Monday, May 10, 2010

BANGSA MELAYU PERLU BERFIKIR DILUAR KOTAK MINDA

Kapaktajam ingin memperjelaskan disini dan meminta pembaca sekelian lihat bagaimana matangnya Pengundi Cina bila berhadapan dengan sesuatu pilihanraya. Mereka, akan mendahulukan bangsa mereka waima didalam percaturan politik dan ekonomi, mereka memang memastikan bahawa Kaum Cina akan mendapat habuan keuntungan. Lihat mereka begitu professional. Mereka akur dan hormat pada ketua mereka dengan satu suara. Perlu kita ingat, walaupun mereka ada MCA, GERAKAN dlm BN, mereka akan gunakan kuasa mengundi mereka dengan bijaksana.

Lihat apa yg berlaku di Hulu Selangor, Kerajaan tebar wang RM3juta utk sekolah cina, namun keputusan disitu amat-amat menyedihkan. PM sendiri yg sama-sam menyusun bata sekolah simbolik perpaduan, tetapi mereka masih menolak dan terus memangkah kepada Kawan DAP mereka iaitu dalam Pakatan Rakyat. Ini jelas mereka matang dan tidak termakan bujuk rayu. Jadi, bolehkah Bangsa Melayu berbuat sebegitu, pada pilihanraya akan datang PRU 13, hanya mengundi kepada calon Melayu sahaja.?? Lihat apa akan terjadi jika senario itu mula berubah kepada kuasa pengundi kaum Melayu. Ini pun jika Bangsa Melayu memang benar2 ingin berubah dan memastikan bahawa Bangsanya akan terpilih.

Persetan kepada ungkapan rakan parti BN jika ini berlaku, sebab mereka juga telah bertindak demikian di PRU 13. Di Perak hanya Dr Mah Hang Soon jer terselamat, itupun kerana undi Melayu, jika tidak Dr Mah pun hanyut. Tetapi jika Calon Melayu berada di dalam kebanyakan pengundi Cina, akan amat susuah utk meraih undi dari mereka. Tidakkah Pemimpin2 Melayu kita yg sekarang berada didalam Kerajaan melihat ini sebagai satu penipuan rakan seanghkatan?

Mulai sekarang Bangsa Melayu kena bijak demi Masa Depan Bangsanya..... Renung & Fikir2kan lah.......

No comments: