Tuesday, February 14, 2012

FIRMAN ALLAH JIKA KAU SAYANG AKU CONTOHI MUHAMMAD SAW - Memperingati Kelahiran Nabi Muhammad, Cintai lar Baginda




Majlis Ceramah Perdana Bulan Kelahiran Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad yg di adakan malam tadi 14/2/2012 di Masjid Al-Muttaqin Taman Meru, Ipoh yg turut disertai oleh ADUN Manjoi YB Dato Nazri Ismail telah berjaya mencuit hati penonton dgn teguran bersehaja dan juga tidak kering gusi oleh sesekali jenaka yg dilemparkan oleh penceramah yg hebat Ustaz Tuan Hj Haslin Ibrahim, penceramah bebas berasal dr Taiping, Perak dan sekarang menetap dan bertugas di daerah Sg Besar, Selangor.

Seperti biasa ceramahnya yg bertemakan Junjungan Besar Nabi Muhammad ini telah mengupas dan memperhalusi sirah kehidupan Rasullulah dari zaman kelahirannya, zaman kanak2nya sehinggalah dia baligh dan dewasa seterusnya di angkat menjadi Nabi terakhir utk semua Umat Masnusia didunia yg fana ini.

Apa yg kapak ingin ketengahkan disini bukanlah rentetan zaman pembesaran Baginda, krn ia sudah sering diperkatakan disetiap ceramah sebegini. Namun, apa yg kapak ingin utarakan disini adalah bagaimana Corak Kehidupan dan Sistem Kemasyarakan yg Baginda cipta untuk diikuti, ditontoni serta diamalkan bagi menjamin kehidupan yg bahagia dan dirahmati oleh Allah SWT. Dibawah ini kapak ingin menggariskan beberapa fakta yg dilontarkan oleh penceramah yg kapak yakin boleh membawa manafaat utk semua, terutamanya didalam membina keluarga, masyarakat dan negara yg berjaya serta mendapat rahmat Allah Rabbul Jalil.

1. Adap dan cara hidup Rasullullahdlm berkeluarga mengikut Islam. Disini Nabi Muhammad menyeru dan meminta Umat Islam agar setiap keluarga muslim wajib mendidik anak2 waima masih didalam kandungan ibunya. Ibubapa amat digalakkan ketika mahu bersenggama amat wajar membaca Ummul Quran dan doa yg menghalang para syaitan dari turut serta menyetubuhi isteri kita. Ia dikhuatiri zuriat yg lahir nanti juga punyai perangai syaitan yg dibenci oleh Allah SWT. Semasa didalam kandungan, ibubapa amat digalakkan setiap hari membaca AlQuran dan diperdengarkan kpdnya agar suara ayat2 tadi menjadi suatu yg kegemaran didalam kehidupan di alam dunia ini, sehinggalah anak2 ini menjadi dewasa dan hidup bermasyarakat.

2. Bila kelompok masyarakat itu dapat dilahirkan dgn penghuninya yg taat akan perintah Allah dan menyanjungi Nabi Muhammad sebagai satu corak kehidupan yg di anutinya, maka akan lahirlah insan2 kamil yg gemar membuat kerja2 yg baik dan corak interaksi diantaranya juga baik, tiada atau kurang adu domba, fitnah seranah, hasad dengki dan mengaibkan rakan2 seAgamanya. Perasaan kasih sayang diantara mrk diutamakan dan menggalas kehidupan yg diredhai oleh Allah. Kita sebagai umat Islam amat wajar utk mengelakkan segala mcm fitnah dan adu domba, krn ia akan menggalakkan perkelahian dan kehancuran masyarakat dan Negara.

3. Perlu di ingat bahawa slogan "Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan" telahpun dilakukan oleh Nabi Muhammad dari awal pemerintahan dan pentadbirannya. Rasullullah, sentiasa mendahulukan keluarga dan masyarakatnya tanpa memikirkan ttg dirinya. Sebab itulah waktu kewafatannya tiada harta utk ditinggalkan utk anak2 dan isterinya, berbeza dgn pemimpin2 skrg (bukan semua) tapi terdapat segelintir dr mrk yg sibuk utk mengaut sebanyak mungkin harta tanpa memikirkan hak rakyat dan org miskin yg wajib dibantu terlebih dahulu utk melahirkankan corak masyarakat yg seimbang. Cuba kita sama2 fikirkan dgn fikiran yg waras, adakah kita wajar utk membolok kekayaan itu sendiri ataupun dikongsikannya bersama oleh semua kelompok masyarakat. Sifat kronism amat wajar dikurangkan agar sifat tamak haloba dpt dihindarkan. Sbgai umat yg cintakan Rasullullah, ikutilah nasihatnya bagaimana untuk hidup bermasyarakat dan menjadi pemimpin yg amanah, ikhlas dan bertanggungjawab. Jika ini dapat disuburkan dlm kehidupan masyarakat, Insya Allah negara akan aman damai.

4. Allah SWT juga menegaskan "telah aku utuskan seorang Nabi dan Rasul untuk kamu ikuti cara dan corak kehidupan dan corak kemasyarakatannya" agar kamu akan selesa dan selamat dan mendapat keredhaan Allah jua. Nabi Muhammad juga diibaratkan seperti ALQURAN yg berjalan krn setiap gerak gerinya sering bersandarkan kitab suci AlQuran.

Akhir kalam dr Kapak marilah kita contohi Rasullullah dalam kehidupan berkeluarga dan berNegara. Insya Allah, jika semua anggota masyarakat dapat menerapkan nilai2 murni ini, tidak mustahil bahawa masyarakat dan Negara akan aman dan damai, serta saling sayang menyanyangi.

Wallahuaklam, yg baik itu dr Allah dan yg buruk itu dr kapak.

No comments: