Sunday, May 30, 2010

BERHEMAH BILA MENULIS DAN INGAT DOSA

Luahan rasa dr penulisan dan komen2 dari blogger Parpukari.!!!!

KAPAKTAJAM, hebat-hebat sungguh semua bloggers bersuara mcm kita nih dah terlampau baik. Mmg tengok salah orang mudah, tp malu nk ckap salah sendiri.

Bab KPI menteri nih, biar lar PM yg buat keputusan, kau orang cuma bg hints jer, ambik pun xmenambah, buang pun xluak. Ingat, Jawatan Perdana Menteri ni, bukan jawatan sembarangan dan beliau mempunyai semua ruang dan jalan utk mendapatkan maklumat yg betul dan bernas, bukan dari fakta2 yg kedai kopi guna mcm bloggers seperti hangpa. PM banyak yg bg infor, spt SB, MIO, perisik khas, parlimen, ketua2 jabatan, JASA, risikan UMNO, polis, tentera penasihat ekonomi, sosial & politik dan sebagainya. Semua laporan itu, sentiasa berada disetiap gerak geri PM.

Jadi, biarlah PM yg nak decide, hangpa pun bila nak hentam menteri/timbalan menteri ikut bulu gak, mana yg bleh masukkkkkk.... tulis lar hebat2 tetapi yg xmemberi tu hangpa tenyeh betul2. Bila KAPAKTAJAM fikir2 malu gak kapak dgn kau orang. Memang betul tugas bloggers sebagai memberi infor tetapi jgnlar pulak terikut2 nafsu setan bila menulis, akibatnya ALLAH murka.

Ingat perbuatan kita bloggers ni lebih kepada ke arah dosa jika tidak dibuat/ditulis dengan berhemah dan tidak menimbulkan aib orang. Kapaktajam nk tanya NAK CARA ISLAM KER NAK CARI DOSA? Fikir2 lah, kau orang pun dah dewasa dan mampu berfikir dan ada belajar AGAMA, PUN NAMPAK HEBAT2 jd ingat DOSA bila kita menulis.

Cara hangpa menulis makin menambah luka parah bangsa Melayu dan hasrat untuk "Menyatupadukan Bangsa Melayu" agak payah kerana hasad dengki diantara satu sama lain makin menebal ditambah lagi dgn hasutan yg hangpa buat selama ini. Apa hangpa fikir cara yg hangpa buat nih akan menjadikan Bangsa Melayu kuat? Kalau setakat nak menjatuhkan kredibiliti atau maruah seseorang disini bukan tempatnya. Rakyat boleh menilai siapa yg ikhlas bekerja ataupun sebaliknya. Waspada lah bila menulis.... jangan hancurkan lagi Bangsa Melayu.....
Terima Kasih.

by KAPAKTAJAM.
http://www.kapaktajam.blogspot.com

No comments: