Salam hormat kpd pembaca blog yg budiman.
1.Kapak cuma ingin berkongsi minda dan idea terhadap isu panas akhir2 ini terhadap pemecatan YB Datok Dr Hassan Ali, yang secara langsung telah menunjukkan kepada masyarakat Malaysia dan juga Dunia Islam amnya, bahawa arus perjuangan dan Dasar Asal Parti PAS telah jauh terpesong serta kumpulan Alim Ulama mrk telah diterjah ketepi oleh kumpulan/puak Anwarinas. (Rujuk juga tulisan blog Sdr Zulkifli, Parlimen Bandar Kulim)
2.Berbalik kpd Kumpulan Kuasa Ketiga/Third Force Group yang telah dan sedang giat ditubuhkan - JATI, yang mungkin juga menjadi pemangkin terhadap pertubuhan2 NGO lain utk bersatu wadah perjuangan utk tindakan yg lebih drastik dan realistik. Kapak, percaya ini akan mengundang satu suasana yg kritis , namun melegakan bagi Umat Islam secara keseluruhannya.
3. Kapak juga percaya bahawa Umat Islam di Malaysia juga ternanti2 apakah modus operandi sebenar kumpulan ketiga ini dan arah manakah mereka akan condong dan memberikan sokongan tanpa memperjudikan masa depan Islam di Malaysia. Apa yg jelas, Kumpulan Ketiga ini akan membawa wadah Islam itu sebagai satu kemestian dan menjadi jihat utk di mertabatkan, malah akan menjadikan satu elemen indok dlm perlembagaan negara, jika berlakunya perubahan didalam lanskap politik yg lebih mengukuh di Malaysia nanti.
4. Apapun, jika kita lihat konsep mereka itu (IMR = Islam, Melayu dan Raja) ia tidak jauh berbeza dgn apa yg dibawa oleh UMNO selama ini, dan jika berlaku perkongsian di antara keduanya maka, apa yg jelas ia akan lebih mengukuhkan Umat Islam dan Melayu serta Raja2 Melayunya. Ini adalah satu kewajaran, kerana Sejarah Negara Malaysia telah menjelaskan segalanya tentang siapakah yg lebih layak untuk menjadi Bangsa yg dominant didalam penubuhuna Malaysia dahulu, tanpa menidakkan hak bangsa lain yg mahu turut serta dan bermastautin di Malaysia sebagai warganegara yang penuh taat setia kepada fungsi perlembagaan negara yg telah termaktub.
5. Justru itu, kapak merasakan adalah molek jika di dalam PRU 13 nanti terbitnya satu permuafakatan bersama diantara UMNO dan Kuasa Ketiga. Kekuatan Kuasa Ketiga yg juga akan didominasikan oleh NGO-NGO hebat boleh mengisi kerusi2 panas dan bermasalah disebabkan pertikaian sesama sendiri, dan ia juga akan memastikan bahawa kerusi tersebut tidak terlepas serta menjadi ingauan ngeri Umat Islam Malaysia.
Sekian.
No comments:
Post a Comment