Friday, November 5, 2010

JANGAN MENYALAHKAN ORANG LAIN BILA DITIMPA MUSIBAH - SEBALIKNYA MUHASABAH DIRI PERINGATAN KEPADA PARTI PAS

KAPAK, ingin mengulas apa yang di utarakan oleh blog Kerengga seperti yg tercatit dibawah ulasan ini.

Pertamanya Kapak ingin bertanya kepada “Kerengga” dan sahabat2 beliau tentang perkara2 seperti berikut:-

i. Mengapa bila berlaku sesuatu musibah, selalu suka sangat menuding jari pada orang lain tanpa meyakini bahawa itu adalah Qada’ dan Qadar Allah?

ii. Pembangunan yang dibuat [double track line] adalah untuk kemudahan insan yg disebut manusia seperti anda juga, dan bila kita bandingkan kesan pembangunan dengan musibah cuaca yang Allah tetapkan adalah tidak setara. Pusingan Iklim dan mungkin juga bala yang Allah turunkan itu, menuntut untuk kita bermuhasabah diri.

iii. Bercakap tentang muhasabah diri, cuba-cuba lar kita renung2 dan fikirkan, kenapa? Dan berkemungkinan juga Allah “murka” di atas perbuatan dan tingkah laku Kepimpinan Negeri yang ditadbir oleh PAS. Lihat juga tindak tanduk PAS yang membelakangkan AGAMA demi mencapai sesuatu. Contoh yg paling jelas, seperti lebih suka berbaik sangka dan berkawan rapat dengan kaum kafirun yang sudah terang2 musuh Allah yang nyata, berbanding untuk berbaik sangka dengan Umat sesama Islam. [menolak untuk menjalinkan ukhwan dgn orang Melayu Islam UMNO dan bersepakat untuk menjadikan suara Umat Melayu Islam di Malaysia lebih kuat dan digeruni oleh musuh2 Islam]. PAS juga lebih rela mengkafirkan orang2 UMNO kerana bersekongkol dgn MCA,MIC,GERAKAN serta lain2nya, TETAPI boleh dan harus kepada mereka yang berbaik dgn DAP. Kenapa ada double standard didalam isu ini?. Bagi PAS apa yang mereka buat boleh segala2nya!

Dimanakah “UKHWAH” yang diperintahkan oleh ALLAH dan yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW? Ingat, bila kita TIDAK MAHU menjalinkan ukhwah sesama Islam, maka sama lar seperti menolak saranan Allah & juga Nabi Muhammad SAW. Dan, bila menolak sahaja waima satu ayat AL-QURAN, maka jatuh kafir lah ia!. Oleh itu, Kapak merasakan bahawa Ujian Banjir Besar di Kedah sekarang adalah satu tanda agar Umat Islam supaya kembali kepada tali-tali Allah, jika tidak mahu kehancuran yang lebih buruk akan berlaku. Di Perlis banjir keadaan semakin baik tetapikenapa tidak di Kedah? Fikir2 kan lah!

iv. Keputusan Pilihanraya di Galas dan juga Batu Sapi yang mirip ke BN juga adalah satu tanda bahawa ALLAH redha akan keikhlasan dan ketelusan pemerintah didalam membangunkan Negara dan memartabatkan rakyat ke kehidupan yang lebih sempurna demi kesejahteraan mereka. Dan, ini jelas boleh di lihat didalam berbagai perancangan pembangunan yang berterusan sejak 53 tahun lalu. Rakyat sentiasa dibela dan terbela. Keyakinan rakyat terhadap kemampuan BN dan kesungguhan BN yang lebih mengutamakan rakyat telah diterjemahkan oleh rakyat dalam Pilihanraya Galas dan Batu Sapi.

v. Oleh itu, Wahai Sahabat2 Se Agamaku di dalam UMNO, PAS & PKR, janganlah membuang masa, kudrat dan wang ringgit dengan sia2 dgn bercakaran sesama Islam, kerana ian tidak membawa faedahpun pada rakyat jelata. Marilah kita bersama “BERSATU HATI” tautkan semula ukhwah kita dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain.

vi. Bila telah ujudnya “UKHWAH” ini marilah kita membincangkan bagaimana untuk memimpin dan membawa Negara ini ke arah yang lebih cemerlang berlandaskan “Syariat Islam Yang Syumul” itu. Semua harapan ini, bukan dikendong oleh KAPAK seorang, malah semua umat Islam di Malaysia yang cintakan “Penyatuan Umat Melayu”, lantas jika kuat Umat Melayu maka Kuatlah Islam bertapak dan berkembang di Bumi Malaysia ini.

vii. Kapak juga yakin didalam ketiga2 kumpulan ini UMNO, PAS & PKR [yg Islam shj] terdapat ramai pakar2 di bidang masing2 yang boleh digunakan untuk mentadbir Negara ke arah yg lebih cemerlang dan Gemilang. Jadi, kenapa kita mahu terus-terusan berpecah belah? Kenapa tidak kita gunakan “Kaedah Islam” didalam mentadbir jiwa2 kita? Apakah kita tidak yakin pada Islam? Kenapa kita masih saling bermusuhan? Banyak yang boleh dijadikan ikhtibar bila umat Islam tidak bersatu? Kehancuran pasti menjelma! Sedar lar wahai Umat Islam!!!.


SDR PEMBACA SEKELIAN, BACA DAN BUAT LAR TAFSIRAN ANDA DGN APA YG DITULIS OLEH SDR KERENGGA!. – MOLEK KAH IA DAN ADAKAH TULISAN SEBEGITU BOLEH MEMBAWA PERDAMAIAN DAN PENYATUAN UMAT?


TAJUK : PEMBINAAN LANDASAN KERETAPI BERKEMBAR PUNCA BANJIR BURUK : MB KEDAH.


ALOR SETAR, 5 NOV:Kerja pembinaan landasan kereta api berkembar yang sedang berjalan didakwa menjadi punca banjir buruk melanda Kedah.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata semasa banjir besar lima tahun lepas, kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan beberapa kawasan lain tidak pernah ditenggelami air, tetapi sejak pembinaan landasan kereta api berkembar, banjir yang melanda Kedah semakin buruk.

Memetik sumber Bernama, sehubungan itu, kerajaan negeri menggesa kontraktor landasan kereta api berkembar itu, MMC-Gamuda Joint Venture (Gamuda) membesarkan saliran air supaya air banjir dapat disalirkan ke sungai dengan cepat.

"Kami panggil mereka (Gamuda) datang mesyuarat dengan kita hari ini, tetapi mereka tidak datang. Jika mereka tidak datang juga, saya akan arahkan pihak
Jabatan Pengairan dan Saliran untuk membuka laluan air itu dengan segera.
"Kami mahu berbincang dengan pihak Gamuda tentang perkara ini supaya masalahini dapat diatasi dengan segera," katanya selepas mesyuarat perkembangan banjir di Wisma Darulaman di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata bekalan air di daerah Padang Terap, Kota Setar (dari Kepala Batas hingga pusat bandar, Jalan Putra, Gunung, Jalan Langgar dan Hutan Kampung) dan Kubang Pasu (Tanah Merah, Taman Kepala Batas, Jalan Kampung Naga dan Taman Tabung Haji) pulih sepenuhnya.

Beliau berkata Syarikat Air Darul Aman telah menyediakan 89 tangki air kepada orang ramai.

Azizan berkata beliau amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh pejabat daerah, bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, pasukan sukarela, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi kerajaan pusat dan negeri dalam menangani bencana itu.

Beliau berkata kerajaan negeri telah menambah peruntukan bencana sebanyak RM300,000 lagi menjadikan jumlah keseluruhan yang diperuntukkan ialah RM600,000 dan jumlah itu akan ditambah lagi jika keadaan memerlukan.

DARI BLOG KERANGGA....

No comments: