Sunday, May 30, 2010

SESUATU YG MESTI DIHINDARI OLEH RAKYAT MALAYSIA YG BERBILANG KAUM

KAPAKTAJAM, mengingatkan perkara sebegini akan berlaku di Malaysia jika keadaaan dan keresahan politik tidak ditangani dengan baik dan berhemah. Sesuatu yg mendukacitakan toleransi Bangsa Melayu semasa era kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman tidak dihayati lagi buat masa ini. Golongan2 muda yg lupa sejarah memainkan sentimen perkauman yg dahsyat dan jika tidak ditangani dengan segera ia akan membawa musibah. Kerajaaan dan pihak berkuasa mesti menangani masalah ini dan hindarkan dari berterusan. Sesiapa yg memainkan sentimen ini wajib dikenakan ISA. Ini saja jalan terbaik utk keamanan Negara. Rakyat semua bacalah musibah dibawah ini:-


Etnik Albania dan Serbia bertempur
31/05/2010 2:43am

MITROVICA, Kosovo 31 Mei - Polis anti rusuhan Kosovo melepaskan gas pemedih mata dan semburan lada bagi memisahkan ratusan penunjuk perasaan etnik Albania dari membaling batu ke arah pengundi Serbia dalam pilihan raya tempatan Serbia di bandar Mitrovica yang terbahagi dua semalam.

Pasukan pengaman NATO dan polis Kesatuan Eropah turut dikerah untuk menghalang pertelingkahan yang berlaku di jambatan yang memisahkan bandar kepada Serbia di bahagian utara dan Albania di selatan itu.

Serbia dengan sokongan Rusia telah menolak pengisytiharan kemerdekaan

Kosovo telah diisytiharkan merdeka daripada Serbia pada tahun 2008 tetapi dinafikan oleh Serbia yang mendapat sokongan Rusia untuk terus mengekalkan Kosovo di bawah kekuasaannya.

Lebih 70 buah negara seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat menyokong dan mengiktiraf kemerdekaan Kosovo.

Kira-kira 2,000 orang etnik Albania yang diketuai oleh veteran perang mengadakan tunjuk perasaan membantah Serbia mengundi pada pilihan raya tempatan Mitrovica yang berada dalam kaasan Kosovo.

Udo Karl-Heinz Moeller, ketua polis Kesatuan Eropah di Kosovo berkata, anggotanya terpaksa membuat sekatan sementara di jambatan menyebabkan berlaku kesesakan sepanjang hari itu. - AP

No comments: