Thursday, November 4, 2010

KEMENANGAN BN MEMBUKTIKAN KERJA IKHLAS DAN MERENDAH DIRI JADI PILIHAN RAKYAT

KEMENANGAN KEDUA2 CALON BN MEMBUKTIKAN KERAJAAN BN MASIH TETAP DIHATI RAKYAT DAN MERUPAKAN KERAJAAN YANG TERBAIK DALAM MELAKSANAKAN JANJI2 KEPADA RAKYAT SESUAI DGN SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN, KEJAYAAN DIUTAMAKAN – RAKYAT DAN KERAJAAN SEIRING SERTA BERSATU HATI, ITULAH WADAH PERJUANGAN.

Syabas dan tahniah kepada kedua-dua calon daripada parti Barisan Nasional yang bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas dan juga Parlimen Batu Sapi di atas kemenangan mereka berdua yang mewakili parti Barisan Nasional secara keseluruhannya.

Dengan kemenangan keduanya maka sudah tentulah usaha kerajaan Barisan Nasional untuk melunas serta meneruskan projek-projek yang telah dijanjikan kepada rakyat setempat ketika kempen pilhan raya juga sebelumnya akan menjadi lebih mudah dan lancar.
Kemenangan BN di kawasan Batu Sapi dan Galas membuktikan bahawa rakyat sekarang tidak lagi mempercayai sentimen yang dimainkan oleh pembangkang khususnya Pakatan Rakyat.

Isu perkauman yang dimainkan oleh PKR, PAS dan DAP nampaknya tidak seiring dengan hakikat sebenarnya dasar-dasar BN. Buktinya, calon bukan Melayu dipilih di kawasan bermajoriti Melayu seperti di Hulu Selangor dan juga Batu Sapi.

Semoga ini menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak termasuk juga BN sendiri supaya tidak menjadikan isu perkauman sebagai modal untuk berkempen. Ia hanya akan membuatkan rakyat menjadi semakin meluat dan benci kepada parti.

Selamat Maju Jaya kpd YB Linda Tsen dan YB Abdul Aziz Yusof.

Keputusan rasmi yang baru diterima adalah seperti berikut,


KEPUTUSAN RASMI BATU SAPI = BN 9,773 ; SAPP 2,031 ; PKR 3,414

BN menang majoriti 6,359

KPUTUSAN RASMI GALAS = BN 5,324 ; PAS 4,134

BN menang majoriti 1,190

Hidup BN !!! Selamat lah Negara, Bukti Parti Pengkhianat Negara & Rakan2nya Terus Karam.

Apa yang penting dilakukan oleh kedua2 calon BN ini teruskan kerja dengan menemui semula rakyat serta ucapkan terima kasih di atas sokongan mereka. Segala permasalahan rakyat yang dikemukakan semasa kempen sebelum ini diteliti dan diberikan keutamaan didalam perlaksanaannya. Kita mahu apa yg dikata mesti di kota mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Rakyat sewajarnya terus dibela, lebih2 lagi rakyat luarbandar seperti di Galas, sokongan rakyat luarbandar lah yg telah menempatkan Pemimpin2 BN boleh berada ditampuk pemerintahan dan duduk dikerusi2 empuk. Sewajarnya jasa rakyat kpd calon jgn dilupakan sama sekali. Calon2 juga telah mendengar rintihan mereka semasa berkempen, maka inilah masanya untuk melaksanakan segala janji2 itu.

Ingat sekali kita berbuat baik akan senantiasa mereka kenang begitu juga sebaliknya. Kekalkan tugas untuk membantu rakyat terutamanya kaum/golongan yg miskin, kerana mereka juga berhak untuk mengecapi kenikmatan pembangunan negara yang bertuah ini. Kekalkan lah momentum perjuangan ini sehingga ke PRU 13. – Tahniah & wassalam.

No comments: