Monday, March 5, 2012

NOT ONLY "WINNABLE" BUT MUST BE WORKABLE TOO


Kelmarin KAPAK ada menyatakan bahawa terdapat kepayahan untuk menentukan Calon-Calon UMNO/BN dibeberapa kawasan tertentu, krn terdapat perebutan yg tak kunjung redha dikalangan AJK Bahagian2 tertentu, walaupun "Gelombang PRU 13" sudah sangat2 hampir meniti tabir untuk dilabuhkan.

2. Kepada mrk yang sudah geli2 bahawa nama mrk dapat dicalonkan dan tidak kurang juga pelobi2 sudah melakukan dgn begitu bersungguh demi ketua pujaannya, namun kali ini KAPAK amat2 yakin bahawa Presiden Parti/Presiden BN tidak akan melakukan kesilapan yang berulang. Walaupun beliau punyai kuasa mutlak untuk menentukannya.Sewajarnya PM akan mengambilkira matlamat Parti, serta memikirkan jangka panjang akan kesan2 yg mungkin dihadapi semasa dan selepas PRU 13.

3. Untuk itu, pemilihan calon pada PRU 13, adalah amat2 kritikal dan disaring dgn saringan yg banyak dan akan dilihat dari berbagai sudut spt laporan2 Kemas, Jasa, Mio, SB, MKN, private2 Investigator dan juga risikan rakyat golongan marhaen. Apa yg lebih penting skrg, penonjolan dan pemilihan calon adalah hak mutlak/eklusive PM. Oleh itu, PM wajar memastikan pilihannya itu nanti "BUKAN SAHAJA WINNABLE BUT MUST ALSO BE WORKABLE CANDIDATE" to implement, untuk melaksanakan segala janji dan harapan yg diberikan kepada rakyat semasa berkempen.

4. Oleh krn itu, dibawah ini disenaraikan Kawasan2 yg agak kontroversi. KAPAK lemparkan kpd pembaca dan rakyat Negeri Perak terutamanya yg tinggal dikawasan berkenaan untuk memberikan cadangan dan pandangan tentang "WINNABLE DAN WORKABLE CANDIDATE" tersebut utk diketengahkan, pada PRU 13 nanti.[Dari kacamata Rakyat Marhaen ]

Sila lar berikan maklum balas yg ikhlas demi Kemenangan mutlak UMNO/BN di PRU 13 nanti selaras dengan perjuangan Agama , Bangsa dan Tanahair yang berterusan.

a) Dun Pengkalan Baru, Bruas
b) Dun Lintang, Sg Siput
c) Dun Kubu Gajah, Larut
d) Dun Batu Kurau, Larut
e) Dun Sg Rapat, Gopeng
f) Dun Gunung Semanggol, Bagan Serai
f) Dun Selinsing, Bagan Serai
g) Dun Titi Serong, Parit Buntar
h) Dun Changkat Jering, Bukit Gantang
i) Dun Changkat Jong, Teluk Intan
j) Dun Behrang, Tg Malim
k) Dun Slim River, Tg Malim.
l) Parlimen Parit Buntar
m) Parlimen Bagan Serai
n) Parlimen Bukit Gantang

Pandangan dan pendapat serta idea2 bernas saudara/ri KAPAK ucapkan terima kasih.

Wallahuaklam.

No comments: