Sumber: Unit Media Baru Wangsu Maju
KAPAKTAJAM, mohon dari Unit Media Baru Wangsu Maju untuk memaparkan di blog ini karana KAPAK fikir bahawa ia sesautu penilisan yg baik yg wajib Bangsa Melayu baca serta fikirkan demi masa depan Bangsa Melayu, Kesultanan Melayu dan Kerajaan Malaysia. Bangsa Melayu kena ingat Bangsa Melayu hanya tinggal KUASA POLITIK sahaja, so pertahankan, perkukuhkan dan perkuatkan agar ia terus menjaga hak-hak Melayu di bumi Tanah Melayu. Ingatlah wahai Bangsa Melayu, Nenek Moyang dan Atok2 kita bergadai nyawa terkorban serta menggadai nyawa mereka DEMI TANAH MELAYU tercinta ini. DAYUS LAH BANGSA MELAYU, jika ia tidak dipertahankan. Selain itu telah menjadi sinonim di Tanah Melayu, bila Melayu iyu secara automatiknya adalah ISLAM, BILA MELAYU KUAT MAKA KUATLAH ISLAM. MELAYU PAS DAN KEADILAN & UMNO KEMBALILAH BERTAUT ATAS SATU SERUAN IAITU “SERUAN ISLAM”. KUATKANLAH MELAYU & ISLAM SECARA BERSAMA.
Para cerdik pandai Agama didalam PAS, seperti Dr Haron DIN, Ustaz Ismail Kamus dan lain2 ANDA semua kuat beragama dan amat jelas dan tahu akan sabda junjungan Nabi kita Nabi Muhammad SAW yg meminta dan menyuruh Umat Islam Bersatu dan Kuat? Adakah ANDA tergamak untuk menolak dan memperlekehkan akan Seruan Junjungan Besar Nabi Muhammad SWT ini? Kenapa bila ada suara untuk bersatu PAS dengan lantang menolaknya? Tidakkah perbuatan menolak penyatuan ini sama seperti/umpama juga menolak seruan Nabi Muhammad? Bila dah tolak seruan Nabi Muhammad adakah layak lagi kita di panggil Ulama atau Ustaz? ..... KAPAKTAJAM MOHON, Fikir2kan lah jika ANDA semua masih sayangkan Bangsa Melayu dan ISLAM........ selagi ia masih belum terlambat!......!!!!! ?
Friday, May 21, 2010
PAS sekarang sanggup tolak Islam demi kepentingan politik
Bagaimana pandangan Dato' Seri dengan kemelut politiking yang berlaku di Perak?
Pasal mereka bertelagah ni, kerana mereka tidak mahu ikut cakap Sultan. Saya kata kita wajib taat kepada Sultan. Hadis Nabi Muhammad S.A.W. pun ada sebut kita wajib taat pada pemerintah kecuali pemerintah itu zalim.
Dalam kemelut di Perak hari ini, kita tidak boleh kata Sultan itu zalim. Nak hukum zalim macam mana? Semuanya dalam pertimbangan Sultan.
Siapa yang banyak mengkritik dalam keputusan yang dibuat Sultan?
Orang Melayulah! Orang Melayu juga yang ramai maki hamun saya. Macam macam mereka kata. Saya tak pernah jumpa pun Sultan dalam hal ini. Nabi Muhammad S.A.W. dah kata, dari syak kepada yakin, daripada perpecahan kepada perpaduan, daripada derhaka kepada taat.
Jika mengajak kita berpecah itu bukan seruan nabi. Kerana mereka ini suka melakukan kerja syaitan, Kenapa kita perlu dengar kepada kepada hal hal dilarang Allah?
Mereka tidak setuju dengan pendapat saya, mereka sanggup kata saya anjing. Mufiti sekarang anjing Kerajaan. Menyokong BN. Bila pula saya masuk BN? Saya tak campur pun. Sultan tidak pernah tanya saya. Waktu itu saya terperangkap.
Menteri Penerangan datang, ada pula wartawan tanya saya apa hukumnya menderhaka kepada Raja? Itu yang saya kena jawab bila wartawan sudah tanya. Mereka marah.
Adakah Dato' Seri perjelaskan isu yang berlaku kepada masyarakat?
Pakatan Rakyat bukan ada perjanjian di antara mereka pun. Kita sudah bagi teks khutbah Jumaat, mereka tidak baca langsung. malahan sekarang doa untuk Sultan pun mereka tidak mahu baca selepas berlaku krisis politik di negeri ini.
Adakah tindakan mereka itu bertepatan dengan syariat?
Tidak tepatlah. Walaupun mereka kata bukan wajib pun kena baca doa untuk Sultan. Betul tidak wajib. Tetapi kita disuruh mendoakan, agar Allah memberi petunjuk kepada Sultan. Apa yang tidak boleh dilakukan kepada Sultan, apabila kita puji atas keadilan Sultan kerana belum tentu Sultan adil.
Jadi dalam kemelut Perak ini, perlu kita minta kepada Allah memberi taufik dan hidayah, selain menanamkan sifat ketaatan kepada perintah Allah. Itu yang patut kita doakan untuk Sultan. memang Allah suruh pun.
Apakah pandangan Dato' Seri mengenai kepentingan orang Melayu terutama dalam isu pajakan tanah 99 tahun?
Saya tidak pernah nasihat dan ambil tahu apa yang Dato Seri Nizar nak buat. Walaupun saya dilantik sebagai Exco tetapi bidang tugas saya hanya sebagai penasihat sahaja. Saya tidak boleh mengundi pun. Nak nasihat apa? Jika ada lapan Exco Cina, hanya dua Melayu Dah tentu keputusan memihak kepada bukan Melayu.
Adakah Nizar datang meminta nasihat selepas apa yang berlaku?
Tidak datang. Hanya hantar orang dia. Pandangannya banyak peribadi, saya tidak mahu campur. Mereka marahlah.
Adakah penyelesaian terbaik antara Nizar dan Zambry yang sama sama Melayu?
Mereka tidak rebut kuasa. Cuma mereka (UMNO) bagi tahu pada Sultan sekarang BN lebih daripada PR. Itu saja. Pasal dua wakil rakyat PR dan seorang kembali kepada BN. Terimalah hakikat tu. Tapi mereka tidak boleh terima. Sekarang majoriti wakil rakyat memihak BN.
Kalau kita mengasihi orang kafir itu haram. Kita boleh berbaik dengan orang kafir tapi kita tidak boleh berkasih sayang dengan orang kafir. Kenapa kita lebih menyayangi orang kafir daripada orang Islam? Orang Islam kita sanggup maki hamun, orang kafir kita berpeluk peluk pula.
Macam kes Elizabeth Wong memang dia jelas buat maksiat. Kenapa Ketua Muslimat peluk sampai menangis, dan macam mana Nik Aziz (MB Kelantan) boleh menyokong isu ini. Sedangkan kita tahu mereka tidak akan sokong Islam. Tengok saja Ketua DAP kata: "langkah mayat saya dulu".
Pandangan Dato' Seri melihat pemimpin Melayu hari ini?
Pemimpin Melayu perlu fikir ke arah pemurniaan akidah. Penting untuk terus pertahankan bangsa, agama dan negara, iatu motto perjuangan kemerdekaan kita.
Kenapa sekarang, kita tinggal semua hal itu? Islam adalah agama negara yang tujuannya untuk Kerajaan membentuk Kerajaan Islam. Orang bukan Islam tidak dibenarkan sama sekali menggangu orang Islam.
No comments:
Post a Comment