KAUM PRIBUMI KUALA WOH TAPAH BERSAMA PM - 17/3/2012
Istilah "TIADA TERTINGGAL TIADA TERPINGGIR" adalah sesuatu yg realiti!. Kedatangan PM bersama Isteri Datin Seri Rosmah Mansur, telah merungkai segala-galanya. Tahniah kepada Kaum Pribumi Kuala Woh, Tapah kerana mendapat sentuhan peribadi seorang Perdana Menteri.
2. Turut hadir beberapa Menteri Kabinet seperti, YB Dato' Seri Shafie Apdal Menteri Luarbandar, YB Dato' Seri Ahmad zahid, Menteri Pertahanan Malaysia, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato M Sarawanan, merangkap Ahli Parlimen Tapah, Pengerusi BN Tapah dan Adun Ayer Kuning YB Dato' Samsudin serta ADUN Chenderiang YB Dato Mah Hang Sung, telah membuktikan bahawa rakyat pribumi ini sentiasa dihati mereka serta sering dipertanyakan khabar.
3. Di Negeri Perak sahaja terdapat 54,145 org pribumi ini dan 20,325 adalah didalam daerah Batang padang, Perak. Dianggarkan jumlah terkini Kaum Minoriti ini adalah sebanyak 180,000 seluruh negara, dan mereka tetap berdiri teguh menyokong kepada Pimpinan Kerajaan BN sekarang dan akan terus menyokong BN kerana telah terbukti bahawa Kerajaan BN sering mempertingkatkan keperluan mereka seperti tempat tinggal, kawasan bertani, kemudahan Infrastruktur api, air dan telekomunikasi. Pendidikan persekolahan peringkat Tadika,Rendah, Menengah dan juga IPT juga diberikan perhatian dan bantuan sepenuhnya.
4. Kelulusan tambahan RM30 juta yang diumumkan oleh PM tersebut adalah tambahan peruntukan sedia ada iaitu RM15 juta, dan ia akan diletakkan dibawah Kementerian Luarbandar yang juga Kementerian yang menyalurkan segala kemudahan yang diperlukan oleh kaum pribumi selama ini. Ia akan digunakan untuk mempertingkatkan kemudahan asas infrastruktur, termasuk jambatan dan kemudahan bekalan air serta letrik dan jalur lebar telekomunikasi.
5. Dengan pemberian dan kelulusan tersebut, Kaum Pribumi ini tidak lagi rasa tertinggal kebelakang dari pembangunan infrastruktur dan juga kemudahan pelajaran melalui jalur lebar serta media terkini yang lebih pantas untuk mereka mengetahui berita-berita terkini negara. Diharapkan segala pemberian ini akan dapat memberikan manfaat yg optimum dan tiada ketirisan yang akan berlaku. Pemantauan yang menyeluruh juga amat2 dititikberatkan. Angkatan Tentera Malaysia [ATM] juga diberikan tanggungjawab didalam perlaksanaan secara bersepadu agar peruntukan tersebut menjadikan lebih bermakna dan berjaya.
6. Adalah dianggarkan sebanayk 18 ribu orang telah hadir ke Majlis ini dan ia merupakan satu-satunya Majlis terbesar bersama Kaum Pribumi yang dihadiri oleh Perdana Menteri.
Sekian.
No comments:
Post a Comment