Saturday, May 29, 2010

Kekuatan Umat Islam Wajib dijadikan Agenda Nasional

PEKAN 28 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, umat Islam perlu mempunyai kekuatan yang menyeluruh untuk menjadi umat yang unggul dan cemerlang.
Menurut Perdana Menteri, umat Islam akan menjadi umat yang lemah dan hilang upaya sekiranya hilang kekuatan, sebagaimana yang berlaku kepada umat Islam di Palestin.
Tambah beliau, kegagalan umat Islam untuk memiliki kekuatan menyeluruh seperti yang disarankan dalam agama boleh menggagalkan hasrat untuk melahirkan umat Islam yang cemerlang dan berjaya.
"Kalau kita hendak memacu umat Islam ke arah umat yang unggul dan cemerlang, maka kita perlu kepada asas paling penting sekali iaitu kekuatan.
"Kita mesti ada kekuatan sebagaimana yang dituntut oleh Islam iaitu bersifat menyeluruh, sebab itu Islam disebut agama yang syumul, lengkap dan tiada yang lengkap selain Islam.
''Tetapi, kalau kita berjuang hanya untuk mencari satu aspek sahaja dan (perkara) lain kita tidak ambil peduli, maka tidak akan sampai hasrat kita hendak melahirkan umat cemerlang kerana tidak ada kekuatan sebenarnya," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Imam Muda Peringkat Daerah Pekan di Masjid At-Taqwa, Peramu Jaya di sini malam ini anjuran bersama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia kawasan Pekan dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.
Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Perdana Menteri berkata, umat Islam sewajarnya menjadikan Palestin sebagai contoh terbaik untuk membina kekuatan menyeluruh bagi mendepani cabaran mendatang.
Katanya, kegagalan umat Islam di Palestin membina kekuatan menyebabkan negara mereka yang besar pada suatu ketika dahulu kini hanya tinggal dua bahagian kecil iaitu Tebing Barat dan Gaza, sementara rakyat Palestin yang hidup di luar pula jauh lebih ramai berbanding di dalam negara sendiri.
Kelemahan umat Islam Palestin juga, jelasnya, telah menyebabkan Masjid Al-Aqsa iaitu masjid suci ketiga umat Islam selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, dikuasai oleh bangsa Yahudi, manakala umat Islam Palestin pula tidak dibenarkan solat di sana kecuali golongan tua.
"Tidak ada contoh lebih jelas bila masjid ketiga teragung dalam Islam tidak lagi dalam kawalan orang Islam sebabnya bila kita tidak ada kekuatan, kita boleh dijajah. Bukan setakat dijajah, tetapi agama kita boleh dikawal oleh orang lain," katanya.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menyifatkan program imam muda merupakan satu usaha untuk membina kekuatan di kalangan umat Islam oleh institusi masjid bagi meneruskan kesinambungan daripada kelahiran imam-imam cemerlang sebelum ini.
Dalam konteks ini, Perdana Menteri turut menasihatkan para peserta program supaya mencontohi imam muda di zaman Rasulullah seperti Amru bin Salamah yang hanya berusia tujuh tahun tetapi mampu menjadi imam disebabkan ketinggian ilmunya.
"Kalau ilmu kita tinggi, kita juga boleh jadi seperti Amru bin Salamah iaitu menjadi imam dan (juga) memainkan peranan membangunkan kariah sebab peranan imam sekarang makin mencabar," katanya.
Dalam pada itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mengucapkan terima kasih di atas peruntukan RM25,000 yang diberikan kerajaan negeri Pahang kepada Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia kawasan Pekan untuk menjalankan kegiatan keagamaan.
Terdahulu, Jamil Khir dalam ucapannya berkata, program imam muda itu akan diperluaskan ke seluruh negara dalam usaha melahirkan imam dan masjid cemerlang bagi membina kembali kekuatan di kalangan umat Islam.



Umat Islam mesti miliki kekuatan unggul


KAPAKTAJAM, ingin mengulas sedikit luahan hati seorang Perdana Menteri, yang begitu sayangkan Agama dan Bangsanya. Jelas dihati beliau yang mahukan Bangsa Melayu di Malaysia ini bercantum menjadi satu dan kuat, seperti di Zaman Kemashyuran Kerajaan Melayu Melaka.

KAPAKTAJAM, mengambil peluang ini untuk menggesa Bangsa Melayu berfikir semula sewaras2nya apakah keuntungan pada Bangsa Melayu dan Islam di Negara ini jika asyik berpecah, becakaran dan bermusuhan. Lihat lah Kaum Cina walaupun berbeza pendapat dan ideologi politiknya TETAPI apabila Bab Kaum mereka, mereka akan tetap bersatu memperjuangkan Nasib Kaumnya. Disini jelas ukhwah mereka amat kuat dan mereka yang mengamalkan sunnah Nabi, TETEPA apa dah jadi dengan Umat Melayu dan Islam nih? Usahkan berbaik dan bertegur sapa, malah mengkafirkan antara satu sama lain. Kafir atau tidaknya Bukankah itu kerja ALLAH. Mengapa manusia yg hina dina ni menyebok nak mengambil hak Allah. Fikirkan lah pada mereka yg konon hebat dalam agama.!
Bangsa Melayuku. Buang lah yg keruh ambil yg jernih, kuatkan Bangsa Melayumu?

PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA PADA SABTU 29HB. Mei, 2010.

No comments: