana:-

i. Memastikan barangan yg dibekalkan yakin bersih, suci dan halal dan harga berpatutan.

ii. Mengurangi berlakunya kegiatan sorok barangan keperluan yg menjadi permasalahan selama ini, disamping mengusahakan sendiri jaringan pemasaran, borong (warehose & Wholesale)

iii. Menambah golongan bumiputra menjadi pemborong dan membekal barangan secara terus kepada peruncit2 Melayu yg pada masa ini berlakunya diskriminasi harga barangan yg dibekalkan. Sebab itu jugalah peruncit Melayu kekadang harga mereka lebih mahal dipasaran disebabkan kekangan harga tadi.

iv. Sebagai Negara Malaysia yg ditunjangi oleh Bangsa Melayu Islam, amatlar wajar agar sektor pemborong dan peruncitan dikuasai oleh org2 Melayu Islam disaming membantu percambahan mereka didalam perniagaan peruncitan.

v. Membantu pengusaha pekebun Melayu agar hasil mereka dapat dijual dengan pemborong GLC dan mendapat harga yang berpatutan dan masalah pasaran tidak menjadi kronik dan kejayaan dan kesinambungan pekebun ni terjaga dan terbela.

vi. GLC dan PNS wajib memikirkan perkara ini dan menjadikan ia satu realiti dan sistem pemborangan, peruncitan juga dapat diaplikasikan, bukan sekadar cantik dikertas TETAPI perlaksanaannya masih ditahap memalukan.

vii. Kewajaran, kesirusan dan kesegeraan perkara ini amat2 dinanti-nantikan disamping dapat menyelesaikan masalah apabila tiba musin perayaan barangan keperluan wajib sering tidak mencukupi kerana sifat tamak pemborong sekarang yg rata-rata dikuasai oleh Bangsa Cina disamping mengaut keuntungan berlipat ganda.Jika pemborong dan peruncit Melayu ini dapat dibantu maka tiada lagi masalahan ketiadaan barangan sewaktu tahun baru cina kerana kebergantungan yg teramat sangat dari pemborong2 mereka. Dan ini wajar Kerajaan lihat dan ambik perhatian dan tindakan segara.
viii. Perancangan memerlukan modal yg besar dan menjadi harapan kita Umat Islam diseluruh dunia agar Malaysia melaui GL@ ini dapat berkerjasama rapat dengan pembiaya Islam dari Dunia Arab Islam yang mempunyai Modal yg besar agar mereka sama2 diajak melabur dismaping dapat membekalkan semula barangan tersebut di Negara2 Islam. Memang sudah pasti didunia Islam memerlukan barangan yang Suci, Bersih dan Halal dan memang Malaysia lar Negara yang mempunyai pasarana yang cukup utk melakukan semua itu. Cuma pembiayaan wang modal dari Dunia Islam seperti, Dubai dan sebagainya amat diperlukan bagi menjayakannya.

Semoga niat dan tuntutan suci ini di restui oleh Allah SWT dan diberikan kejayaannya dan Umat Islam dapat keluar dari kepompong penindasan terancang selama ini.


[EHSAN DARI GARAKAN ANTI PKR - GAP]
(ETP) ECONOMIC TRANSFORMATION PROGRAMME

malaysiakini cuba mengalih perhatian terhadap perancangan ETP adalah membangkitkan isu 'pasar malam' bakal berkubur. namun fakta tentang konsep one stop center yang lebih besar akan menguntungkan peniaga, malaysiakini cuba sorokkan.

Economic Transformation Programme (ETP), satu lagi idea YAB Perdana Menteri bersama-sama pasukan yang diketuai oleh Datuk Seri Idris Jala yang pakar menyelamatkan Shell dan MAS tidak berapa lama dahulu.

President Asia e-University dalam laporannya berkata, " The ETP endorsed by the Right Honourable PM for the rakyat is bold, visionary and innovative. Let us as Malaysian embrance, commit and work on it for the nation".

CEO Hans Dudenhausen, LFoundry Malaysia berkata, " LFoundry Malaysia, a joint between semiconductor leaders LFoundry GmbH and QT HighTech, agrees that the ETP is cogent towards accerlerating Malaysia's plan to achieve developed nation status.

fakta menarik apabila Mydin Mohamed Holdings Berhad akan melabur sejumlah RM1Billion untuk membuka lebih banyak pasaraya Mydin sehinggalah ke Sabah. Kita harap Mydin akan membuka cawangan di Tawau dan memberi persaingan positif kepada Giant yang bersendirian di Tawau.

Dengan ETP ini,rakyat Malaysia akan memperolehi lebih daripada 30,000 peluang pekerjaan.Malahan, lebih daripada 600,000 pekerja yang berpendapatan rendah akan dapat meningkatkan pendapatan mereka. Kerajaan sedang menyediakan rel yang tepat dan jelas untuk memberi gaji manimum kepada rakyatnya.

Tuesday, October 26, 2010

SIKAP & SIFAT JELEK YG PERLU DIHINDARKAN - TERKINI SITUASI DI GALAS!!!

Warga UMNO mahupun PAS perlu mendisiplinkan ahli2nya dari perkara2 spt dibawah ini [spt coretan mso] bukanlah mengharapkan sesuatu dari kerja yg telah dilakukan itu tidak baik TETAPI biarlah berpada agar rakyat tidak meluat akan perangai sedemikian. Islam juga tidak mengajar umatnya begitu dan demi kesejahteraan ummah proses mengabdi diri demi masyarakat harus menjadi perkara utama berbanding dengan kepentingan diri. Wallahuaklam.


[MOHON EHSAN DARI CORETAN "MSO" YANG DIANGGAP BAIK DAN PERLU DIBERIKAN PERHATIAN
OLEH SEMUA UMAT MELAYU SAMADA UMNO OR PAS. - IA SATU SIKAP & SIFAT YG BETUL2 JELEK]

Politik Beruk Bengkeng dan Tengku Razaleigh

ADA bloger tertentu di pihak Pakatan Rakyat yang mempertikaikan kehadiran Tengku Razaleigih Hamzah di tempat proses penamaan calon semalam dan cuba mengeskploitasikan keadaan kononnya berlaku sesuatau kepada pengarah pilihan kecil Galas itu. Sebenarnya mereka yang lekas mengjadikan isu dengan keadaan itu sebenarnya tidak memahami dan mengenali siapa dia Tengku Razaleigh.

Mereka yang mengenalinya baru semalam akan merasa terkejut apabila beliau tidak mengiringi calon dan masuk sama ke bilik penamaan calon bersama pemimpin tertinggi BN lain. Tindakan Tengku Razaleigh itu dirasakan pelik. Tengku Razaleigh seorang yang tidak suka berlebih-lebihan atau menunjuk-nunjuk kerana baginya tidak perlu berbuat begitu. Ibrat orang kaya dia tidak suka menunjukkan kekayaannya. Selalunya yang cuba tonjolkan diri sebagai kaya ialah orang miskin.

Ketiadaan Tengku Razaleigh dalam bilik penamaan calon dan pulang sebelum calon diistyharkan menjadi isu bagi menggambarkan ada sesutau yang tidak kena di pihak BN. Namun bagi mereka yang mengenali dan pernah mengiringi Tengku Razaleigh ke pusat penamaan calon dalam beberapa pilihan raya melibatkan dirinya sendiri sebelum ini apa yang berlaku itu bukan anih dan bukan satu keluar biasaan yang perlu diberikan perhatian.

Sebelum ini pun semasa menyerah borang pencalonannya sendiri, kekadang Tengku Razaleigh tidak hadir sendiri dan diserahkan kepada wakilnya saja. Orang perlu ingat bahawa Tengku Razaleigh adalah anak raja. Ada masanya beliau masih berdiri atas sifatnya sebagai anak raja. Walaupun pun beliau merendah, humble tetapi sesekali dia tidak akan berada dari paras bawah rakyat marhaen dan darahnya tidak akan bercampur dengan rakyat biasa walaupun digaul dan diuli berapa lama sekalipun. Kenal perangai raja?

Jadi tidak timbul dan perlu diungkitkan kalau beliau tidak bersama calon kemudian dan tidak membuat kenyataan selepas proses itu selesai. Lagipun semalam beliau bukan tidak hadir langsung, ada... berada di luar bersama pengundi. Seperkara lagi yang perlu difahamai dan ditafsirkan pilihan raya Galas ini saya lihat ia bukan realistik!

Sebaliknya kalau orang hendak persoal dan mempertikaikan untuk dijadikan isu ialah mengenai bekas Timbalan Ketua Bahagian Gua Musang Saufi Deraman dan bekas Setiausaha Bahagian, Mohd Salleh. Katanya wajah mereka ini langsung tidak timbul (nampak) di sepanjang proses penamaan calon itu. Di mana-mana saja di bawah khemah BN orang bertanyakan mengenai Saufi.

Malam sebelum hari penamaan calon, pihak Umno sudah bersunggut mengenai sikap Saufi dan Salleh yang menghilang diri. Seorang rakan rapat calon BN, Abdul Aziz menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku dan menuduh Saufi tidak berterima kasih dan mengenang budi yang Umno Gua Musang lakukan kepadanya.

"Pelik orang Umno ini bila tiba giliran orang lain dia lari, tetapi masa dia bertanding cari kita sampai belakang rumah," begitulah keluh rakan calon BN penuh kekesalan.


Kehilangan Saufi sememang sesuatu yang menyedihkan kepada Umno. Mungkin tidak sangat bagi Tengku Razaleigh tetapi bagi orang lain termasuk calon BN Abdul Aziz Yusuf. Saufi tidak sepatutnya menghilangkan diri dan beliau perlu memberi sokongan seperti mana orang lain memberi sokongan kepadanya untuk dua pilihan raya.

Mungkin Saufi kecewa dan sedih atas apa yang berlaku kepada dirinya. Selepas kalah beliau tidak dipedulikan oleh parti. Masalah kewangan katanya menjempitkan hidupnya. Tetapi beliau patut sedar keadaan itu bukan kerana Tengku Razaleigh ataupun Aziz. Ia adalah satu perangai atau budaya dalam Umno dan politik. Bahkan dalam mana-mana parti politik sekalipun. Bila kamu kalah, apa lagi tidak kaya dan berdarjat kamu akan dilupakan macam kucing tua saja.

Sebab itu saya bermadah mengenai perjuangan dalam politik. Sebaik kamu melangkah masuk dalam dunia politik kamu kena siapkan diri kamu untuk menangis bersendirian. Kamu harus membayangkan penjara dan kehinaan di depan. Kalau kamu tidak melakukan ini nescaya kamu akan kecewa dan menderita.

Orang politik yang telah kalah dan tidak ada kekuatan dan pengaruh, dia umpama seekor kucing tua. Kucing ini bukan saja tidak dimandikan, di elus, makanan pun tidak lagi disediakan bahkan didoakan supaya jatuh longkang dan mati agar ia tidak menyusahkan lagi. Begitulah dalam politik. Saufi yang kalah dalam pilihan raya lalu adalah seekor kucing tua di dapur Umno.

Rajuk Saufi ini katanya sudah sampai ke kemuncak dan membimbangkan. Terdengar beliau akan mengistyharkan diri menyertai Pas menjelma hari mengundi. Katanya Pas sedia mempedulikan Saufi mengikut statusnya. Satu jawatan sudah disediakan bagi membela dan membalas budi segera. Ini sekali lagi cara Pas ini juga tidak betul. Sikap suka memberi susu kepada anak kera di hutan di memberi air sejuk kepada anak sendiri sering kali diamalkan. Pas sedia memberi apa saja kepada orang baru menyertai partinya. Disebabkan terlalu peduli ini menyebabkan ahli sendiri terasa hati. Paling menyedihkan budi ditabur Pas tidak pun dibalas sewajarnya.

Tenguk apa yang berlaku kepada Rosli Ibrahim. Masuk Pas tidak sampai sembahyang berjemaah dengan Tok Guru lebih 10 kali sudah diberi berbagai imbuhan dan jawatan. Hendka diberikan jawatan speaker, kemudian diberikan jawatan Senator. Itu tidak termasuk kekayaan lain seperti kain pelikat dan anak lembu. Akhirnya apa jadi? Apakah pengorbanan Rosli di atas segala pemberian dan baik hati Pas itu? Jawablah...

Berbalik kepada kisah Saufi tadi, bagaimana pun rancangan itu tidak sempat berlaku. Kata pucuk pimpinan Umno mengetahui dan mengambil langkah awal menghalang Saufi. Caranya seperti biasalah memberi sesuatu berbentuk kewangan. Katanya dua hari lalu beliau telah menemui Perdana Menteri, Najib Razak. Dua kali bertemu, sekali di Putrajaya dan sekali di Parlimen. Dalam pertemuan itu katanya beliau berhasil mendapat hajatnya. Najib telah menawarkan satu jawatan untuknya di sebuah agensi kerajaan.

Jadi perjuangan Saufi sudah berhasil. Dia mendapat apa yang dikehendaknya. Biasalahlah di dalam Umno dan biasa juga bagi ahlinya. Mereka akan memberi benda kepada orang terdesak dan orang terdesak pula akan meminta apa yang dikehendakinya. Inilah menjadi masalah kepada Umno. Perjuangan yang berlandaskan benda tidak akan kekal lama. Politik seperti ini politik beruk bengkeng. Beruk bengkeng bila dia lapar dia akan menyerang sesiapa saja, dia akan merajuk untuk tidak naik kelapa. Tapi sesudah diberikan sesikat pisang dan air setempung dia akan kembali tenang dan baik semula. Dia akan cepat-cepat panjat pokok nyiur semula menggugurkan nyiur.

Kalau hendak dikira Saufi sudah pun mendapat jawatan itu. Kalau beliau meuntut tuntutan sudahpun diperolehi. Dan kalau dia boleh diibaratkan beruk bengkeng itu dia sudah pun dapat pisang. Seharusnya beliau sudah memanjat pokok nyiur semula. Tetapi malangnya sehingga kini beliau masih belum muncul-muncul lagi. Kenapa? Apakah dia kemabukan pisang sehingga tidak tahu jalan untuk kembali ke Galas?

SITUASI DI GALAS - TERKINI

PROSES penamaan calon pilihan raya kecil Galas baru selesai. Dua calon yang diistyharkan akan bertanding pada pilihan raya kecil itu, ialah calon BN, Abdul Aziz Yusuf, 47 dan calon Pas, Dr Zulkefli Mohamad, 44. Aziz ialah bekas Pegawai Kesedar manakala Zulkefli seorang pengamal perubatan, doktor. Kedua-duanya akan ditentukan pada Proses Pilihanraya pada 4hb. November, 2010 depan.

Dalam tempoh proses penamaan calon berjalan semalam, ia tidak ada kejadian buruk berlaku. Suasana yang biasa berlaku di pusat penamaan calon di mana penyokong kedua pihak saling melakukan provokasi tidak kedengaran. Mungkin kedua-dua piha mengambil sikap berhati2 dan lebih bertoleransi sesuai dgn tuntutan Islam kerana mereka semua adalah bersaudara dan rakan2 seagama. Cuma kedegilan manusia yang mengatyasi kehendak syariat agar mereka bersatu dan menghancurkan musuh2 Islam sebenar.

Dari Analisa Kami di Gua Musang beberapa hari ini lalu, Pilihan raya ini dilihat lebih kepada pertandingan dua personaliti, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Mungkin rakan2 blogger lain juga bersetuju dgn pendapat ini). Namun, apa pun pilihan Tengku dan mandat yg diberikan kepadanya , maka pilihannya adalah juga pilihan Parti BN.

Personaliti & 'kekeramatan' Nik Aziz, telah memberi kelebihan kepada calon PAS Zulkefli. Realiti bahawa pertarungan personaliti ini dapat dilihat kepada permandangan sekitar bandar Gua Musang yang kini dipenuhi dengan banner yang mempamirkan wajah Nik Aziz dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Di waktu dan ketika ini, selepas penamaan calon selesai perhatian umum kini ialah kepada peluang kedua-dua parti berkenaan. Kerja2 berkempen juga telah bermula, masing2 calon dan jentera masing2 sedang bertungkus lumus membuat kerja untuk memenangi hati2 rakyat. Dan rakyat kelantan, khususnya Rakyat Gua Musang di DUN Galas, sewajarnya perlu pandai menilai dan memilih siapa yang seharus layak untuk memimpin mereka. Dan Siapakah diantara keduanya itu, boleh memberikan pengharapan agar semua permasalahan rakyat Galas dapat dibawa ke depan dan dapat ditangani dengan segera, sesuai dgn Dasar Kerajaan Pusat yang mahukan traansformasi pembangunan dapat dilakukan disemua pelosok tanahair.

Kalau kehadiran penyokong semalam dibuat sebagai indikator kemenangan calon, maka didapati bahawa calon PAS adalah lebih terkedepan. Namun, itu bukanlah ukuran sebenar. Pada perhimpunan pagi tadi, seperti biasa Pas mendahului BN. Penyokong Pas yang mengiringi calon mereka ternyata berkali ganda berbanding dengan Umno. Dianggarkan lebih 7,000 penyokong Pas berbanding dengan penyokong BN sekitar 3,500. Paling mengkagumkan sebahagian besar mereka yang berarak terdiri daripada anak-anak muda atau mereka yang berumur di bawah 40 tahun.

Memang tidak dapat dinafikan, dari segi semangat adalah jelas Pas lebih bersemangat. Pagi-pagi lagi mereka sudah berbaris di hadapan jalan besar Masjid Tengku Mohammad Faris Petra tempat permulaan perarakan. Khabarnya sejak petang semalam lagi orang Pas sudah menawan masjid berkenaan dan mendiami beberapa surau untuk dijadikan markaz. Berbeza dengan penyokong Umno yang agak lewat untuk berhimpun. Kebanyakan mereka baru sampai dari luar daerah Gua Musang dan kelihatan tidak begitu bersemangat. Ini berbeza dengan sebilangan besar penyokong Pas dari luar yang datang sejak petang semalam dan bermalam di Gua Musang.

Dari beberapa pemerhatian yang sempat dikutip dan berpandukan kepada perarakan hari ini kedudukan 60 : 40 Pas mengatasi BN. Sejauh mana kebenarannya kedua2 PARTI perlu bekerja lebih kuat untuk memenangi hati rakyat GALAS. [Update terkini akan menyusul]

Thursday, October 21, 2010

UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO DALAM PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2010.

Alhamdulillah, KAPAK ingin mengajak semua Umat Melayu terutamanya dan juga Bangsa2 lain yg hidup serempun dgn kita agar memberikan sedikit ruang waktu untuk membaca, memahami, meneliti, memikiri dan berlapang dada untuk menyahut seruan tersebut agar kita semua dapat memahami halatuju yg hendak dibawa oleh Perdana menteri dalam membawa Negara Malaysia ke arah yg lebih Cemerlang dan Terbilang dipersada Dunia.

Namun, sebelum kita mencapai ke arah tuju itu, maka segala biduk yg berlalu ini agar dapat ditangani bersama dan bersatu hati didalam menterjemah dan merealisasikan segala hajat dan natijah yg hendak dibawa bersama. Rakyat disetiap pelusuk bumi Malaysia ini diseru agar sama-sama kita membawa cita2 ini untuk dilaksanakan secara bersama dan berhemah.

Marilah kita sama-sama menghayati segala yg dipertuturkan disini:-


TEKS UCAPAN DATUK SERI NAJIB RAZAK, PRESIDEN UMNO, PADA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KALI KE-61, 2010 DI DEWAN MERDEKA PWTC


2010/10/21
TEKS UCAPAN DATUK SERI NAJIB RAZAK, PRESIDEN UMNO, PADA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KALI KE-61, 2010 DI DEWAN MERDEKA PWTC

MENDAYA BANGSA MENERAJU KEMAKMURAN

Bismillahirrahmanirrahim

Rabbi ish-rah-li sadri wa-yassir-li amri wahlul uq-datan min-lisani yaf-qohu qauli.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,
Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap,
Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden & Puan Sri Norainee Abdul Rahman,
YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad & Tun Dr. Siti Hasmah Ali,
YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi & Tun Jeanne Abdullah,
Naib Presiden-Naib Presiden,
Ketua-Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,
Ketua-Ketua Komponen Parti BARISAN NASIONAL,
Dif-dif Kehormat, Para Tetamu dan Para Jemputan,
Para Perwakilan dan Pemerhati,

MUKADDIMAH

Meng-awali ucapan, marilah kita bersama-sama merenung dua firman Allah SWT.
Dalam surah al-Baqarah, ayat 143, berbunyi:

Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu umat Islam umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul yakni Muhammad menjadi saksi atas perbuatan kamu.

Dalam surah a-li Imran, ayat 159 pula terkandung firman yang menyebut:


Maka disebabkan rahmat dari Allah, kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka. Mohonkanlah ampun bagi mereka dan ber-musyawarah dengan mereka dalam urusan itu.

Saudara dan Saudari sekalian,

1. Alhamdulillah, kita merafakkan sepenuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita berkumpul sekali lagi dalam dewan yang penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW selaku pemimpin yang dimuliakan dan sentiasa diambil pengajarannya.

2. Jika dihitung dan dicongak, Perhimpunan Agung kali ke-61 menandakan Dewan Merdeka yang bertuah ini, telah menyaksikan persidangan dilangsungkan sebanyak 25 kali semenjak tahun 1985. Begitulah, UMNO telah bertatih dan berjalan begitu jauh didewasakan oleh waktu.

3. Dalam pada itu, secara sedar atau tidak, selama lebih enam dekad UMNO telah berada di lapangan, menyalakan obor kebangkitan orang-orang Melayu dan membela untung nasib bangsa. Sehubungan itu, dengan tegas kita mahu menyatakan bahawa sepanjang 64 tahun ini, United Malays National Organization atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO, adalah satu-satunya, suluh yang terang-benderang, kepada citarasa dan nurani orang-orang Melayu.

4. Kerana itulah, tidak ada seorang pun dapat menafi apatah lagi menidakkan betapa besarnya pengaruh dan peranan parti keramat ini yang sejak turun-temurun kepimpinannya telah menongkah arus, menghilir pasang, sebagai teraju perubah tanahair.

TALI-TEMALI WAWASAN NEGARA

Saudara dan Saudari sekalian,

5. Apa yang kita perjuangkan hari ini, bukanlah sesuatu yang baru. Sebaliknya ia adalah penerusan kepada aspirasi bangsa Melayu serta rakyat Malaysia di kala kita membuat keputusan untuk menuntut kemerdekaan. Begitulah, semenjak dahulu, tiga prinsip dan pegangan utama kita yang sentiasa konsisten yakni pertama, kesatuan Melayu sebagai teras perpaduan nasional. Kedua, Islam sebagai Addin dan ketiganya kemakmuran negara bertonggakkan keadilan sosial.

6. Jika diimbau sebenarnya, pada awal tahun 50-an, Presiden UMNO ketika itu, Allahyarham Dato Onn Jaafar telah mengenengahkan idea untuk membuka pintu keahlian parti kepada orang bukan Melayu kerana beliau melihat realiti, bahawa kemerdekaan, tidak mampu dicapai tanpa kaum-kaum yang ada bersetuju berkongsi kuasa.

7. Namun, rancangan Dato Onn pada masa itu adalah terlalu progresif bagi ahli UMNO yang merasakan kedudukan bangsa Melayu masih belum kuat. Hasilnya, ia telah ditentang oleh majoriti ahli dan pemimpin UMNO. Akibat dari itu, Dato Onn telah keluar meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Tanah Melayu bagi meneruskan cita-citanya.

Kendatipun begitu, kita orang-orang UMNO ini bak kata pantun:

Hidup sebumbung, di bawah teratak,
Berlain bantal, satu hati,
Bercerai kasih, bertalak tidak,
Ibarat rambut, bersimpul mati.

8. Di sudut lain, sekalipun idea Dato Onn pada masa itu tidak dapat diterima UMNO, penggantinya, Almarhum Tunku Abdul Rahman yang telah dipilih menggantikan beliau, menyedari peri pentingnya kerjasama politik pelbagai kaum untuk mencapai kemerdekaan. Tunku kemudiannya mengambil strategi yang pada pandangannya adalah lebih realistik dan mampu diterima majoriti orang-orang Melayu serta pelbagai ras dengan mempelopori satu gabungan bitara antara kaum.

9. Kerjasama ini, telah dizahirkan buat kali pertama pada tahun 1955, melalui perkongsian kuasa Parti Perikatan yang mengumpulkan UMNO, MCA dan MIC, masing-masing, mewakili kaum Melayu, Cina dan India. Kemudian pula, pasca tragedi 13 Mei 1969, kepimpinan negara menyedari bahawa, perpaduan tidak mampu dipupuk dengan hanya menggunakan mekanisma politik tanpa disertai asas sosioekonomi bertunjangkan keadilan sosial.

10. Oleh kerana itu, selanjutnya, Allahyarham Tun Abdul Razak telah menggubal dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dengan matlamat membaikpulih ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum yang sebelum itu hampir memusnahkan keutuhan perpaduan nasional. Pendekatan baru ekonomi ini, sebetulnya telah dimungkinkan dengan kedinamikan sistem pasaran yang dibina oleh Almarhum Tunku sebelum itu.

Saudara dan Saudari,


11. Di sini, suka saya menarik kembali perhatian sebahagian daripada kita dah pihak-pihak yang barangkali terlepas pandang bahawa, matlamat Dasar Ekonomi Baru sebenarnya, adalah, untuk membina perpaduan nasional. Cumanya, alat dasar yang telah digunapakai bersifat sosioekonomi, bukannya politik semata-mata sepertimana yang dilakukan pimpinan terdahulu melalui penubuhan Parti Perikatan.

12. Dalam helaan nafas yang sama, Tun Razak tidak melupakan kepentingan mekanisma siasah sebagai alat memupuk perpaduan. Beliau, telah memperbesarkan Parti Perikatan dan membentuk tapaknya melalui penubuhan Barisan Nasional. Menerusi landasan kerjasama serta perkongsian kuasa antara kaum, ia diperluaskan melalui negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

13. Hendaklah jangan kita lupa, jambatan pertama yang dibina antara negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak merentasi Laut China Selatan adalah jambatan politik Barisan Nasional, yakni 11 tahun selepas penubuhan Malaysia. Ia dimantapkan lagi kemudiannya, dengan kehadiran UMNO di Sabah, bumi di bawah bayu, pada tahun 1991.

14. Sejurus, apabila Dasar Ekonomi Baru tamat pada tahun 1990, Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri pada ketika itu, telah memperkenalkan penyataan arah tuju kebangsaan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Melalui kertas kerja bertajuk Malaysia; Melangkah ke Hadapan yang disampaikannya semasa melancarkan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, beliau mevisikan bahawa, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju dalam tempoh tiga dasawarsa.

15. Pada saat itu, diimpikan menjelang tahun 2020, Malaysia akan menikmati taraf hidup yang sama dengan Amerika Syarikat. Pendapatan per kapita Amerika Syarikat pada masa itu adalah kira-kira dua puluh ribu dolar. Sungguhpun kita tahu, ada pihak yang mengatakan matlamat ini adalah angan-angan Mat Jenin, alasan Tun Dr. Mahathir adalah begitu kemas sekali. Beliau menyatakan dalam tempoh Dasar Ekonomi Baru, pukul rata pertumbuhan tahunan negara adalah 6.7 peratus. Jika dalam tempoh tiga puluh tahun hingga 2020, pertumbuhan boleh ditingkatkan kepada tujuh peratus yakni perpuluhan tiga peratus lebih tinggi daripada pukul rata tahun-tahun 1971 hingga 1990, maka wawasan yang dicitakan tidak mustahil untuk dicapai.

16. Di samping aspek ekonomi, beliau telah menggariskan sembilan lagi cabaran sosio-politik yang perlu dihadapi sebelum Wawasan 2020 boleh direalisasikan. Paling utama adalah, mengukuhkan perpaduan nasional atau matlamat untuk membentuk bangsa Malaysia. Pengalaman Dasar Ekonomi Baru menunjukkan bahawa pengagihan saksama hanya akan berlaku dalam ekonomi yang teguh.

17. Apa yang sangat jelas di sini, bagi memastikan perpaduan nasional, kedua-dua mekanisma, politik dan sosioekonomi harus diguna dan dipertemukan. Ertinya, perpaduan nasional tidak akan ampuh tanpa keadilan sosial manakala keadilan sosial pula tidak mampu dicipta tanpa kestabilan politik serta kemakmuran ekonomi yang berteraskan perpaduan nasional. Ringkasnya, ketiga-tiga elemen tersebut adalah saling melengkapi, saling berkait dan saling mengukuhkan antara satu sama lain.

Saudara dan Saudari,

18. Setelah diamanahkan untuk memimpin parti dan negara kira-kira lapan belas bulan yang lepas, dengan penuh tradisi harmoni kesinambungan kepimpinan UMNO yang diserahkan oleh Tun Abdullah, saya telah membuat keputusan untuk tidak mencipta semula roda tetapi untuk mengambil teladan akan kebijaksanaan dan pandangan jauh pendahulu kepimpinan parti dan negara melalui formula yang dicuba serta telah teruji oleh zaman.

19. Maka, lahirlah falsafah induk 1Malaysia yang merupakan penerusan kepada wawasan pragmatik bapa-bapa kita dalam parti dan kerajaan. Perpaduan nasional adalah sesuatu yang dinamik. Ia harus sentiasa dibajai dan dijaga, jika tidak, ia akan hancur berkecai. Parti Perikatan terbentuk diambang Merdeka bertepatan waktunya, namun pasca tragedi 13 Mei 1969, menyaksikan model ini perlu dipulih rawat melalui Barisan Nasional dan elemen keadilan sosial melalui Dasar Ekonomi Baru.

20. Kesimpulannya, susur galur dan tali-temali usaha yang dipasak oleh Almarhum Tunku disambung oleh Allahyarham Tun Razak melalui Barisan Nasional dan Dasar Ekonomi Baru. Allahyarham Tun Hussein pula dikenali sebagai Bapa Perpaduan yang tegas dan tulus dalam melaksanakan khidmatnya. Kemudiannya Tun Dr. Mahathir meneruskannya dengan konsep Bangsa Malaysia. Disusuli Tun Abdullah yang membina usaha memantapkan modal insan dan mengolah Misi Nasional dalam meneraju negara.

Saudara dan Saudari,

21. Sekiranya perpaduan nasional, kemakmuran dan keadilan sosial adalah saling mengikat dan berpilin, maka, selain 1Malaysia, kita memperkenalkan inisiatif Pelan Transformasi Kerajaan atau GTP dan 6 NKRAnya serta Pelan Transformasi Ekonomi atau ETP untuk membina kemakmuran demi kesejahteraan rakyat.

22. Seperti yang telah dibentangkan sebelum ini, ETP adalah satu pelan yang komprehensif, merangkumi garis-garis besar Model Baru Ekonomi dan lapan prakarsa strategik. Ia juga mengandungi arah tuju yang jelas dengan 12 NKEAnya serta mekanisma pelaksanaan jitu melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesebelas.

23. Dalam hubungan ini lagi, Gagasan 1Malaysia juga adalah selaras dengan nilai-nilai Islam dan semangat yang ditunjukkan sirah Rasulullah SAW dalam pembentukan negara dan ketamadunan Islam terawal di Madinah. Masyarakat yang berada di Madinah pada waktu itu, terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh rukun lagi harmoni, berasaskan Perlembagaan yang mengutamakan serta mempertahankan agama serta keadilan kepada semua pihak. Perlembagaan itu juga melindungi kaum minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada orang-orang bukan Islam.

Saudara dan Saudari,

24. Jelasnya, ini bukanlah impian baru. Inilah impian abadi negara dari dahulu dan selamanya. Ia adalah gagasan Allahyarham Dato Onn, cita-cita Almarhum Tunku Abdul Rahman, harapan Allahyarham ayahanda saya, kemahuan Allahyarham Tun Hussein, aspirasi Tun Dr. Mahathir dan kehendak Tun Abdullah Badawi. Pastinya, ia kini menjadi wawasan saya, bersama Tan Sri Muhyiddin dan rakan-rakan dalam UMNO, Barisan Nasional dan juga kerajaan.

25. Saya penuh yakin dan percaya, ia adalah hasrat murni didokong tuan-tuan dan puan-puan yang berada di dalam dewan dan di luar dewan, serta semua rakyat negara tercinta ini. Pendek kata, biar siapapun kita, di mana jua berada, kita adalah 1Malaysia.

KEPIMPINAN DALAM BUDAYA MELAYU DAN UMNO

Saudara dan Saudari sekalian,

26. Di atas semua ini, jika diteliti, dalam budaya Melayu, hal kepimpinan amatlah pelbagai. Mulai daripada kepimpinan rumah tangga, dusun dan kampung sampailah kepada kepimpinan bangsa dan negara. Oleh sebab besar dan pentingnya pengaruh dalam kehidupan, maka para pemimpin diberi kepercayaan dan tanggungjawab memandu umat sepertimana tercermin dalam ungkapan "adat memegang kepercayaan orang, jangan sekali-kali menikam belakang, adat memegang kekuasaan, jangan sekali-kali merosakbinasakan, adat memegang kebebasan, jangan sekali-kali lupa batasan".

27. Makanya, di saat ini, biar apa sekalipun suka duka, pahit maung, kritik cela yang dihadapkan lawan kepada UMNO, tawarikh jelas memperlihatkan bahawa, kita sudah bertahan lebih daripada enam puluh tahun dengan khidmat, jasa dan bakti yang mendalam kepada pembangunan umat Melayu juga negara. Tambahan lagi, kebolehan dan kewibawaan UMNO telah tersanjung tinggi bukan sahaja dirantau sebelah sini malah menjangkau ke seantero dunia.

28. Sememangnya lagi, sejak puluhan tahun, apa yang diperkatakan bukanlah omongan kosong. Terakam jelas dalam catatan negara, parti inilah yang telah menukar perpecahan kepada perpaduan, daripada pemikiran terjajah kepada pemikiran merdeka, daripada tidak percaya kepada kebolehan masing-masing kepada keyakinan mandiri yang membanggakan, daripada berputus asa kepada penuh harapan.

29. Jangan kita lupa, parti inilah yang berperanan merubah orang Melayu daripada bangsa yang tidak berkesedaran politik sebelum Perang Dunia Kedua kepada bangsa yang mampu merebut kemerdekaan dengan siasah hujung lidah menundukkan kuasa besar dunia iaitu pihak British.

30. Tidak cukup dengan itu, tersusun kemas dalam rekod negara, parti UMNO-lah yang telah menggerakkan kesedaran nasionalisma, semangat patriotisma dan demokrasi politik. Dalam gambaran besarnya, terbukti utuh bahawa, kepimpinan UMNO telah berjaya sebagai teraju ulung yang mentransformasikan Malaysia dengan begitu pantas seperti apa yang kita kecapi hari ini.

Saudara dan Saudari sekalian,

31. Menyongsong kisah-kisah pencapaian itu, kita ingin bertanya, apakah jenis bangsa yang berjaya menunjangi perjuangan hebat ini? Apakah sistem nilai yang dipegang? Persoalannya di sini, bukanlah kita ingin termanggu dengan kejayaan-kejayaan lalu, namun, marilah kita menyingkap apakah kekuatan dan apakah faktor yang menjadi asas kepada keutuhan pertubuhan yang bermakna ini.

Dalam konteks ini, sesuai jika saya mengungkap beberapa baris puisi indah oleh Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang serta bait-bait coretan gurindam daripada seorang tokoh persuratan, Tenas Effendy yang membicarakan tentang Melayu.

Pertama sekali dari segi usul dan asalnya disebut:

Melayu itu, kaya falsafahnya
Melayu itu, orang yang bijaksana
Akal budi bersulamkan daya

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,

Saudara dan Saudari,

Tidak lengkap lagi senarai ini sebenarnya:

Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muallaf bertakrif Melayu

Mendakap realiti semasa Malaysia pula:

Kadazan, Bajau, India Muslim dan Siam,
Melanau, Bidayuh dan berpuluh suku kaum,
Kita bersama dalam serumpun,

Di sudut perpaduan dan agama dinyatakan bahawa:

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Seterusnya dari perspektif kepimpinan dan amanah, Melayu dimadahkan:

Menjadi pemimpin sifatnya agung
Syarak dipakai adat dijunjung

Hidupnya mengabdi kepada rakyat
Taat setia membela umat

Akhirnya, disimpulkan Melayu itu:

Dijadikan induk kuat berdiri
Umat sentosa bertuahlah negeri.

Saudara dan Saudari sekalian,

32. Berdasarkan baris-baris yang saya lafazkan, begitu langsung memperlihatkan betapa, dalam sifat, psikologi, dan sikap atau perwatakan Melayu itu terpamer asas-asas yang membenih nilai kepimpinan murni. Jika digarap lagi, demikianlah orang Melayu, meletakkan martabat tinggi kemuliaan sikap pemimpin dan kepimpinan dalam masyarakat.

33. Terbukti, di sudut leluhurnya, bangsa Melayu itu, sejak sekian lama telah merentas ujian waktu. Keperibadian inilah juga yang menyebabkan Melayu diterima sebagai pemimpin dalam sebuah masyarakat majmuk. Sikap inilah juga menjadi bekal sebagai bangsa yang diamanah menggalas kepimpinan negara.

34. Lebih indah pula, ciri kepimpinan Melayu yang saya utarakan ini, telah dimurnikan dengan tibanya ajaran Islam yang menyeru, mendidik dan mendokong pendekatan wasatiyah. Wasatiyah, adalah suatu kaedah mengamalkan kehidupan individu mahupun masyarakat secara berimbang dan syumul dalam segenap bidang terutamanya dalam soal-soal yang menyangkut perpaduan dan kenegaraan.

35. Sesudah itu, dari masa hingga masa, ajaran Al-Quran serta sunnah disulam dan dijalin kemas dalam anyaman hidup seharian orang Melayu. Sejak itulah juga hingga kini, nilai orang Melayu, padat diwarnai dengan hala cara wasatiyah atau pertengahan. Merujuk para ulama tafsir, disyarahkan bahawa, umat wasatiyah secara tuntasnya adalah umat yang adil lagi berdaya maju, bekerja keras untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

KEPIMPINAN UMNO SATU TANGGUNGJAWAB MORAL DALAM PENGURUSAN KAUM

Saudara dan Saudari sekalian,

36. Lanjutan dari itu, seperkara yang amat mustahak untuk diingat adalah, dalam menentukan jatuh bangun sesebuah negara, kita memerlukan corak kepimpinan yang betul dan pemahaman jujur pada wacananya, apatah lagi dalam sebuah negara bitara seperti Malaysia.

37. Sehubungan itu, bersyukurlah bahawa Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kekal stabil serta bebas daripada sebarang konflik besar. Sayugia, setiap orang perlu menerima hakikat bahawa kepelbagaian kaum adalah satu rahmat dan aset anugerah dari Allah SWT.

38. Sesungguhnya, kemajmukan adalah sumber kekuatan kita selama ini. Begitulah dunia tercipta dan akan kekal selamanya begitu. Apa yang mustahak adalah, bagaimana kita memanfaatkan aset ini bagi menunjangi kejayaan negara.

39. Berkait perkara itulah, semua pihak perlu mengambil sikap berlapang dada, kerana sekalipun kita mengamalkan tindakan afirmatif untuk menjamin keadilan sosial, kejayaan seseorang nyatanya, hanyalah dihadkan oleh kreativiti, inovasi dan kesanggupan individu itu sendiri, untuk bekerja keras serta mengambil risiko.

40. Misalnya, kaum bukan Bumiputera, setelah 39 tahun dasar afirmatif dilaksanakan, masih lagi merupakan kaum yang memiliki kekayaan terbesar. Kita menyedari, ada pihak mendakwa tindakan afirmatif itu sendiri yang mendatangkan kesusahan, akan tetapi, bukti empirikal menunjukkan sebaliknya. Sebenarnya, sikap penerima bantuan, cara pelaksanaan dan landskap di mana tindakan itulah yang menjadi punca masalah.

Saudara dan Saudari sekalian,

41. Sementelahan itu, apabila ada pihak yang mula mempersoalkan tentang kedudukan bangsa Melayu sebagai bangsa yang dilindungi dengan hak-hak tertentu, ianya telah menimbulkan kegusaran serta rasa tidak puas hati, kepada kita yang amat terkenal dengan sikap dan sifat akomodatifnya. Ibarat api dalam sekam, perasaan ini telah mula membara dan mungkin menular sehingga berupaya merosakkan keharmonian perhubungan ras yang telah terjalin semenjak dahulu.

42. Sayang seribu kali sayang juga, setelah lima puluh tiga tahun kita merdeka, hari ini, rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan asakan bertalu-talu terhadap teras-teras utama perhubungan kaum yang wujud selama ini. Jika polemik nasional ini tidak ditangani dengan baik, kita berasa amat cuak, kerana, ia berkemungkinan menjadi ancaman kepada perpaduan negara.

43. Sebab itulah, saudara dan saudari, kita perlu sentiasa berwaspada, kita perlu terus mengingatkan diri masing-masing bahawa, kejayaan pertiwi tercinta sememangnya dimungkinkan oleh sumbangan, idea dan pengorbanan pelbagai kaum. Hakikatnya pun, ia bukanlah jasa, mahupun ikhtiar ekslusif satu kaum semata-mata, akan tetapi segalanya merupakan hasil mahsul, tuaian kudrat oleh semua kaum secara kolektif.

44. Apa yang menjadi masalah dalam keadaan ini, ketegangan akan timbul apabila, sejarah dienteng, atau, dilupakan akibat perjalanan masa, atau juga, apabila ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mentafsir semula semua itu, supaya sesuai dengan kepentingan serta agenda sempit kelompok masing-masing.

45. Kerana yang demikianlah, pemimpin oportunis, menangguk di air keruh, sebenarnya musang berbulu ayam, bermain api permusuhan dan memanipulasi keadaan, sangat ditolak dalam kepimpinan. Mereka tidak layak digelar pemimpin.

Saudara dan Saudari sekalian,

46. Awaslah, awaslah kita, terhadap saudagar mimpi yang membuai dengan dogengan, menjadi petualang memintal kepalsuan, menenun kebencian, memperdagang fitnah, mengadun madu dengan tuba, meleceh pengorbanan dan tanpa segan silu, mengajak kita menikmati buah khuldi yang bergentayangan di pohon rendah, sehingga sanggup menggadai segala-galanya.

Saudara dan Saudari sekalian,

47. Bertolak dari situlah, bagi bangsa Melayu khususnya, perasaan mereka amat terhiris kerana ikrar budiman yang telah dipateri di ambang merdeka kini diungkit kembali. Sedangkan, berpayung sumpah dan janji itulah kita sanggup membuat pengorbanan terbesar bagi mencapai sebuah kemerdekaan, yakni berkongsi pemilikan Tanah Melayu dengan kaum-kaum yang lain.

48. Serentak dengan itu, penerimaan kerakyatan yang berasaskan prinsip jus soli atau hak tempat kelahiran berbanding prinsip jus sanguinis yakni hak darah dengan sekelip mata telah mentransformasikan landskap sosiopolitik Tanah Melayu untuk selama-lamanya.

49. Dek kerana itu, kita tidak boleh lagi hidup terpenjara kisah nan lalu tanpa melihat ke hadapan. Pokoknya di sini, sepertimana prinsip keutuhan sebarang kontrak yang dibuat di bawah lembayung kedaulatan undang-undang, jika tidak dihormati, maka tiadalah kepastian, walaupun bagi perkara-perkara asas yang telah dipersetujui bersama. Analoginya di sini, jika ia berlaku dalam bidang perniagaan, maka pihak yang berbuat demikian akan mendapati diri mereka, tidak lagi dipercayai oleh sesiapapun, apabila memungkiri janji.

50. Seterusnya lagi, jika ikrar setia yang telah diwaad, dilanggar sewenang-wenangnya apabila tidak sesuai dengan selera atau kepentingan tertentu, akan hancurlah kepercayaan dan rapuhlah rasa penghormatan di antara kita, kerana, masing-masing akan dihidapi penyakit kesangsian terhadap motif, kejujuran serta keikhlasan terhadap satu sama lain. Hal yang membarah sebegini berbahaya, saya ulang, amat berbahaya kepada sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya seperti Malaysia kerana ia berpontensi menghancurkan segala apa yang dibina sejak lebih lima puluh tahun yang lalu.

51. Satu hal yang pasti, timbal balas dipersembahkan bukan sahaja oleh bangsa Melayu, tetapi juga oleh kaum lain. Ia dimanifestasi melalui muafakat murni iaitu bagi memperoleh kerakyatan, orang bukan Melayu telah sanggup menerima prinsip hak keistimewaan sebagaimana termaktub di bawah peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Kemudian itulah, kewarganegaraan Malaysia pada dasarnya bukan lagi bersifat sama rata dan sama rasa tetapi telah disesuaikan dengan realiti yang ada demi matlamat dan kepentingan jangka panjang nasional.

Saudara dan Saudari sekalian,

52. Inilah sebenarnya asas teras kepada kontrak yang telah dimuafakat bapa-bapa pengasas mewakili kaum masing-masing di ambang kemerdekaan. Ia kemudiannya telah dimaktubkan sebagai kontrak sosial nasional, tertinta dalam perkara dan fasal Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara. Mahu tidak mahu, kita sewajibnya menghormati persepakatan mulia yang telah dilakukan kerana itulah kunci kepada kelangsungan dan survival kebangsaan.

53. Kini pula, sebagai generasi kepimpinan mutakhir, kita telah diamanahkan untuk menghadapi tuntutan zaman monumental ini sebagaimana generasi kepimpinan pertama yang telah dihadapkan dengan cabaran untuk membina asas kepelbagaian. Oleh itu, adalah amat tidak bertanggungjawab jika kita memilih jalan berpeluk tubuh dan duduk bersimpuh tanpa berbuat apa-apa. Lebih teruk lagi jika ditanggungkan pula beban ini kepada generasi kepimpinan akan datang.

54. Demikian itulah, kita harus membina landasan baru perhubungan kaum di Malaysia dengan mengambil kira dua prinsip penting. Pertamanya, ia haruslah berasaskan masa depan yang dikongsi bersama dan kedua, ia harus mengambil kira faktor sejarah tanpa mengenepikan realiti hari ini serta potensi masa depan.

Saudara dan Saudari sekalian,

55. Sememangnya, manusia tidak wujud dan hidup dalam sebuah utopia. Manusia tidak dapat lari dari realiti dan persekitaran. Malaysia adalah sebuah negara berasaskan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sepertimana ideologi kebangsaan yang ternukil dalam panca prinsip Rukun Negara.

56. Seperti yang kita maklum, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain Perezapan kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.

57. Seterusnya, saudara dan saudari, kita mesti memahami dan mengetahui bahawa, pindaan terhadap artikel-artikel ini tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan. Ia ditambah kukuh pula oleh Perkara 10 Fasal 4, yang memberi kuasa kepada Parlimen, bagi menggubal undang-undang, melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan Perkara 181.

58. Sehubungan hal ini, hendaklah kita mengetahui bahawa apa yang menjadi polemik hebat hari ini, sama ada tentang kerakyatan selepas merdeka atau hak istimewa orang Melayu sebenarnya, sudah menjadi perdebatan akademik. Ini kerana, dari segi perundangan, peruntukan-peruntukannya sudah pun tersurat dan sekaligus terpateri kemas.

59. Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis yang dianggotai sembilan orang Raja-Raja Melayu. Dalam kata laim, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung.

60. Di sebalik semuanya, suka tidak suka, ada sebab yang amat kuat mengapa perkara-perkara ini tidak dibenarkan untuk dipinda kecuali dengan perkenan Majlis Raja-Raja. Hikmahnya, adalah supaya peruntukan-peruntukan tersebut di letakkan luar daripada forum perbincangan. Jika dibuka juga kepada perbahasan, maka kita bimbang, kita khuatir, ia akan membangkitkan keresahan serta mengapi-apikan primordial instinct atau naluri asal wujud antara etnik.

61. Di atas segalanya, rakyat Malaysia perlu sedar bahawa sejarah telah menunjukkan tidak kira betapa majunya sesebuah ekonomi, betapa berevolusinya sesebuah tamadun, betapa terpelajarnya manusia dan betapa tinggi tahap toleransi, seandai dan sekiranya naluri asal wujud ini tidak diurus dengan baik, kesannya kelak, kita mungkin menyaksikan kezaliman yang sangat dahsyat bakal terjelma, dinyalakan oleh sikap dan disemarakkan sifat tabie manusiawi itu sendiri.

62. Apa yang saya perkatakan ini tidak menghairankan. Di abad ke-20 kita telah dipampangkan dengan kes-kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi holocoust di Benua Eropah, penyembelihan rakyat Palestin di Asia Barat serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda. Jadi, bayangkanlah, apakah kesudahannya, jika setiap generasi rakyat Malaysia mengambil pendirian untuk mempersoal kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang telah dimuafakatkan pendahulu mereka sebelum ini.

63. Akibatnya, akan lebih pantas terutama dalam dunia tanpa sempadan dengan kecanggihan sistem teknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa berkembang. Pucuk pangkalnya, saudara dan saudari, mengapa mahu diubah apa yang telah berjalan dengan begitu baik. Janganlah yang elok menjadi retak, janganlah yang bersambung menjadi putus.

Saudara dan Saudari sekalian,

64. Merentasi situasi ini, sebagai orang Melayu yang merupakan kaum majoriti, kita mempunyai tanggungjawab kepimpinan untuk ditunaikan. Satu tanggungjawab moral kepimpinan yang melangkaui kepentingan kaum kita sendiri. Tanggungjawab ini secara alami telah tertakdir dan tertanggung ke atas orang-orang Melayu disebabkan kita adalah dalam rumpun majoriti yang membentuk 67 peratus daripada penduduk Malaysia. Seperti yang telah saya bicarakan di awal ucapan tadi, ketentuan ini disahihkan lagi oleh faktor sejarah serta sikap dalaman bangsa itu sendiri.

65. Begitulah, suratan satu bangsa yang terpilih menerajui kemajmukan. Kepercayaan yang terus-terusan diberi oleh kaum-kaum lain sewajibnya menjadi perangsang agar orang-orang Melayu sentiasa memperbaiki diri dan terkedepan sebagai pemudahcara antara kaum.

6. Dalam pengertian lain, di arus kemodenan dan kerancakan globalisasi, soal hak, harga diri dan asal-usul tidak lagi membawa apa-apa makna jika bangsa kita mundur dan ketinggalan. Secara otomatis, rasa hormat, rasa menaruh harap oleh pihak lain kepada kita juga akan luntur. Dek yang demikian, pada saat ini juga kita perlu bingkas bangun dan berlari deras bagi menggapai justifikasi peranan umat Melayu dengan penuh berhemah lagi profesional.

GERAK KERJA UMNO

Saudara dan Saudari sekalian,

67. Menjengah ke hadapan, sebermula Perhimpunan Agung Mac 2009, pelbagai rencana dan perancangan rapi serta strategi telah disusun. Jadinya, kita tidak boleh lagi berlengah-lengah dan membuang masa. Mengatasi semua perkara, tumpuan kita sekarang ini adalah terhadap gerak kerja parti. Gerak kerja UMNO sebagai sebuah parti siasah mesti berubah. Kendati begitu, UMNO harus kekal berpegang teguh kepada tujuan asalnya, sebagai sebuah parti Melayu massa yang mampu mengungkap aspirasi bangsa.

68. Laksamana Hang Tuah menyebut, takkan Melayu hilang di dunia. Begitulah, bangsa Melayu terutamanya dirantau ini, telah menjelajah zaman dan menempuh rangkaian suka duka. Ketahuilah, tahun 2011 yang bakal menjelang bukanlah sembarangan. Ia menandakan genapnya tempoh lima ratus tahun, semenjak kejatuhan empayar Melayu Melaka. Di sini, kita harus mengambil pengajaran kenapa sebuah empayar begitu hebat di Kepulauan Melayu yang menjadi persinggahan perdagangan dua benua telah rebah dijajah Portugis.

69. Ironisnya, banyak pihak hanya menumpukan kepada runtuhnya empayar Melayu ini kerana pengkhianatan dari dalam. Ya, memang benar ini sebahagian sebabnya. Tetapi fakta yang tidak kurang penting untuk diambil iktibar ialah ehwal tentera kedua-dua pihak, masing-masing ternyata memperlengkap persenjataan peperangan untuk era yang berlainan.

70. Maksud saya, pihak Portugis menggunakan senjata yang moden untuk zamannya, dengan senapang dan meriam sedangkan pertahanan Melaka waktu itu masih menggunakan senjata yang sesuai dengan zaman yang telah berlalu. Walaupun keris, tombak dan lembing menjadi lambang kepahlawanan, namun ia ternyata tidak mampu menewaskan bedil dan meriam. Begitulah resam dan ketetapan, sunnah putaran alam.

Saudara dan Saudari sekalian,

71. Oleh yang demikian amatlah mustahaknya Melayu alaf ke-3, Melayu abad ke-21 dipersediakan untuk eranya. Dari begitu obsesi terhadap hak, sebaliknya Melayu abad ke-21 wajib mempersiap siagakan dirinya untuk memanfaatkan hak yang ada. Apa gunanya kuota, rizab dan permit jika segalanya dipersiakan. Apa gunanya peluang jika ia digadai demi keuntungan jangka pendek.

72. Lalu, Melayu abad ke-21 harus gigih membina keupayaan dan kemampuan, bukannya sekadar mendabik perabung-perabung dada bahawa mereka harus berjaya kerana ia adalah hak mereka untuk berjaya. Mahu tidak mahu, Melayu abad ini harus berdepan realiti untuk meraih kejayaan.

73. Kita harus menjadi Melayu yang glokal. Saudara dan saudari, saya ingin bertanya, apa kurangnya bangsa Melayu? Melayu...... seharusnya mampu bersaing dengan yang terbaik. Melayu...... seharusnya mampu bertarung dengan yang paling kuat. Melayu...... mesti menjadi yang terhebat di pentas antarabangsa.

74. Justeru, saya sebagai Presiden UMNO...... tidak mahu..... menerima alasan bahawa anak Melayu masih lemah kesan penjajahan hampir lima kurun. Saya sebagai Presiden UMNO beserta rakan-rakan pimpinan dalam parti juga tidak rela...... melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang meminta-minta, kita tidak mahu...... melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang berpuas hati dengan momokan rezeki secupak tak kan jadi segantang.

75. Dengan tegas, saya ingin ingatkan semua bahawa, pertarungan hari ini adalah pertarungan minda dan kemahiran. Siapa yang berilmu, siapa yang menguasai maklumat, dialah kudrat yang mempengaruhi persekitaran. Oleh itu, janganlah kita mengambil jalan mudah dengan bersifat dogmatik dan berpuas hati dengan bentuk berbanding isinya.

Saudara dan Saudari sekalian,

76. Kepada semua pihak hendaklah menyedari, bukankah apa yang Malaysia capai selama lima puluh tiga tahun kemerdekaan adalah juga hasil usaha dan penerajuan bangsa Melayu? Lantas, kita menjadi lemas dan rimas dewasa ini, apabila kedengaran suara-suara sumbang yang cuba memperlecehkan pencapaian orang Melayu. Benar sekali, amat mudah bagi lidah tidak bertulang membuat nista. Mereka dengan suka-suka menuduh perkhidmatan awam sebagai lubuk ketidakcekapan.

77. Walhal, jika perkhidmatan awam negara tidak kompeten, sudah lama kita menjadi negara gagal, tidak mungkin pula akan berjaya berkembang sebegini dari negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden.

78. Terbukti lagi selama ini, kita telah berjaya tanpa perlu ada pengkalan tentera asing dibumi bertuah ini untuk memberi payung keselamatan. Kita juga berjaya..... tanpa perlu keabsahan sebagai negara bangsa yang merdeka dan berdaulat dipertikaikan. Kita juga telah berjaya.... bersama pelbagai kaum membina tanah air keramat ini.

79. Diperakui, kita ada kelemahan, namun kita tetap mampu pada setiap masa bangkit mengatasi cabaran kelemahan yang dihadapkan dengan kudrat, acuan dan cara kita sendiri tanpa bergantung kepada negara lain.

Saudara dan Saudari sekalian,

80. Mendepani segalanya, UMNO akan tetap menunaikan amanahnya untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara. Kita melakukannya bukan sahaja semata-mata melalui kata puitis yang muluk-muluk bahkan dengan inisiatif, program dan dasar yang konkrit.

81. UMNO tidak sekali-kali akan membiarkan bangsa Melayu menjadi bangsa yang melukut ditepi gantang, bangsa yang menjadi dagang di negeri sendiri. Kita komited untuk melakukan bukan sahaja apa yang terbaik, tetapi apa yang betul demi untuk rumpun Melayu. Kita tidak mampu untuk tenggelam dalam keasyikan lampau. Nyatanya, kita bukan sahaja berhadapan dengan cabaran luar tetapi juga cabaran segelintir anak-anak bangsa yang nampaknya sanggup menggadai segala demi kuasa.

82. Sebagai pengajaran dari semua ini, orang UMNO tidak boleh hilang harapan atau bergundah gulana. Ajaran agama Islam juga sangat melarang kita berputus asa. Kita sebagai ahli parti dan orang UMNO tidak mampu untuk terumbang-ambing di kubang kecewa dalam kekalahan, malah kita juga tidak semudah-mudah nak membiarkan UMNO musnah.

83. Demi, membina masa depan, demi terus mendaya bangsa ini, kita harus melalui tiga fasa pemulihan. Fasa pertama dan terpenting adalah memperakui kelemahan dan masalah yang kita hadapi. Fasa kedua adalah untuk membuat muhasabah dan mencari penawar-penawar yang mustajab memperbaiki kekurangan-kekurangan itu. Fasa ketiga pula adalah memulakan gerak kerja. Apa yang penting, ketiga-tiga fasa ini wajib dilalui dengan penuh ketertiban. Jika tidak, rencana perubahan dan pembaharuan tidak akan berjaya.

PENUTUP

Saudara dan Saudari sekalian,

84. UMNO bukanlah sebarang parti, UMNO lahir daripada suara hati dan aspirasi orang Melayu. Menelusuri perjalanannya, UMNO telah dilanda rentetan dugaan yang besar. Tahun 1951, Presiden dan Pengasas UMNO telah meninggalkan parti. Kemudiannya, PAS telah ditubuhkan oleh salah seorang calon Presiden yang tewas kepada Almarhum Tunku dalam pertandingan menggantikan Dato Onn sebagai pemimpin baru UMNO.

85. Menjelang 1969, UMNO dan rakan-rakannya telah hilang buat kali pertama majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat, sekaligus kita dihadapkan dengan rusuhan kaum dan demokrasi terpaksa digantung. Dunia ketika itu, sudah seperti melambai selamat tinggal kepada UMNO. Detik cemas 1987 pula menyaksikan parti berpecah dua dan negara menghadapi insiden ketegangan kaum.

86. Setahun kemudian, pada 1988, kita berasa amat pilu dan begitu bersedih hati, bagai kilat turun menyambar, bagai garuda datang menyerang, hilang sudah tempat berteduh, patah ranting tempat berpaut, dengan sungguh rasa berhiba-hiba dan pilu, kita terpaksa menerima keputusan dan berita, bahawa, parti UMNO yang sangat berjasa dan menggala baktinya ini telah diharamkan.

87. Selanjutnya, di akhir tahun 90an, kita bukan sahaja menghadapi krisis kewangan antarabangsa, kita turut mengalami kemuraman politik apabila ramai orang Melayu telah tidak lagi memberi sokongan. Kita kemudiannya dilintangi oleh tsunami politik pada tahun 2008 yang amat mendebarkan.

Saudara dan Saudari,

88. Alhamdulillah, walau apa pun jua rintangan, walau apa pun jua dugaan, pada setiap yang terus berusaha, tabah dan bertawakkal kepada Allah Yang Maha Kuasa, kemenangan pasti tiba. Syukur, dalam setiap krisis, UMNO telah berjaya bangkit kembali dan pulih dalam keadaan di mana segala faktor yang ada seolah-olah tidak langsung berpihak kepada kita.

89. Semuanya ini kerana ahli-ahli dan pemimpin UMNO terus berpijak di bumi nyata. Semuanya ini juga dimungkinkan kerana ahli-ahli dan pemimpin UMNO tidak pernah sedetik pun pudar keyakinannya terhadap perjuangan benar ini, tidak pernah pula sesaat pun luluh harapan kepada pucuk pimpinan. Pokoknya, pegangan mulia UMNO telah memanfaatkan bukan sahaja orang Melayu tetapi seluruh rakyat Malaysia.

90. Hakikatnya, kitalah parti politik pertama yang berani meluaskan medan pemilihan sehingga melibatkan 140,000 orang ahli. Sebelum kita meminda perlembagaan pun, kita terkenal dengan parti politik yang amat kompetitif pertandingannya.

91. Demikianlah murninya impian kita. Demikianlah tulusnya langkah keramat UMNO. Demikianlah menggunungnya harapan orang-orang Melayu.

92. Makanya, bolehkah kita percaya kemakmuran Malaysia akan terus terpelihara sekiranya parti-parti lawan yang kelam kabut, babrak dan goyah memegang tampuk kuasa? Bolehkah rakyat Malaysia meletakkan kepercayaan terhadap mereka ini yang saban waktu dan saban masa hanya mengidam menduduki pusat pemerintahan? Sanggupkah kita menyerahkan Malaysia tercinta ini kepada penkhianat bangsa dan tanahair?

Sesungguhnya,

93. Kepada saudara dan saudarilah nasib parti kita dipertaruhkan. Dalam genggaman saudara dan saudarilah pembelaan UMNO kita dambakan. Di bahu saudara dan saudari sekelianlah, tergalas, warisan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu ini.

94. Ayuh..
Jangankan gerimis, hujan pun mari kita redahi..
Jangankan ribut, taufan pun mesti kita harungi..
Jangankan air bah, gelombang badai pun harus berani kita renangi..
Jangankan gerhana, kelam gelita pun pasti kita terangi..

95. Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!

Demi Islam, Demi Melayu dan Demi Malaysia.
Bersamalah Mendaya Bangsa, Meneraju Kemakmuran.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Perhimpunan Agung UMNO kali ke-61, tahun 2010.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan terima kasih.

MEMBAHAS UCAPAN DASAR PRESIDEN - OLEH KETUA UMNO BHG TAPAH PERAK - YB DATO' HJ SAMSUDDIN HJ ABU HASSAN.

KAPAK, telah mendapat ehsan dan meminta izin drp YB Dato'Sam, agar teks ucapan penuh beliau dapat di paparkan di Blog ini, agar segala saranan yg cukup baik untuk difikir, diteliti, diperbaiki dan direalisasikan dapat dlakukan oleh semua ahli UMNO demi melaksanakan satu transformasi yg menyeluruh serta memperkasakan lagi UMNO sebagai wadah umat Melayu di Tanah Air Tercinta ini.

Mari kita sama-sama renungkan ucapan beliau dibawah ini terutamanya item berikut: 4 - 7, 10-13, 18,23,26,27,31-33,43-50 & dan pantun 57.

TEKS UCAPAN YB DATO’ SAMSUDIN ABU HASSAN, ADUN AIR KUNING, MERANGKAP KETUA UMNO BAHAGIAN TAPAH, PERAK DALAM MEMBAHAS UCAPAN YAB PRESIDEN UMNO, DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO PADA 21HB OKTOBER, 2010.


1. SAYA AMAT BERSYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT KERANA ATAS HIKMAH TAUFIQ DAN HIDAYAHNYA SERTA KEIZINANNYA JUA SAYA DAPAT BERUCAP DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO INI.

2. SAYA JUGA INGIN MERAKAMKAN SETINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN BERBANYAK TERIMA KASIH KEPADA YAB DATO’ SERI DR ZAMBRI ABDUL KADIR SELAKU PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PERAK DAN JUGA RAKAN-
RAKAN SEPERJUANGAN DALAM BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PERAK ATAS KEPERCAYAAN YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA UNTUK BERUCAP DIMAJLIS YANG TERLALU AMAT BESAR ERTINYA BUAT INSAN YANG KERDIL INI.


TAN SRI PENGERUSI TETAP DAN SIDANG PERWAKILAN YANG DIHORMATI SEKALIAN.

3. APABILA YAB PRESIDEN MENYATAKAN HASRAT UNTUK MEMACU NEGARA KE ARAH EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI, SELURUH RAKYAT KHUSUSNYA MELAYU DAN KAUM-KAUM BUMIPUTRA, BERASA AMAT GEMBIRA.

4. GOLONGAN YANG MASIH JAUH TERCICIR MEMBAYANGKAN MEREKA AKAN MENIKMATI KEHIDUPAN YANG TIDAK LAGI “KAIS PAGI MAKAN PAGI”, MANAKALA MEREKA YANG SEDANG BERMANDI DENGAN KEMEWAHAN MEMBAYANGKAN MEREKA AKAN TERUS MELONJAK KE PERSADA KEKAYAAN YANG LEBIH TINGGI.

5. WALAU BAGAIMANA PUN, BAYANGAN-BAYANGAN IMPIAN INI BOLEH BERTUKAR MENJADI MIMPI NGERI BUAT MEREKA YANG KELAK HANYA MENJADI PENONTON KEPADA KECAPAIAN-KECAPAIAN HEBAT GOLONGAN YANG LEBIH BERUPAYA MELONJAK ATAU DILONJAKKAN KE TAHAP BERPENDAPATAN TINGGI.

6. INI KERANA LUMRAHNYA DALAM EKONOMI TERBUKA DAN BERSIFAT LIBERAL SEPERTI YANG DIRENCANAKAN DALAM PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI, JURANG UPAYA DI ANTARA GOLONGAN BERADA DENGAN GOLONGAN KURANG BERADA AMAT BERPOTENSI MEWUJUDKAN SUASANA DIMANA YANG KAYA BERTAMBAH KAYA DAN YANG MISKIN TERUS TERHIMPIT DALAM DERITA.

7. JUSTRU, TIDAK KETERLALUAN KALAU RAKYAT MAJORITI YANG KINI TERKEPUNG DALAM KATEGORI KURANG BERADA MENYUARAKAN HASRAT INGIN TAHU DENGAN JELAS APA YANG ADA BUAT MEREKA DALAM BAKUL PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI ITU. KEBETULANNYA PULA, GOLONGAN YANG LEBIH RAMAI TERKEPUNG DI DALAM KATOGERI KURANG BERADA ITU ADALAH MELAYU DAN KAUM-KAUM BUMIPUTRA, MALAH RAMAI DI ANTARA MEREKA INI ADALAH WARGA UMNO!!!.

8. KALAU DISINGKAP LEMBARAN SEJARAH PERJALANAN EKONOMI BUMIPUTRA SEMENJAK KITA MENCAPAI KEMERDEKAAN, DISAMPING KITA BERSYUKUR ATAS SEGALA YANG TELAH KAUM BUMIPUTRA CAPAI SETAKAT INI, SUATU TAHAP KEHAIRANAN KADANG-KADANG MUNCUL
DIFIKIRAN KITA, IAITU KENAPA EKONOMI MELAYU DAN BUMIPUTRA JAUH TERCICIR DIBELAKANG BERBANDING KAUM CINA, WALHAL YANG MEMEGANG TAMPUK KUASA ADALAH BANGSA MELAYU, WARGA PERKHIDMATAN AWAM JUGA MAJORITINYA MELAYU DAN BUMIPUTRA, PENTADBIRAN NEGARA KEBANYAKANNYA DIURUSKAN OLEH MELAYU, PERTAHANAN DAN KESELAMATAN NEGARA JUGA DITUNJANGI OLEH MELAYU. PERSOALAN INI TAK PERNAH LEKANG DARI UMAT MELAYU DAN KAUM BUMIPUTERA.

9. KALAU DALAM KEADAAN SEDEMIKIAN PUN, ORANG MELAYU BOLEH TERCICIR DARI SEGI EKONOMI, BAGAIMANAKAH AGAKNYA KEADAAN EKONOMI ORANG MELAYU DAN BUMIPUTRA SEANDAINYA KUASA POLITIK DAN PEMERINTAHAN NEGARA BERALIH DITUNJANGI OLEH KAUM BUKAN MELAYU.

10. KITA SEKARANG BERADA DI AMBANG RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH [RMK 10]. KALAU DI HITUNG-HITUNG DARI SEMENJAK RANCANGAN MALAYSIA YANG PERTAMA HINGGA RMK 9, JUMLAH PERUNTUKAN YANG TELAH KITA BELANJAKAN SUDAH MENCECAH ATAU MELEBIHI SATU TRILLION RINGGIT.

11. KALAU DIBUAT PERKIRAAN DANGKAL, BERDASARKAN JUMLAH RAKYAT MALAYSIA YANG KINI KIRA-KIRA 26 JUTA ORANG, JIKA DANA SATU TRILLION ITU DIAGIH-AGIHKAN SAMA RATA UNTUK SETIAP RAKYAT, KALAU TAK SILAP KIRAAN SAYA, JUMLAH YANG DIPEROLEHI OLEH SEORANG RAKYAT ADALAH KIRA-KIRA RM3.8 JUTA, YANG BERMAKNA SETIAP RAKYAT MALAYSIA SUDAH BOLEH BERGELAR JUTAWAN.

12. SESUNGGUHNYA, DALAM KONTEKS EKONOMI PEMBANGUNAN, KIRAAN BEGITU TIDAK MASUK AKAL. WALAU BAGAIMANA PUN, MESEJ YANG SAYA CUBA LONTARKAN DARI SUDUT ORANG YANG BUKAN PAKAR DI BIDANG EKONOMI, ADALAH BERBENTUK PERSOALAN BAHAWA JIKA SUDAH BEGITU BANYAK DANA YANG DICURAHKAN,

DIMANA SALAH DAN SILAPNYA MAKA EKONOMI ORANG MELAYU DAN KAUM-KAUM BUMIPUTRA MASIH JAUH TERCICIR.

13. KALAU DANA SEBANYAK ITU TELAH TIRIS ATAUPUN BOCOR, SIAPA YANG MENDAPAT MANFAAT DARI KEBOCORAN ITU?. YANG JELAS, SETIAP KALI TAMATNYA SATU-SATU RANCANGAN MALAYSIA, KAUM BUKAN BUMIPUTRA SEMAKIN MENYERLAH TAHAP EKONOMI MEREKA. MALAH DARI SENARAI 10 ORANG TERKAYA DINEGARA INI, KALAU TAK SILAP SAYA HANYA TERDAPAT SEORANG BUMIPUTRA YANG TERSENARAI.

14. DALAM KONTEKS YANG SAMA, MUNGKIN WAJAR JUGA DITANYA KENAPA KIAN NYARING SUARA-SUARA YANG MEMPERSOALKAN DASAR-DASAR YANG MEMBERIKAN HAK-HAK ISTIMEWA KEPADA KAUM BUMIPUTRA SEPERTI YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA?

15. SOAL KESAMARATAAN DAN KESAKSAMAAN SERTA KEADILAN SOSIAL KIAN RANCAK DAN KIAN BERANI DILONTARKAN OLEH GOLONGAN GOLONGAN TERTENTU, KONONNYA GAGASAN SATU MALAYSIA TIDAK AKAN MENJADI SATU REALITI KALAU BUMIPUTRA TERUS DIBERIKAN HAK-HAK ISTIMEWA.


16. ATAS SIFAT SAYA SEBAGAI ANAK MELAYU DAN JUGA WARGA UMNO, SAYA TIDAK TAKUT UNTUK MENYUARAKAN PERKRA INI, WALAU PUN SAYA SEDIKIT KHUATIR KALAU-KALAU APA YANG SAYA PERKATAKAN INI AKAN DIPUTARBELITKAN OLEH GOLONGAN TERTENTU BAGI MENGERUHKAN LAGI SUASANA, DAN DIDALAM KEKERUHAN ITU MINDA DAN HATI SERTA PERASAAN RAKYAT BOLEH DICELARUKAN UNTUK MELARISKAN MODAL POLITIK MEREKA.

17. DALAM MASA YANG SAMA, SAYA JUGA SEDAR BAHAWA YAB PRESIDEN SEDANG BERHEMPAS PULAS MENANGANI PERKARA INI BAGI MEREALISASIKAN 1MALAYSIA YANG DIIDAM-IDAMKAN SUPAYA RAKYAT SERTA NEGARA MALAYSIA TERLONJAK KEPERSADA BERTARAF MAJU MENJELANG TAHUN 2020.

18. SESUNGGUHNYA INI BUKAN SUATU KERJA MUDAH, NAMUN KITA PERLU BERPESAN SASAMA SENDIRI BAHAWA KITA PERLU BELAJAR BAGAIMANA HENDAK MENTALQINKAN UMNO SEANDAINYA HAK-HAK YANG SAYA MAKSUDKAN INI TERKORBAN DAN TERGADAI. RINGKASNYA, HAK-HAK MELAYU DAN KAUM-KAUM BUMIPUTRA YANG TERMAKTUB DIDALAM PERLEMBAGAAN NEGARA TIDAK HARUS DIJADIKAN COLLATERAL ATAU BARANG GADAIAN BAGI MERAIH APA YANG DISEBUT SEBAGAI KESAMARATAAN.

19. SATU PERKARA YANG MUNGKIN KITA TELAH TERLEPAS PANDANG IALAH SOAL PEMAHAMAN RAKYAT, KHUSUSNYA DIPERINGKAT UMBI, TERHADAP AGENDA DAN PROGRAM-PROGRAM BARU YANG HENDAK DILAKSANAKAN OLEH PUCUK PIMPINAN KITA.

20. MISALNYA, MASIH RAMAI RAKYAT YANG TERPINGA-PINGA MENGENAI GAGASAN 1MALAYSIA. APATAH LAGI BERSABIT DENGAN MODEL BARU EKONOMI, PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI DAN ISTILAH-ISTILAH TEKNIKAL SEPERTI KPI, NKRA DAN SEBAGAINYA.


21. YANG HENDAK DIBAWA DALAM ARUS PERUBAHAN INI IALAH RAKYAT JELATA SEKALIAN. KALAU MEREKA TIDAK DIFAHAMKAN, BAGAIMANA KITA HENDAK MENGAJAK MEREKA MENYERTAI PERJALANAN YANG DESTINASINYA JUGA BELUM MEREKA KETAHUI DENGAN JELAS.

22. APA YANG KITA KHUATIRKAN IALAH KALAU-KALAU KERETAPI LAJU YANG MENUJU KEPADA DESTINASI PERUBAHAN ITU PADA MULANYA SARAT DENGAN PENUMPANG, TETAPI APABILA TIBA KE DESTINASI, HANYA SEBILANGAN KECIL PENUMPANG YANG MENAMATKAN PERJALANAN.

23. SETIAP PERKARA BARU YANG KITA PERKENALKAN KEPADA RAKYAT JELATA PERLU DIBERI PEMAHAMAN SECUKUPNYA. BAGI TUJUAN INI, KITA ADA PELBAGAI AGENSI DAN MEKANISME. INI TERMASUK JABATAN PENERANGAN, JABATAN PENYIARAN, JASA, KEMAS, MEDIA ELEKTRONIK, MEDIA CETAK YANG CONDONG KEPADA KITA, DAN PELBAGAI LAGI AGENSI DAN INSTITUSI TERMASUK JKKK, PENGHULU, KETUA KAMPUNG DAN BERMACAM LAGI.

24. APABILA RAKYAT LAMBAT FAHAM ATAU TIDAK FAHAM TENTANG PERKARA-PERKARA BARU YANG MENJADI AGENDA KERAJAAN, SAYA BERANGGAPAN HANYA ADA DUA PUNCA UTAMA. PERTAMA, STRATEGI DAN MEKANISMA PENERANGAN KITA KURANG BERKESAN. KEDUA, AGENDA-AGENDA ITU SENDIRI SEMEMANGNYA SUKAR DIFAHAMI, SEKALIPUN OLEH PETUGAS-PETUGAS PENERANGAN.

25. OLEH ITU, ELOK KIRANYA PERKARA INI DIAMBIL BERAT SUPAYA JANGAN SAMPAI KETIDAKFAHAMAN RAKYAT ITU MENJADI PUNCA KEGAGALAN KITA MELAKSANAKAN AGENDA-AGENDA TERTENTU.


TAN SRI PENGERUSI TETAP DAN SIDANG PERWAKILAN YANG DIHORMATI SEKALIAN.

26. DALAM DUNIA POLITIK, SOAL PASANG-SURUT BUKANLAH SESUATU YANG LUARBIASA. IBARAT SEBATANG SUNGAI YANG ADA PASANG-SURUTNYA, PADA KETIKA AIR PASANG, SUNGAI ITU AKAN NAMPAK TEPU DENGAN AIR , TETAPI APABILA AIR SURUT, AKAN KELIHATAN TUNGGUL-TUNGGUL KAYU YANG HODOH DAN LONGGOKAN SAMPAH SARAP DISANA-SINI. WALHAL ITULAH JUGA SUNGAI YANG SAMA, YANG KELIHATAN LESTARI SEMASA AIR PASANG.

27. MESEJ DAN NATIJAH DARI KIASAN INI TIDAK SUKAR UNTUK KITA FAHAMI. APABILA UMNO DILANDA TSUNAMI PADA PRU- 12 YANG LALU, SETELAH AIR SURUT, SEGALA BUNGKAH-BUNGKAH HODOH DAN SAMPAH SARAP YANG JELIK, TELAH MENCACATKAN PEMANDANGAN KITA, MALAH TELAH MELUKAKAN HATI SERTA PERASAAN KITA. MAKA KITA PUN BERUSAHA UNTUK MEMBERSIHKAN SUASANA.

28. MALANGNYA, DALAM KITA BERUSAHA MEMBERSIHKAN BUNGKAH-BUNGKAH HODOH DAN SAMPAH YANG JELIK ITU, MUNCUL PULA BUNGKAH-BUNGKAH DAN SAMPAH SARAP BARU YANG MENCEMARKAN SUASANA.

29. PADA HEMAT SAYA, INILAH SINDROM DAN GEJALA YANG MENIMPA NASIB UMNO, SEKALI GUS MENJEJASKAN USAHA-USAHA KEARAH PENJENAMAAN SEMULA DAN MELAMBATKAN PROSES TRANSFORMASI.

30. TENTULAH PELIK LAGI ANIH APABILA KELIHATAN PEMIMPIN DAN WARGA UMNO MASIH TERBAWA-BAWA DENGAN GAYA LAMA DAN BUDAYA POLITIK YANG TIDAK KONDUSIF DENGAN AGENDA REBRANDING DAN PROSES TRANFORMASI INI.

31. MASIH TERDAPAT DIKALANGAN MEREKA YANG BERGELAR PEMIMPIN YANG BERLAGAK “LEBIH SENDUK DARI KUAH” ATAU “TINGGI PELEPAH DARI PUCUK” !. MASIH TERDAPAT GOLONGAN YANG DIPIMPIN TIDAK MENJADIKAN DIRI MEREKA MUDAH UNTUK DIPIMPIN.

32. BAGI MEREKA YANG DILONJAKKAN JADI PEMIMPIN DAN DIMERTABATKAN UNTUK MEMERINTAH, PERLU DI INGAT BAHAWA:-

“KUASA MEMERINTAH ITU DIDATANGKAN BERSEKALI DENGAN AMANAH....
JIKA AMANAH TERMUSNAH..........
KUASA MEMERINTAH AKAN HILANG ARAH..............
APABILA HILANG ARAH ...................................
SUKAR DITEMUI JALAN PULANG KE PENGKALAN YANG BERMARUAH.............
YANG DIREDHAI ALLAH!”.

33. ANTARA MEREKA YANG DIPINJAMKAN KUASA UNTUK MEMERINTAH, DENGAN MEREKA YANG DIBAWAH, PERLU DICARI SUATU KESERASIAN UNTUK MEMERTABATKAN AMANAH.

BAGI MEREKA YANG DIPIMPIN..........................
KALAU MENGHARAP, BIAR BERPATUT
KALAU MENUNTUT, JANGAN MENGUGUT
KALAU MENAGIH, JANGAN MENAKUT.

IBARAT MEMILIH KASUT.....................
JANGANLAH KITA TERLALU CEREWET..........
FIKIRKAN BERAPA RAMAI ORANG YANG TIDAK BERPELUANG MEMAKAI KASUT.....
KERANA TIDAK BERKAKI!.

34. DAN JANGAN PULA KITA BIARKAN DIRI KITA DIBUAI FANTASI.... KERANA SEMAKIN JAUH KITA MENONGKAH FANTASI, MAKA SEMAKIN TERJARAK KITA DARI REALITI...... LUMRAHNYA DALAM FANTASI MUNGKIN ADA SEKUMIN REALITI, TETAPI DIDALAM REALITI TIDAK ADA FANTASI.

35. SESETENGAH PEMIMPIN BERFANTASI SEPANJANG MUSIM. MEREKA INI HANYA AKAN BERPATAH BALIK MENJENGOK REALITI APABILA MANDAT DITARIK BALIK OLEH RAKYAT PADA PILIHANRAYA.

36. REALITI YANG UMNO HADAPI SEKARANG INI AMAT MENGGUSARKAN KITA SEMUA. KITA SEBENARNYA BERADA DIDALAM ZON PERANG; DAN PEPERANGAN YANG AMAT SUKAR DIMENANGI OLEH BANGSA MELAYU IALAH PEPERANGAN SESAMA SEBANGSA, MALAH SEMAKIN MENYUKARKAN KALAU BERPERANG SESAMA SEWARGA DIDALAM KELUARGA UMNO, ANGKARA PEREBUTAN KUASA.

37. DALAM MASA YANG SAMA, APA ERTINYA KUASA KALAU NASIB KITA IBARAT LAIN ORANG YANG MENUBA; LAIN ORANG YANG MENANGGUK, LAIN ORANG YANG SUSAH PAYAH MEMBELA LEMBU, LAIN ORANG YANG BERMEWAH DENGAN SUSU.

38. JIKA DITELITI POLA-POLA KEPUTUSAN PILIHAN RAYA SELAMA INI, KAWASAN-KAWASAN LUAR BANDAR DAN PINGGIR BANDAR YANG MAJORITI PENGUNDINYA MELAYU DAN KAUM BUMIPUTRA ADALAH PENYUMBANG UTAMA KEPADA KEMENANGAN BARISAN NASIONAL. PENDEK KATA, KUASA POLITIK DAN KUASA PEMERINTAHAN NEGARA INI DISUMBANGKAN OLEH PENGUNDI DARI KAWASAN LUAR BANDAR. NAMUN, NIKMAT DARI KUASA YANG DISUMBANGKAN OLEH MEREKA ITU NAMPAKNYA LEBIH MENEMPIAS KEPADA GOLONGAN YANG RATA-RATA SUDAH PUN HIDUP SENANG DIBANDAR, WALAUPUN IRONINYA MEREKA LEBIH CONDONG KE PARTI-PARTI PEMBANGKANG. APAKAH INI SUATU BENTUK KEADILAN SOSIAL DAN KESAMARATAAN YANG MENITI DIBIBIR GOLONGAN TERTENTU ITU.

39. KITA TAK PERLU DENGAN SUSAH PAYAH MENGKAJI PELBAGAI STATISTIK ATAU ANGKA-ANGKA PERATUSAN PENCAPAIAN EKONOMI MELAYU DAN BUMIPUTERA BERBANDING BUKAN BUMIPUTERA. CARA YANG PALING MUDAH UNTUK MENGUKUR PERKARA INI IALAH DENGAN MEMBAYANGKAN SEANDAINYA DICABUT SEMUA BANGUNAN TERMASUK KILANG-KILANG DAN GEDUNG-GEDUNG PERNIAGAAN MILIK BUKAN BUMIPUTRA DIBANDAR-BANDAR BESAR DI NEGARA INI, APAKAH PARAS RUPA BANDAR-BANDAR ITU? CUBA PULA KITA BAYANGKAN SEANDAINYA DIBAWA KELUAR DARI BANK-BANK SEMUA WANG MILIK BUKAN BUMIPUTRA, BERAPA WANG YANG TERBAKI DI BANK-BANK TERSEBUT? INI BUKAN MERUPAKAN SUATU UNGKITAN ATAU PUN CEMUHAN, TETAPI LEBIH MERUPAKAN RESIPI UNTUK KITA BERMUHASABAH DIRI.

40. UNGKITAN DAN CEMUHAN TIDAK AKAN MENJADIKAN MELAYU DAN BUMIPUTRA PERKASA DAN HEBAT DARI SEGI EKONOMI. DALAM MASA YANG SAMA, KITA JUGA INGIN MENGINGATKAN BAHAWA MEREKA YANG GEMAR MEMPERSOALKAN HAK ISTIMEWA MELAYU DAN BUMIPUTRA TIDAK AKAN BOLEH MENJADI LEBIH KAYA. KEKAYAAN MEREKA SELAMA INI SEBENARNYA BERPAKSI DIATAS DAYA BELI KAUM-KAUM BUMIPUTRA YANG RATA-RATA MERUPAKAN PEMBELI, BUKANNYA PENGELUAR ATAUPUN PENJUAL.

41. CONTOHNYA, DIMUSIM-MUSIM PERAYAAN SEPERTI HARI RAYA, BAYANGKAN BERAPA BILLION RINGGIT WANG MENGALIR KELUAR DARI KOCEK BUMIPUTRA DAN BERALIH KETANGAN BUKAN BUMIPUTRA. WALAU BAGAIMANA PUN, DALAM SOAL INI YANG LEBIH PENTING BUKANNYA MEMPERSOALKAN BERAPA BANYAK WANG KITA YANG TELAH PINDAH KE KOCEK ORANG LAIN, TETAPI BAGAIMANA HENDAK MENAMBAH KEUPAYAAN MELAYU DAN BUMIPUTRA SUPAYA KEKAYAAN NEGARA DAPAT DIPEROLEHI SECARA BERIMBANG.

42. PELBAGAI CARA DAN IKHTIAR TELAH DILAKUKAN OLEH UMNO MELALUI KUASA YANG ADA. DAN KINI TELAH DIRANGKA APA YANG DIKENALI SEBAGAI MODAL EKONOMI BARU (MBE) SEBAGAI MEKANISMA DAN PELENGKAP KEPADA PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI.

43. RATA-RATA RAKYAT MASIH TERKIAL-KIAL UNTUK MEMAHAMI APA ITU MBE DAN APA PULA YANG BAKAL MEREKA NIKMATI MELALUI MBE SERTA TRANSFORMASI EKONOMI. APA PUN YANG DILAKARKAN DALAM DUA PROGRAM RAKSAKSA INI, PADA HEMAT SAYA, BUMIPUTRA PERLU DISUNTIK DENGAN TIGA BENTUK MODAL, IAITU:-

I] MODAL BUDAYA
II] MODAL UPAYA, DAN
III] MODAL BIAYA.

44. YANG SAYA MAKSUDKAN DENGAN MODAL BUDAYA IALAH SIKAP SERTA BUDAYA KEUSAHAWANAN. SELAGI BUMIPUTRA TIDAK MENGUBAH SIKAP KE ARAH ORIENTASI KECAPAIAN, CURAHAN PELUANG, MELALUI HAK ISTIMEWA, CURAHAN DANA WALAU SEBANYAK MANA SEKALIPUN TIDAK AKAN MENJADIKAN BUMIPUTRA PERKASA DARI SEGI EKONOMI.

45. DAN, YANG SAYA MAKSUDKAN DENGAN MODAL UPAYA IALAH KEUPAYAAN MENTAL DAN FIZIKAL YANG MENJADI KOMPONEN PENTING DALAM PEMBENTUKAN MODAL INSAN.
MANAKALA MODAL BIAYA PULA IALAH SUMBER WANG.

46. DALAM SOAL TIGA BENTUK MODAL INI, SIAPA PULA YANG HARUS MEMAINKAN PERANAN UTAMA? DAN DIDALAM TIGA BENTUK MODAL INI BANYAK PULA RANJAUNYA.

47. MODAL BUDAYA SELALU DICEMARI DENGAN SIKAP “TAK APA”. TURUT MENCEMARKAN LAGI IALAH SIKAP SESETENGAH ORANG MELAYU TAK SUKA TENGOK ORANG MELAYU SENANG.

48. MODAL UPAYA KERAP DICEMARI OLEH KETERBATASAN ILMU SERTA KEPAKARAN.

49. SEMENTARA, MODAL BIAYA DIBATASI DEK KESUKARAN UNTUK MENDAPATKAN DANA. [BANK-BANK PERDAGANGAN INDAH KHABAR DARI RUPA UNTUK MEMBANTU USAHAWAN MELAYU]

50. ANTARA ANASIR YANG PALING DURJANA MERACUNI KETIGA-TIGA BENTUK MODAL INI IALAH PHD, IAITU PERASAAN HASAD DENGKI.

51. SEBENARNYA, BUKANNYA SENANG NAK JADI SENANG DAN BUKANNYA SUSAH NAK JATUH SUSAH. WALAU APA PUN, DISENANGKANLAH UMAT MELAYU SUPAYA SENANG PULA UMNO MENERUSKAN HAYATNYA.

52. SEBALIKNYA KALAU UMAT MELAYU SUSAH ATAU DIPERSUSAHKAN, SUSAHLAH UMNO UNTUK TERUS BERKUASA.
BIASANYA, KUASA BOLEH DATANG ATAU PERGI MENGIKUT KITARAN ARUS KEHIDUPAN RAKYAT YANG DIPERJUANGKAN DEK KUASA ITU. JIKA RAKYAT SENANG, MAKA SENANGLAH PULA KUASA DIRAIH DARI HATI RAKYAT. JIKA RAKYAT SUSAH, KUASA AKAN PUNAH.

53. SETELAH KITA BERCAKAP FASAL MODEL EKONOMI BARU UNTUK RAKYAT DAN NEGARA, KINI MULA PULA KITA BERCAKAP FASAL MODEL BARU POLITIK UNTUK PARTI KITA UMNO. AGAK SAYA MEMANG BEGITULAH LUMRAHNYA BAHAWA PERUBAHAN ITU SUATU KEMESTIAN, DAN DALAM PERUBAHAN PULA SOAL PEMBAHARUAN ADALAH SUATU KEMESTIAN.

54. PADA PENDAPAT SAYA YANG KURANG ARIF INI, MODEL BARU EKONOMI DAN MODEL BARU POLITIK UMNO TIDAK BOLEH DIPISAHKAN. HUBUNGAN SALING MELENGKAP ANTARA EKONOMI DAN KUASA POLITIK ADALAH PENENTU KEPADA HALATUJU PERJUANGAN BANGSA DI ZAMAN


MODEN INI. BANGSA YANG MISKIN SERTA DAIF TIDAK AKAN MAJU DENGAN HANYA PANDAI BERPOLITIK.

55. KIAN TERBUKTI BAHAWA KUASA POLITIK MELAYU BOLEH JADI GOYAH BILA KUASA EKONOMI MELAYU TERUS MELESET.

56. RINGKASNYA, DALAM KITA BERURA-URA HENDAK MELAHIRKAN MODEL BARU POLITIK UNTUK UMNO, SOAL NAVIGASI POLITIK MELAYU DAN BUMIPUTERA BUKAN IBARAT MEMBELI KERETA LAJU YANG SERBA CANGGIH, TETAPI KITA TERLUPA MELATIH DIRI BAGAIMANA HENDAK MENJADI PEMANDU YANG CEKAP DAN BAIK.


57. TAN SRI PENGERUSI TETAP DAN SIDANG PERWAKILAN SEKALIAN.

BANGSAKU MELAYU HANYA SATU...
TETAPI RAGAMNYA BERIBU-RIBU...
DI AJAK KE SINI, ADA YANG KE SITU....
DI BERI YANG INI, HENDAK PULA YANG ITU.....
AKHIRNYA JADI BERCELARU......
BAGAIKAN HILANG HALATUJU!
DAN BUKAN MELAYU JADI PENENTU!


58. SINDROM INILAH YANG SEDANG MELANDA BANGSA MELAYU, HINGGAKAN ORANG LAIN KIAN BERANI MEMPERLEKEH MALAH MENARUH HARAPAN UNTUK MENUMPASKAN KUASA MELAYU.
KEMANA KITA SELEPAS INI MENGGAMIT SERIBU JAWAPAN.

59. DALAM NADA PERPADUAN, KITA BERCAKARAN
DALAM NADI PERJUANGAN, KITA KELESUAN DAN DALAM MENCARI KESERASIAN, KITA BERMUSUHAN.

60. TIDAK PERNAH CUKUP WAKTU UNTUK KITA BICARA MENGENAI NASIB BANGSA MELAYU, BAGAIKAN PERJUANGAN BARU BERMULA. NAMUN, SEKALIPUN PERJUANGAN KITA NAMPAKNYA BAGAIKAN DALAM ACUAN BARU.........
NIATNYA TETAP SATU....
IAITU DEMI MARUAH BANGSA MELAYU DIBUMI MELAYU.

DENGAN KATA-KATA ITU SAYA MOHON MENYOKONG USUL TAHNIAH DAN TERIMA KASIH ATAS UCAPAN YAB PRESIDEN.

SEKIAN,

WABILLAH HI TAUFIK, WAL HIDAYAH
WASSALAMMUALAIKUM WAROHMATULAH HIWABAROKATUH.

HIDUP UMNO, HIDUP UMNO, HIDUP UMNO