Monday, November 15, 2010

APAKAH JENIS MANUSIA ISLAM SEPERTI INI – SAH MENOLAK ISLAM

KAPAK, ingin mengulas apa yang dinyatakan oleh Hj Hadi didalam akhbar Sinar Harian pada 15hb. Nov, 2010 [UMNO perlu berundur secara terhormat: Hadi ].

Dibawah ini beberapa persoalan yang sentiasa terlintas dikepala ini dan mungkin juga ramai di kalangan org2 Islam berpendapat sebegini:-

1. Adakah layak di gelar Tok Guru yang arif Agama bercakap sebegitu?

2. Adakah terdapat didalam Al Quran & As- Sunnah menyuruh Umat Islam berpecah belah dan berpuak-puak?

3. Apakah orang yg di anggap Tok Guru itu maksum dan membolehkan mereka mengeluarkan Fatwa sesuka hati – Ikut Suka Aku?

4. Menilai Ke Agamaan dan Ke Islaman seseorang itu adalah Hak Allah, Siapa Tok2 Guru PAS yg selalu suka mengeluar Hukum dan Menghukum seseorang mengikut citarasa mereke ?

5. Apakah jenis/nilai manusia yg suka membawa perpecahan dikalangan org2 Islam. Kenapa ajakan bersatu hati dan berukhwah yg sewajarnya menjadi satu keutamaan dipandang sepi oleh Puak2 PAS ini?

6. Mengapa PAS lebih suka berkawan dengan DAP dan PKR yang nyata pendirian mereka menentang Islam sebagai Dasar Perlembagaan Negara? Disamping itu, PAS juga sanggup mengkafirkan Umat2 UMNO disebabkan berkawan dgn MCA/MIC dan lain2. Apakah perbuatan mereka berkawan dgn DAP yg terang-terangan menentang Islam itu lebih Islamik?

7. Bukankah perbuatan PAS ini lebih menjurus ke “Kafirun” dan layakkah mereka ini disokong oleh sebahagian besar Umat Melayu Islam?

KAPAK merasakan untuk jawapan semua itu, bahawa PAS sudah lari jauh terhadap dasar2 Keislaman yang sudah terang dan nyata seperti saranan di dalam Al Quran dan As- Sunnah. PAS juga tidak layak untuk mengemudi Umat Islam di Malaysia ini kerana kepentingan diri para pemimpin2nya melebihi dari untuk Kepentingan Ummah.

Akhir kalam KAPAK menyeru kepada SEMUA AHLI2 PAS yang BERSIKAP LEBIH RASIONAL DAN SEDERHANA, agar keluar dari kepompong Parti PAS dan bersatu didalam satu wadah yang sudah terang-terang memertabatkan Islam selama ini secara bertoleransi di dalam masyarakat majmuk ini.

Wadah ini juga sudah jelas dan terang-terangan telah melaksanakan kepentingan dan tanggungjawab mereka secara berkesan selama 53 tahun pemerintahannya. Keperibadian Umat Islam dibawah wadah ini [yg memerintah sekarang] juga lebih menjurus kepada saranan yang terdapat didalam AlQuran dan As-Sunnah. Kembalilah dan kuatkanlah suara Umat Islam sebelum terlambat!!!!.

KAPAK MENGUCAPKAN "SELAMAT HARI RAYA KORBAN/AIDUL ADHA" KPD SEMUA UMAT ISLAM
DI MALAYSIA & SELURUH DUNIA.

[UMAT ISLAM DISARANKAN AGAR MEMBACA PETIKAN DARI AKHBAR SINAR HARIAN DIBAWAH DAN
NILAI LAH SENDIRI KEPERIBADIAN TOK GURU PAS INI & TULISAN BLOG AZLI SHUKRI]

UMNO perlu berundur secara terhormat: Hadi

SHAH ALAM – UMNO perlu berundur secara terhormat jika tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat, sekali gus mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-13, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada masa yang sama katanya, UMNO perlu bersikap terbuka menerima kekalahan dan tidak menggunakan taktik kotor seperti yang dilakukan di Perak apabila bertindak ’merampas’ Kerajaan Negeri itu daripada Pakatan Rakyat (PR).

“Parti yang memerintah, kalau menghadapi masalah kenalah berundur, beri peluang kepada kami untuk memerintah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Pas Sedia Ganti UMNO, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali; Naib Presiden, Salahuddin Ayub; Ketua Muslimat, Nuridah Mohd Salleh; dan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Abdul Hadi berkata, walaupun UMNO cuba menyembunyikan masalah yang berlaku dalam parti itu, tetapi lama-kelamaan terdedah juga.:

"Pas ada kekuatan dan strategi yang baik, bukannya menumpang kelemahan UMNO untuk menang dalam pilihan raya," katanya.

Menurutnya, kekuatan Pas perlu dibina kerana cabaran paling besar bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk mengisi kemenangan.

“Kalau nak lawan, Pas kena ada kekuatan sendiri. Strategi sendiri dan kena ada cara untuk berlawan dengan musuh. Pas kena gerakkan di peringkat akar umbi,” katanya.

Abdul Hadi secara sinis berkata, menyedari bahawa UMNO tidak boleh memerintah selama-lamanya, parti itu menawarkan diri memerintah supaya UMNO boleh 'berehat'.

Beliau turut menggesa jentera pilihan raya Pas mendapatkan sokongan daripada semua pengundi, termasuk bukan Melayu dan ahli UMNO.

Terdahulu, dalam ucapannya, Abdul Hadi menggariskan tiga perkara bagi membina kekuatan dalam Pas agar parti itu mampu memerintah negara.

Perkara itu adalah kekuatan akidah dalam kalangan ahli, kekuatan pada organisasi termasuk cawangan yang aktif dan banyak di samping bilangan keahlian tinggi, serta strategi baik untuk digerakkan ke akar umbi.

No comments: