Monday, March 5, 2012
SOKONGAN AMERIKA SEMAKIN JELAS - Rakyat Malaysia Mesti Waspada di PRU - 13. Jangan Salah Pilih Kerajaan. Menyesal yg Tiada Ertinya Lagi.
1. Kapak mengingatkan kepada diri Kapak dan Rakyat Malaysia keseluruhannnya, berfikirlah secara waras dan matang, bahawa erti Kemerdekaan itu bukan sekadar Negara Bebas dari Penjajah, namun ia juga semestinya bebas dari penjajahan minda/idea, ekonomi, corak kehidupan dan juga corak pemerintahan.
2. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya wajar mengambil iktibar dengan apa yg telah dan sedang berlaku di Negara-Nagara Asia Tengah/Arab sperti di Iraq, Mesir, Libya, Nigeria, Chat, Sudan, dan yg terkini adalah di Syria.
3. Kita juga wajar selidiki bagaimana mereka memasuki dan mencampuri corak pemerintahan sesuatu Negara itu. Amerika dan Yahudi Israel ini akan memastikan bahawa “Pemerintah” di setiap Negara di dunia ini wajar menerima corak dan cara mereka, agar mudah untuk mrk memanipulasi sistem pentadbiran negara agar secucuk dengan mereka. Jadi, mana2 Negara yang “ingkar” seperti Iraq dan Libya, mereka akan menggunakan segala peruntukan yg ada didalam setiap pertubuhan yg mrk tubuhkan spt. Perhimpunan Bangsa2 Bersatu [PBB], Perjanjian Negara2 Atlantik [NATO], Kumpulan G7 dan sebagainya adalah semata-mata bertujuan untuk memastikan Negara2 Membangun di Asia & Asia Tenggara AKAN DAN TERUS melutut dibawah pengaruhnya.
4. Pertubuhan2 yg mrk tubuhkan itu mempunyai “Hidden Agenda” untuk “MENGHALALKAN CARA” jika sesebuah Negara itu, tidak mahu tunduk dan mengikut cara dan corak mereka yg lebih menjurus kpd Kapitalis Yahudi Israel.
5. Disebabkan itu jugalah, apabila Malaysia di bawah Kepimpinan Tun Mahathir, yg punyai ketegasan dan berpandangan luas ttg kelicikan mrk, semasa “turmoil econmic” era 1998-2001, telah dapat mengatasinya dan terbukti lebih baik dan mampan disamping domestik economi Malaysia juga “resilient”.
6. Terbukti bahawa Amerika dan Yahudi Israel begitu marah apabila Malaysia punyai cara tersendiri bagi mengatasi masalah tersebut. Dan, yg pasti cara dan corak Malaysia keluar dari kepompong “Turmoil” itu dan dapat membuktikan bahawa cara mereka itu salah serta tidak sesuai di Negara2 Islam Merdeka. Keadaan ini membuat mrk terasa tercabar dan helah mrk telah diketahui umum, lantas menjadi ikutan oleh beberapa Negara lain di dunia ini.
7. Akibat dari itulah, Amerika dan Yahudi Israel semakin tidak senang dan terus membuat berbagai pendekatan untuk menakluki Malaysia bukan cara peperangan, namun menggunakan “Minda Saikologi” iaitu mencari “KAMBING HITAM” yang boleh diperalatkan dan menjadi “Pemerintah Boneka” meraka. Pencarian mrk selama ini telahpun berhasil dan Pemimpin PKR – Anwar Ibrahim lah yg amat sesuai dgn kehendak mrk krn Anwar punyai cita-cita yg cukup tinggi dan beliau juga bersifat boleh“menghalalkan cara” dgn sesuatu yg mahu dibuatnya.
8. Tindakan beliau menubuhkan “PAKATAN RAKYAT’ juga jelas melihatkan kita yang waras ini untuk berfikir kemanakah arah tuju dan pendekatan Anwar Ibrahim selama ini. Sambutan PAS, DAP, MAJLIS PEGUAM dan beberapa NGO yg sealiran dengannya, jelas membuktikan kita kita RAKYAT MALAYSIA, siapakah dibelakang mereka dan siapa pembekal “WANG” utk pergerakan mereka. Oleh itu, RAKYAT MALAYSIA, wajar berfikir sematang2nya, dan jangan kita menyesal dikemudian hari, seperti Rakyat Iraq, Libya dan Mesir, walaupun mereka dapat menumbangkan Kerajaan, namun Kerajaan Baru yg meraka bina terbukti lebih “TERUK DAN ZALIM”.
SEDARLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA SEBELUM TERLAMBAT!!!. KEPADA PEMIMPIN IKHLAS LAH DALAM MEMIMPIN DAN MEMBAWA NEGARA KE ARAH YG LEBIH CEMERLANG BERSAMA SYIAR ISLAM.
NOTA : UTUSAN MALAYSIA
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 5 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa sokongan Amerika Syarikat (AS) terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri adalah jelas seperti yang dinyatakan dalam laporan akhbar serta majalah negara tersebut.
Dakwa beliau, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang sedang menghasut dan memburukkan kerajaan supaya Anwar 'diangkat' sebagai Perdana Menteri sudah tentu turut mendapat bantuan kewangan serta media AS.
''Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar kerajaan berkenaan hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas iaitu menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapuskan institusi perkahwinan dan kekeluargaan serta liwat.
''Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat AS melakukan 'regime change' supaya Malaysia menjadi alat AS. Sudah tentu setelah Anwar menjadi Perdana Menteri, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan 'dihalalkan'.
Dari blog Tun Mahathir [ http://chedet.cc/blog ]
Ybhg Tun Mahathir, Kapaktajam mohon kebenaran utk paparkan intipati dibawah. Tq.
[Fenomena yg sama akan berlaku di Malaysia, jika rakyat menerima Pakatan Rakyat, memerintah Malaysia ]
PEPERANGAN MESIR MELAWAN NGO
1. Baru-baru ini pemerintah Mesir telah menangkap lebih daripada 10 rakyat Amerika Syarikat.
2. Siapakah mereka ini?
3. Mereka, mengikut laporan dalam sebuah majalah Amerika, Newsweek, adalah ahli beberapa NGO dari Amerika yang terlibat kononnya untuk membawa demokrasi kepada Mesir. Diantara mereka adalah NDI (National Democratic Institute), IRI (International Republican Institute) dan Freedom House. Semua mereka mengikut Newsweek “receive U.S. Government funding”.
4. Laporan yang sama berkata dalam keluarannya pada Februari 13, “But storming NGO’s, interrogating U.S. citizens, and banning them from leaving the country has strained U.S-Egypt relations and threatened the sacrosanct $1.3 billion in military aid from the U.S.” (Menggeledah NGO, menyoal rakyat Amerika, dan melarang mereka keluar dari Mesir telah menegangkan hubungan Amerika dengan Mesir dan menggugat bantuan $1.3 billion untuk tentera (Mesir) dari Amerika.)
5. Semasa Mubarak Amerika dilarang membiayai NGO Mesir yang tidak berdaftar melalui badan-badan bantuan kewangan Kerajaan Amerika seperti Bureau of Democracy, Human Rights and Labour. Sekarang agensi-agensi Kerajaan Amerika memula semula membiayai badan NGO yang tidak berdaftar.
6. (However, following the uprising that toppled Mubarak, U.S. AID once again began distributing funds to unregistered NGOs in an effort to be part of Egypt’s democratic future – Newsweek Feb. 13)
7. Campurtangan Amerika Syarikat dalam gerakan untuk menjatuhkan Kerajaan negara-negara yang tidak sebulu dengannya amatlah jelas. Sudah tentu di Malaysia juga pembiayaan badan-badan NGO dilakukan untuk menjayakan “Regime Change” (Pertukaran Pemerintah).
8. Bahawa Amerika menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia adalah jelas dari laporan akhbar dan majalah mereka. Apa yang sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat di Negara Arab sudah tentu dilakukan juga di Malaysia. NGO-NGO yang sedang menghasut dan memburukkan Kerajaan supaya Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri tentu sekali mendapat bantuan kewangan dan media Amerika. Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar Kerajaan berkenaan hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapuskan institusi perkahwinan dan kekeluargaan dan liwat). Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika Syarikat untuk melakukan regime change supaya Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat. Sudah tentu setelah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan dihalalkan. Sebagai penyokong kuat Israel, Amerika Syarikat tetap akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.
9. Malaysia merdeka. Tetapi apabila kuasa asing dapat menukar Kerajaan Malaysia dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan terus merdeka?
10. Tetapi terpulanglah kepada rakyat Malaysia. Jika mereka suka Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat (penyokong kuat Israel) sokonglah puak yang menerima bantuan dan sokongan Amerika Syarikat.
11. Tetapi jika kita ingin betul-betul merdeka, tidak dikongkong oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, tolaklah mereka yang sanggup diperalatkan oleh Amerika Syarikat untuk menukar Kerajaan.
WALLAHUAKLAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment