Wednesday, February 15, 2012

YB DATO DR HASSAN ALI MULA MENGGANAS - Third Force Mula ke Akar Umbi demi Akidah Islam dan Maruah Negara.



Kapak teringat semasa Himpunan Sejuta Ummah di Kuala Kangsar hari ini 17/12/2011 telah diadakan dgn jayanya. Pada ketika itu, isu YB Dato' Hasan Ali ditendang keluar masih hangat diperkatakan. Ada yg simpati, menyokong demi maruah Islam, tetapi ada gak yg membencinya dan menuduhnya sebagai "Agen UMNO".

Alhamdulillah ramai juga pengunjung yg hadir sekitar 5000 org didlm dan diluar dewan. Apapun tahniah diucapkan kpd penganjur krn tujuan kita adalah mempertahankan Agama Allah, walaupun galang gantinya adalah nyawa kita sendiri. Itulah iman yg sewajarnya ada di setiap insan bergelar Islam. Tahniah juga kp YB Dato Sam Mat Sahat yg didlm sibok dpt hadir juga demi Islam tercinta. Semoga Islam terus ceria dibumi Perak darul Ridzuan.

Rentetan dari itu, selepas sebulan penyingkirannya, YB Dato Dr Hassan telah menggerakkan gelombang turun padang memberikan maklumat sebenar kepada rakyat dan pengundi seluruh negara, melalui "third force pulling power" dgn pengujudan JATI. Melalui wadah ini gerakan dan gelombang yg diacunya bagaikan goreng pisang panas dan sentiasa hebat dipenuhi rakyat setiap kali program di adakan. Kapak mengharapkan JATI kelak menjadi wadah perjuangan yg kuat dan berjaya memertabatkan Islam ke landasan sebenar di Negara ini seiring dgn apa yg diperjuangkan oleh UMNO selama ini.


link http://www.sekupangduas.blogspot.com



Mungkin ramai tak sedar ada kisah disebalik Ceramah Dato' Dr Hasan Ali Jumaat lalu (10.2.2012). PAS Pengkalan Pegoh yg merasakan terancam dan cuba mengagalkan kehadiran dan mengatur perancangan sebagai tindak balas cuba mempengaruhi rakyat supaya terMAKAN PUJUK untuk tidak hadir ke majlis malam tersebut. Bagaimana pun segala perancangan dan taktik yang diatur rata-rata disedari dan lama menghidu dari awal lagi perancangan dema.

Sebaik mengetahui dan nampak banner besar di Padang Bola Pengkalan Pegoh pada 4hb lalu, Makin Gelabah dan ngetor benor dema ni, Lansung dema pulak yang meroyan dengan kehadiran Hasan Ali, mana taknya... kelam kabut dema aturkan ceramah dengan tergesa-gesa di markas PAS Pengkalan Pegoh pada 10.2.2012, terpapar wajah Si Nija Lambei sekalipun kena kencing jer bila yg datang lansung tak nampak kelibat si lembei ni.

Bukan setakat itu dah macam pilihan raya malah lagi hebat dari kebiasaan bila PAS mengadakan Ceramah, Tergesa-gesa dan kelam kabut dema mengantungkan begitu banyak bendera PAS dan kawasan sekitar Ceramah Hasan Ali yg bakal diadakan pada 5hb (dua hari sebelum), tak sangkut paut pun ceramah dema dengan tempat yg dema gantungkan bendera, sekalipun sebelum ini orang kuat PAS yang akan hadir... nampaknya bendera yang digantung lebih 300 % kebiasaannya menampakkan betapa kecut dan takut menghantui dema, Teman nak gelak jugak bila ada yg bertanya teman 'PAS PENGKALAN GAMAKNYA MENYOKONG HASAN ALI KOT, ITU YANG PASANG BENDERA SELAGI BOLEH!' Logik jugak tu, kalau dema nak berceramah kenapa pasang begitu banyak bendera kat tempat program Hasan Ali tersebut?

Link http://www.azlishukri.blogspot.com



Kepimpinan tertinggi PAS terlalu memandang rendah tentang keupayaan dan pengaruh Dr Hassan Ali - mereka membuat perhitungan yang silap dan tersasar apabila mendakwa kononnya pemecatan Dr Hassan Ali sebagai ahli PAS, sama sekali tidak mengundang sebarang musibah kepada parti tersebut. Pelbagai hujah dikemukakan agar rakyat tidak terpengaruh dengan Dr Hassan Ali. Tetapi, lagi dilanyak Dr Hassan Ali ini..makin kuat pula jadinya. Kelam-kabut dibuatnya. Para pemimpin tertinggi PAS terpaksa bersilih ganti menjawab dan menangkis segenap tuduhan yang dikemukanan oleh Dr Hassan Ali dalam siri jelajah peneranganya.

Dulu, mereka kata jangan dipedulikan Dr Hassan Ali, dia ini tidak berguna dilayan, tetapi kali ini, mereka juga yang terpaksa buat beberapa kali sidang akhbar dan yang lebih parah "para parasit" ini terpaksa pula menulis bersiri-siri kisah "mengarut" bagi menunjukkan kononnya Dr Hassan Ali begitu terhegeh-hegeh kemarukan jawatan Menteri Besar Selangor. Sudahlah mereka pecat Dr Hassan Ali..lepas tu tabur paku dan kaca fitnah dengan prasangka buruk yang amat jijik terhadap Dr Hassan Ali. Tiada fakta, tiada carta, tiada sandaran - semuanya adalah prasangka buruk. Inikah yang dinamakan sebagai saudara seIslam? Kita mahu segala dakwaan Dr Hassan Ali dijawab dengan fakta, dan bukan menyerang peribadi beliau melalui persepsi dan sangkaan buruk yang hanyir lagi kotor.

KAPAK yakin, moralnya disini adalah sesuatu yg benar tetap benar dan sebaliknya. Allah Maha mengetahui siapa yg bercakap benar. Sesunggunya ALLAH akan menolong dan membantu kpd INSAN YG BERNAMA HASSAN ALI utk terus berjuang memertabatkan Agama ALLAH dan membenteras segala tipu daya syaitan yg ingin menghancurkan Islam di Tanah Melayu ini. Bantuan dan pertolongan Allah jualah yg mendorong hati hati manusia utk keluar dan hadir ke ceramah beliau dan Ustaz Kazim tempoh hari.

Dengan keyakinan itu, Allah telahpun membalas perbuatan hasad dengki kaum PAS dgn tidak ramanya(sekitar 200 org) yg hadir pada Ceramah PAS di Pengkalen Pegoh pada mlm 15/2/2012 yg dihadiri oleh penceramah PAS yg hebat Nizar jamaluddin dan Khalid Samad. Lihat, di dunia pun Allah sudah tunjukkan kebathilan PAS, jadi apa lgi yg Umat Islam didalam PAS nak tunggu... keluar lar dari PAS dan sertai kumpulan yg mengutamakan rakyat dan perjuangan Islam yg hakiki selama ini. Islam sering terbela di zaman pemerintahan yg ada sekarang dan akan menjadi lebih hebat dan gah bila kumpulan "Third Force" pimpinan YB Dato Dr Hassan Ali, ingin bersama-sama didalam wadah untuk memperjuangkan Umat Islam dan Agama Islam.

No comments: