Salam sejahtera kepada semua pembaca budiman.
KAPAKTAJAM, terasa terpanggil utk menyokong penuh di atas gesaan yang dibuat oleh Datuk Prof Hussin Abdul Rahman, Pengarah Uitm Kelantan berhubung sarananya bahawa Golongan Ulama wajib/patut galak perpaduan bukan sebaliknya.
KAPAKTAJAM juga merasa aneh kenapa diwaktu ini yg sepatutnya Umat Islam di Malaysia dapat bersatupadu dan mempunyai ukhwah dan kekeluargaan Islam yg dituntut oleh AGAMA menjadi kental dan kukuh, namun ia terjadi sebaliknya malah lebih teruk dan carcamarba atau haru biru jadinya. Golongan Ulama juga dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa sendiri demi kepentingan peribadi dan juga politik mereka. Mereka yg digelar amat mahir dlm AGAMA dan tahu hukum-hakam tidak takutkah atas murka ALLAH. Terdapat satu pehak yg sanggup mengunjurkan tangan salam persahabatan dan mahu membuang segala yg keruh, namun disatu pehak pula menjadi angkuh seperti “lebih baik berkawan dengan setan dari berkawan dgn UMNO”. Nauzubillahhiminzalik!. Itu, ucapan dan reaksi seorang yg dipanggil ulama/tok guru. Atas dasar apakah die berkata demikian, jika tidak semata-mata kerana kepentingan kerusi politiknya. Sedangkan beliau tahu apa hukumnya menolak ajakan kejalan kebaikan dan kerahmatan ALLAH.
KAPAKTAJAM, menyerulah kepada semua mukminin dan mukminat agar sama-samalah kita bertawadduk dan membersihkan diri dari kekufuran ini. Kembalilah bertaut semula agar Agama ISLAM dan Bangsa Melayu [Melayu sinonim dgn ISLAM dlm kontek di Malaysia] menjadi lebih kuat dan terbela. Dasar perjuangan ISLAM juga akan menjadi lebih kukuh dan segera menjadi realiti jika penyatuan Melayu & Islam ini dapat disegerakan.
Untuk itu, sebagai Pemimpin Negara/Negeri/Masyarakat, KAPAKTAJAM mengharapkan sesuatu perubahan drastik dapat dilakukan oleh semua Pemimpin Melayu samada dari PAS, UMNO & KeAdilan untuk memulakan langkah penyatuan ini sebelum terlambat dan Negara jatuh ditangan Perintahan Bangsa Asing...... Ini juga satu jihat untuk meyatupadukan Umat Melayu Islam.... Segerakan Perpaduan ini. Kembalikan kejernihansesama Islam.
Renung-renungkan Nukilan penulis di Akhbar Utusan....! dibawah ini:-
Ulama patut galak perpaduan bukan perpecahan
31/05/2010 6:47pm
KOTA BAHARU 31 Mei - Kecenderungan ulama masa kini terlibat dalam politik sehingga timbul kesangsian terhadap mereka adalah antara faktor golongan ini tidak lagi dipandang tinggi oleh masyarakat, kata Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan, Datuk Prof Hussin Abdul Rahman.
Sambil menyifatkan ulama masa kini semakin kebuntuan untuk mengutamakan antara ideologi politik dan kebenaran, beliau berkata ulama kini seharusnya melihat kepada legasi ulama terdahulu yang merupakan pemimpin yang dihormati dan diingati kerana mampu menegakkan kebenaran meskipun terpaksa mengetepikan kehendak dan naluri sendiri.
"Istilah ulama sebenarnya merupakan golongan pemimpin yang memahami tuntutan kebenaran, mereka merupakan golongan yang menyelesaikan, pemikir yang berfikir dengan berpaksikan kebenaran untuk dijadikan satu teladan.
"Namun, disebabkan delima politik, terdapat perilaku ulama yang menimbulkan kesangsian dan kebuntuan sehingga harapan masyarakat kepada ulama kini tidak lagi dipenuhi. Sebagai contoh mereka sepatutnya menyumbang kepada perpaduan tetapi mereka jadi benih perpecahan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Keintelektualan Islam Legasi Ulama Kelantan Di Nusantara di sini hari ini.
Hussin berkata bagi menimbulkan kesedaran terhadap kedangkalan ulama antara mempertahankan kebenaran dan politik, UiTM menganjurkan Seminar Keintelektualan Islam Legasi Ulama Kelantan Di Nusantara itu bagi mengangkat kembali martabat ulama di negara ini dengan cara mencontohi dan mengingati perjuangan ulama terdahulu. - Bernama.
Ulasan KAPAKTAJAM
No comments:
Post a Comment