Saturday, November 13, 2010

PAS DAN PKR TIDAK SENSITIVE PASAL HALAL HARAM !!!!.

PAS DAN PKR TIDAK SENSITIVE PASAL HALAL HARAM !!!!

MEREKA LEBIH SUKA HANYA BERMAIN POLITIK DIDALAM ISU INI DEMI KESINAMBUNGAN KARIER POLITIKNYA. UMAT MELAYU ISLAM WAJIB MENOLAK MEREKA DI PRU 13 DEMI MARUAH ISLAM.

Kita telah disajikan dengan berbagai perkara yg nyata, terang dan jelas didalam isu2 yg amat sensitive pada Umat Melayu Islam didalam perkara HALAL DAN HARAM. Salah satunya, cuba kita perhati dan selidiki mengenai isu Sdr NOR AZMAN BIN ABDULLAH @ BEGINDA ahli PKR dan PAKATAN RAKYAT yang membuat pengakuan bahawa sebenarnya beliau sudah murtad daripada Islam!!!.

Apa tindakan PKR & PAS terutamanya dalam menangani masalah ini. Ada mereka ini dipantau atau dikaunselling. Dimana maruah umat Islam jika ahli Parti dan rakan pakatannya tidak sensitive dgn perkara sebegini. Bila kena pada UMNO riuh sakan tetapi kena batang hidung langsung sunyi sepi.

Tabik KAPAK pada YB Zulkifli Nordin dalam isu ini dgn jelas menggegarkan dalam Dewan Rakyat agar semua Umat Melayu Islam dapat buka mata dan menangani isu ini dgn segera. Kapak dah lama mengesyorkan agar Umat Islam di Tanah Melayu ini agar berteduh dalam satu bumbung iaitu UMNO. Kerana UMNO sahaja yg sudah punya wadah yg kukuh dan setiap tahun dipertingkat Syiar KeIslaman dalam pentadbiran Negara.

Jika Umat Melayu Islam bersatu hati sudah tentu “Syiar Islam” ini akan lebih terserlah dan Perundangan serta Mahkamah Syariah lebih perkasa. Itu sebabnya KAPAK tak henti2 memohon agar Umat Islam bersatu didalam satu panji yg sudah kuat dan dapat membela nasib Melayu Islam dan pribuminya.



Wahai Umat Melayu didalam PKR dan PAS, apa ditunggu lagi, lihat KAPAL PKR pun semakin lemas menghadapi alunan gelombang yg membadai sekarang bukan dari luar TETAPI dari ahli2nya sendiri. Sudah lar jangan buang masa, tenaga dan wang ringgit, keluar lar masuk lar didalam UMNO parti keramat yg dah lebih 50 tahun memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan Islam. Istiqomah UMNO tidak pernah luntur didalam memperkasakan Islam. Bukan seperti PAS yg lebih suka melacurkan Agama Islam demi kepentingan politik dan bermusim. Bila tang die boleh jer Tapi bila UMNO buat tak boleh haram dan salah berbagai FATWA2 baru dikeluarkan mengikut sedapa hati dan rasa bukan mengikut Sunnah & AlQuran.

Insya Allah dengan kedatangan dan kemasukan lebih ramai Umat Melayu Islam ini, sudah barang tentu ia membuat suara Umat Melayu Islam lebih kuat dan tuntutan dan tindakan kita mahu Islam di mertabatkan dgn lebih perkasa didalam pentadbiran dan undang2 akan jadi lebih mudah dan menjadi nyata. Bersatu lah demi maruah dan kekuatan Agama Islam di bumi Tanah Melayu ini.

Wassalam.

No comments: