Sunday, March 4, 2012

MENJELANGNYA PRU 13 AKAN RAMAI YG "MUNCUL" MENJADI PENGKHIANAT UMNO/BN - Kesetiaan Hanya Dibibir, Mata Duitan/Habuan Yg Terus Bertahta Dihati.


Kapak dan Rakyat Malaysia yg sayangkan UMNO & Kerajaan BN amat terkilan bila terbaca di akhbar dan di blog tentang perangai mantan YB2 yg langsung tak mengenang budi dan hanya memikirkan diri dan lahab harta utk dirinya, tanpa memikirkan nasib rakyat marhean yg bersusah payah membuang undi utk mrk duduk di Kerusi Empuk Parlimen atau DUN setelah memenangi undian di Pilihanraya yg lepas2.

2. Mari kita lihat perangai Mantan YB seperti yg disiarkan di akhbar Utusan 4/3/2012. Bagaimanakah boleh beliau bertindak seperti "Kacang Lupakan Kulit","Tak Mengenang Budi" dsbgnya. Tidak sedarkah beliau setelah di angkat di kawasan Parlimennya lantas menjadi Menteri dgn Gaji dan imbuhan yg mengenyangkan dan membahagiakan. Lihat juga bagaiman "Mahligainya" yg tersergam Indah mengalahkan Istana Sultan di Negerinya. Kenapa jadi begini? Lupakah pada rakyat yg mengundi anda?

3. Adakah, kerana kecewa untuk menduduki Kerusi "Pengerusi MAS" maka segalanya yg selama ini ditatangnya di buang berderai, tanpa melihat langsung titik peluh dan keringat rakyat yg menaikkan beliau ke tahap itu? Inilah manusia yg jarang bersyukur dan sujud tawadduk kepada Allah SWT.

4. KAPAK juga yakin akan ramai manusia lupa diri seperti Mantan YB berkenaan terutamanya di Negeri Perak khusunya. Kapak berani mentelah disini bahawa DUN2 berikut di Negeri Perak akan menghadapi "Delima" sedemikain, jika seseorang insan itu tidak beriman dan percayakan Qada' dan Qadar Allah dan Menerima segala "Kun Fayakun" Allah. KAPAK amat gusar akan berlaku pengkhianatan sedemikian, bagi kerusi DUN & Parlimen Perak,spt:-

a) Pengkalan Baru, Bruas
b) Lintang, Sg Siput
c) Kubu Gajah, Larut
d) Parlimen Pasir Salak
e) Sg Rapat, Gopeng
f) Gunung Semanggol, Bagan Serai
g) Selinsing, Bagan Serai
h) Titi Serong, Parit Buntar
i) Changkat Jong, Teluk Intan
j) Behrang, Tg Malim
k) Slim River, Tg Malim.

5. KAPAK cuma berharap bahawa pengundi2 bersikap matang dan jgn sesekali terpengaruh dan beremosi didalam sesuatu yg telah ditakdirkan dan ditetapkan oleh Pucuk Pimpinan BN. Yang penting bukan individu calon TETAPI adalah Parti yang akan memerintah Negara dan membawa kepada kecemerlangan Negara dan rakyat jelata terbela.

Sekian.

Nota : Utusan Malaysia.

Kadir didesak nyatakan pendirian sokong BN atau pembangkang
04/03/2012 9:36pm

KUALA LUMPUR 4 Mac — Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir didesak untuk menyatakan pendirian sama ada menyokong Barisan Nasional (BN) atau pembangkang.

Zamil Ibrahim yang mendakwa sebagai Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) berkata, bekas Menteri Penerangan itu yang terus membisu tentang persoalan sokongan beliau menimbulkan kekeliruan sama ada daripada pihak BN mahupun pembangkang.

"Beliau ini seorang bekas menteri kerajaan BN dan masih lagi ahli UMNO, tetapi dalam masa sama beliau terus mengkritik kerajaan dan UMNO seperti seorang penyokong pembangkang. Kami mendesak beliau membuat kenyataan media segera.

"Kalau dia tak dapat jawab mengenai Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana ramai teman kaitkan beliau dengan Anwar, adakah beliau (Abdul Kadir) masih menunggu skrip daripada Anwar ?,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Jan lepas Abdul Kadir mendakwa BN memberikan antara RM200 kepada RM1,000 bagi membeli undi untuk memenangi pilihan raya lepas. — BERNAMA

No comments: