Tuesday, November 23, 2010

KEDAULATAN NEGARA DAN KEGIATAN PENYELUDUPAN DI SEMPADAN SERTA DI PERAIRAN ANTARABANGSA - ISU PANAS AKHBAR TEMPATAN

KAPAK, ingin mengulas serta mengucapkan tahniah diatas kejayaan SPRM mengintip, memerhati, menyiasat dan menangkap segelintir kegiatan pecah amanah dan penyelewengan yang dilakukan oleh penjawat awam, ahli NGO, peniaga serta pesara kerajaan didalam kegiatan yang tidak bermoral dan boleh juga dikatogerikan sebagai pengkhianat negara. [ LIHAT BERITA PENUH INI DI DADA2 AKHBAR PADA 24/11/2010 ].

1. Penggunaan ayat PENGKHIANAT adalah kerana kerja dan penyelewengan yang mereka lakukan itu telah menafikan jumlah litre diesal yg sepatutnya dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja, NAMUN, turut dinikmati oleh Warga Asing dengan penyelewengan mereka dan telah pun membabitkan lebih RM50 juta wang rakyat didalam pemberian subsidi diesel.

2. KAPAK juga mengesyorkan bahawa kesalahan ini diberikan “status darurat” yakni “hukuman berat” yang setimpal dengan kerja pengkhianatan yang mereka lakukan serta jumlah wang yang terbabit. Mungkin, juga sampai tahap hukuman untuk digugurkan hak ”Kerakyatan Malaysia” seperti juga kesalahan memburuk2kan Negara di luar dan menjejaskan ekonomi dan kelangsungan kemasukan pelaburan asing ke Malaysia. Sewajarnya Anwar Ibrahim pun dikenakan tindakan yang sama di atas tingkah lakunya memburuk2kan Negara baru2 ini.

3. Ucapan Tahniah kepada SPRM Perak dan sewajarnya SPRM di Pusa/Induk dan di Negeri2 lain juga wajar menjalankan khidmat dan aktiviti2 sedemikian untuk menaikkan imej SPRM yang sentiasa tercalar dengan berbagai tohmahan dari pembangkang selama ini. Kejayaan tersebut adalah satu permulaan ke arah gelombang pembersihan terhadap gejala penyelewengan dan penyeludupan bukan setakat minyak diesel dan petrol, malah juga barangan lain seperti, rokok, pakaian, minuman, ubat-ubatan, ikan, sayuran, dan lain2 ke Negara ini dan menjejaskan industri-industri tersebut di Malaysia.

4. Selain komoditi yang dinyatakan di atas, apa yang PERLU KITA CEMAS dan amat menjejaskan keselamatan Negara juga adalah penyeludupan senjata dan dadah serta seumpamanya. Ini perlu dibenteras demi keselamatan Negara dan masa depan generasi muda akan datang.

5. SPRM wajar untuk melakukan juga intipan, rondaan dan pengawasan di perairan Negara jika perlu, kerana banyak kegiatan perdagangan manusia, bekalan dadah serta senjata api dan lain2 berlaku di perairan negara dan antarabangsa. Pihak berkuasa yang menjaga perairan Negara seperti, TLDM, Polis Marin, Pasukan Maritim, Pelaut dan Nelayan, terutamanya Nelayan2 Pukat Tunda dan kapal2 Nelayan yang besar juga wajar dipantau. Sebagai bekas pekerja Bank, KAPAK juga sangsi bagaimana Nelayan2 pukat2 besar ini begitu hebat sentiasa mendepositkan wang ke akaun perniagaan mereka, walaupun dimasa tengkujuh. Betulkah mereka menjalankan pekerjaan sebagai pelaut dan nelayan, ataupun melakukan kerja2 pengkhianatan dan penyeludupan.

6. Agensi Penguatkuasaan Kerajaan serta pertahanan Negara wajar mengawasi situasi ini. Terdapat juga desas-desus rungutan Nelayan2 kecil yang tidak berpuashati terhadap Nelayan2 pukat besar kerana mendapat kuota subsidi yang banyak tetapi membawa balik hasil yang sedikit, ini menjadikan harga ikan dipasaran meningkat. Ataupun mereka tidak perlu menangkap ikan kerana mereka berurus niaga ditengah laut dengan nelayan asing dan menukarkannya dengan minyak diesel yang harganya masih rendah jika dibandingkan di Negara mereka.

7. Itu lah serba sedikit ketirisan yang dapat dimuatkan buat masa ini untuk renungan kita bersama. Kita sebagai rakyat yang masih sayangkan Negara wajib membersihkan Negara dari pengkhianatan seperti ini dan membawa mereka ke muka pengadilan. Usaha dan pembenterasan oleh SPRM wajar diberikan pujian dan dokongan serta diberikan sokongan yang kuat dari setiap rakyat Malaysia dan menjadikan Negara Malaysia tetap aman, ceria dan harmoni setiap masa.

8. Berita-berita ketirisan seperti ini telah dijadikan peluru oleh pembangkang yang secara spontan menuding jari ke arah kegagalan kerajaan mentadbir negara secara bersih dan berhemah. Kepincangan ini hanya dilakukan oleh segelintir mereka yang berkepentingan namun hakikatnya Kerajaan dan Pekerja yang setia mendapat impak dan imej buruk. Memang dasar pembangkang akan mensensasikan isu ini, dan jika mereka memerintah seperti di Pulau Pinang dan Selangor sekarangpun didapati ia lebih buruk dan teruk sekali.

9. NAMUN HAKIKAT nya, bila diselidiki, siapakah golongan yang paling ramai yang menjalankan aktiviti pengkhianatan ini. Siapakah yang menjadi Nelayan2 besar, peniaga2 besar dan mereka inilah juga yang telah melakukan penyundalan, penyeludupan dan sebagainya.

10. Ketirisan tidak sahaja dibatasi didua sektor tersebut. Kerajaan dan SPRM wajar menyelusup masuk ke agensi2 seperti berikut kerana rakyat marhaen senantiasa merungut akan kepincangan tersebut, seperti :

i. Kementerian Pelajaran – JPN dinegeri2, PPD dan Pengetua serta Guru2 sekolah. Lihat juga SRJK (C) dan SRJK (T) selidiki sikap dan cara pengajarannya, sikap anti kaum/kerajaan amat serius.

ii. Kementerian Kesihatan – Tahniah dengan kemuncukan Klinik satu Malaysia. Ianya amat baik dan diterima rakyat dgn baik. Namun, pengawasan juga wajar diselidiki terhadap penjawatnya, juga sikap dan tuturcaranya.

iii. Jabatan Pengankutan Jalan – Pergerakan tonto siapa dalang dan mengapa ia tidak dapat dihentikan secara keseluruhannya. Tidak kuatkah agensi penguatkuasaan yg ada seperti pengutkuasa JPJ dan Polis. Peralatan canggih dan senjata juga dibekalkan. Adakah mereka lebih pandai atau lebih berteknologi atau teknologi UMPANAN WANG oleh tonto kepada penjawat lebih canggih dan tidak dapat di atasi?. Kegiatan ini yang wajar diperhatikan oleh SPRM.

iv. SPRM juga wajar menyelusup masuk ke Jabatan Kepolisian. Ini juga agensi yang kuat dituding jari oleh rakyat kerana ketirisan penguatkuasan yang berlaku. Lihat mengapa dan bagimana pil2 khayal dan dahad begitu berleluasa di pub2 dan juga pusat2 hiburan. Kes yang berlaku di Pahang amat2 mengaibkan Jabatan Kepolisian Negara. Kegiatan ekor2 HARAM sentiasa berleluasa di daerah2 serta pelusuk Malaysia, dimane pengawasan Ketua2 Polis Daerah/Kawasan? Apa yang tak kena disini? Rakyat buka mata terhadap semua ini. So, disini adalah nyata kepincangan penjawat2nya adalah faktor2 ketirisan yang sering berlaku dimana2 pun. Oleh itu, pengawasan ini bukanlah kerja untuk beberapa tempuh sahaja, ia wajar dijadikan sebagai plan risikan sepanjang tahun dan dinilai indek pencapaian nya sepanjang tahun dan wajar juga diimbuhi dengan ganjaran yang setimpal diatas kerja dan usaha mereka yang mulia ini.

11. KERAJAAN ,melalui Agensi Keselamatan Negara [dibawah Kementrian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri] wajar mengawasinya secara menyeluruh. Tahniah juga kepada TLDM kerana telah memiliki kapal2 selam dan kapal2 berteknologi tinggi dan amat wajarlah ia digunakan secara efektif untuk menjaga keselamatan negara dan juga memusnahkan segala petualang yang ada. Malaysia mereka ini menjadi duri dalam daging dan gunting dalam lipatan. Ingat Sejarah Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka adalah disebabkan bukan dari kekuatan tentera musuh tetapi ia dibantu oleh rakyat tempatan yang tamak haloba tanpa memikirkan nyawa dan kedaulatan negara. Bagi mereka harta dan wang ringgit adalah segala-galanya. Inilah bahayanya jika kita Malaysia memiliki ramai rakyatnya yang tidak amanah, berpatriotik dan sayangkan negara, seperti mana kelakuan Anwar Ibrahim dan kuncu2nya.

“RAKYAT MALAYSIA SECARA KESELURUHANNYA WAJAR BERFIKIR SECARA WARAS DALAM ISU INI. KEDAULATAN NEGARA WAJAR DIBERIKAN KEUTAMAAN DAN BUKANNYA KEPENTINGAN DIRI YG BERMAHARAJA LELA DIHATI”. MALAYSIA AMAN DAMAI

No comments: