Saturday, March 24, 2012

PAS MAHA ZALIM… BEKAS EXCO MENDEDAHKAN KEZALIMAN PAS!!!!?


Gelombang Maruah dan Jati diri orang2 Melayu sudah mula bercambah dengan suburnya…..! Jiwa nurani Umat Melayu Islam sudah mula sensitif dan kian terusik bila Islam dicaci dan dihina. Lantaran itu, mereka telah membuktikannya di Teluk Intan. Dengan kehadiran yg mencecah hampir 10,000 orang di Program Ceramah Perdana “Pemurnian Aqidah dan Selamatkan Aqidah Islam” di Arena Square MPTI, Teluk Intan Perak, malam tadi yang di hadiri oleh Ahli Panel yang hebat spt. Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah dan YB Dato’ Dr Hassan Ali, mantan Pesuruh jaya PAS Selangor dan Adun Gombak Setia, yang di anjurkan oleh NGO - KESATUAN ANAK-ANAK MUDA ISLAM PERAK [KAMI].

2. Alhamdulillah, berkat kerja ikhlas akhirnya Program Perdana malam tadi telah berjaya mencapai matlamatnya. Sekitar 10,000 hadir bermakna telah berjaya menarik pengunjung dgn ikhlas hadir tanpa ada saguhati wang saku perjalanan dan sebagainya. Ia berjaya menghidupkan semula aura perjuangan Umat Melayu dimasa penubuhan Umno dan pengambilan erti kemerdekaan Negara di London. Majoriti umat melayu telah bersusah payah ada yg menjual emas dan harta benda lain demi mengumpul wang untuk tabung Kemerdekaan Negara.

3. Mlm tadi nastolgia ini berulang dan Kesatuan Anak Anak muda Islam Perak (KAMI) dgn bantuan “Aura kedua2 ahli Panel” telah membuktikan dapat menarik Umat Melayu yg cintakan Islam Agamanya untuk hadir dgn “seikhlas” hati mrk. Tiada Bas Bas berbaris, yg ada hanya kereta, motor, basikal dan berjalan kaki. Semoga Allah memberkati mrk yg telah hadir.
4. Moralnya disini, KAMI mahu mengajak seluruh umat Islam, marilah kita hidupkan semula jati dan maruah diri untuk memperkasa Islam dan Kedaulatan Bangsa Merdeka dgn keringat dan duit sendiri, krn ia lebih mulia dan diberkati. KAMI sedia menjadi wadah perjuangan alaf baru? The 3rd force wave sedang bermula. GELOMBANG TSUNAMInya sudah mula mengalun badai....... jika perlu wadah2 sebegini akan berjuang di PRU 13 nanti dan mengubah lanskap minda dan politik Malaysia. Yang pentingnya Umat Islam dapat bersatu dalam satu wadah perjuangan dan memimpin negara ke arah yg lebih pragmatik.
5. Kedua2 ahli panel banyak menekankan tentang Aqidah Umat Islam yang sewajarnya dijagai sewaktu umur masih kecil, beralih ke muda remaja dan akil baligh. Kekuatan meletakkan jiwa dan nurani Islam dalam dada anak-anak akan membantu mrk menghalang segala anasir jahat yg ingin menggoncang keimanan seseorang. Oleh itu, Ibu bapa wajar untuk menititberatkan pembelajaran agama dan pendidikan akademik bagi memastikan anak2 ini menjadi insan yang berguna dan menjadi aset negara untuk peralihan Kepimpinan nanti.

6. YB Dato Dr Hj Hassan Ali ada sedikit menyelitkan pengalamannya sewaktu disingkir oleh PAS krn lebih mendengarkan rakan politiknya PKR dan DAP. YB Dato, menyelar PAS MAHA ZALIM kerana telah menghukum dan memecat beliau tanpa ada pertuduhan dan tanpa diberi peluang untuk membela diri. Yang ada hanya untuk merayu, jika beliau merayu, maknanya beliau akur akan tuduhan tersebut. PAS menjadi lebih DAJJAL disebabkan rakan karib politiknya DAP dan PKR. Yb dato juga menyatakan masih sayangkan PAS dan dasar perjuangan PAS asal, bukan perjuangan PAS skrg yg telah meminggirkan Pembentukan Negara Islam menjadi Negara Berkebajikan yg lebih condong pada PKR dan DAP.
7. YB Dato juga menyatakan bahawa PAS akan lebih dihormati jika lebih sempurna perjuangannya jika puak2 PERASIT spt puak ardogan yang lebih mirip kepada perjuangan PKR dan DAP di nyahkan atau di halau keluar dari Parti PAS dan PAS kembali kpd perjuang asal yg lebih relevan dan berpaksikan Islam yg syumul. Jika ini boleh berlaku, beliau percaya bahawa ukhwah permuafakatan antara PAS dan UMNO mungkin akan jadi realiti.

8. Yb Dato’ juga ada menyebut, “Saya cukup bangga melihat kesungguhan dan komitmen anak-anak muda daripada Kesatuan Anak-Anak Muda Islam Perak (KAMI) yang telah berjaya menganjur satu program dengan begitu tersusun dan profesional. Program yang di adakan di Arena Square, Teluk Intan ini telah berjaya menarik minat hampir 10 ribu orang. Program dimulakan dengan ceramah oleh sahabat baik saya Prof Madya Dr Redhuan Tee. Beliau menceritakan bagaimana hiba perasaannya apabila ibunya meninggal dunia 3 minggu lepas dalam keadaan aqidah yang berbeza. Beliau dan adiknya yang beragama Islam, hanya mampu melihat dari jauh mayat ibunya di urus dengan cara yang berbeza dengan aqidahnya tanpa mampu berbuat apa-apa.
Sebab itulah persoalan aqidah ini perlu di ambil berat. Perjuangan untuk menjaga aqidah umat perlu diteruskan. Jangan nanti ada di kalangan keluarga kita yang mati dalam keadaan aqidahnya bertukar dan syahadahnya digugurkan”… Wallahuaklam.

No comments: