Monday, May 10, 2010

Monday, May 10, 2010

Contohi parti Cina - memang ada kebenaran nya tentang pendapat Tuan Mufti Perak ini.

Kaum cina memang bijak bermain politik, bagi mereka politik dan perjudian adalah satu perkara yang sama. Sangat menaruh minat dan sanggup pula membuat pertaruhan.

PRU12 yang lepas kita telah menyaksikan mereka membuat satu pertaruhan yang besar. Hasilnya mereka dapat menawan P Pinang, Selangor dan Perak. Selepas PRU 12 mereka masih lagi nampak membuat pertaruhan demi pertaruhan. Keputusan akhir kita telah saksikan di P94 Hulu Selangor.

P 94 Hulu Selangor terselamat kerana majoriti pengundinya terdiri dari kaum melayu. BN juga terselamat kerana meletak kan calun dari kaum india, jikasekira nya BN meletak kan calun dari UMNO pasti BN akan tumbang di P94 Hulu Selangor.

P 212 Sibu sangat berlainan keadaan kedudukan bilangan kaum nya dengan P94 HS. Ianya berkeadaan terbalik pula. Jika trend cita rasa kaum cina di Sibu sudah diresapi oleh trend pengundi kaum cina di P94 HS, maka BN di Sibu akan di timpa bala bencana yang besar.

Kita sebenar nya tidak dapat menduga parti mana yang akan mendapat sokongan majoriti kaum cina di Sibu, sama ada BN atau PR. Jika BN tumbang di Sibu kemungkinan penyakit tumbang ini akan merebak ke kawasan2 yang lain bermajoriti kan kaum cina di Sarawak dan di Sabah juga.

BN kena perlu ber hati2 dalam kempen nya untuk mengekalkan sokongan kaum cina di Sarawak dan Sabah. Ada kemungkinan PR terutamanya DAP akan mengunakan isu2 perkauman untuk meraih sokongan kaum cina.

Jika BN gagal mempertahan kan P212 Sibu, masa hadapan BN di Sarawak dan Sabah akan menjadi gelap.
*********************************

*********** Cikgu, Kapaktajam mohon keizinan untuk memaparkan tulisan ANDA dan memberikan sedikit pandangan peribadi:-

Cikgu, Kapaktajam memang sependapat dengan pendekatan yg cikgu buat dan juga apa yg Tuan Mufti Perak perjelaskan. Tuan Mufti Perak amat waras, berpandangan jauh dan telus serta tulus didalam memberikankan pandangan & buah fikiran. Acaapkali juga Tuan Mufti telah meminta supaya Kaum Melayu di Malaysia ini agar kembali bertaut dan bersatu hati didalam perkara-perkara pemeliharaan Kuasa Pemerintahan. Jika, Melayu kembali bersatu hati dan boleh duduk dan berbincang dalam satu wadah perjuangan maka tidak mustahil Melayu akan jadi kuat dan paling berpengaruh didalam menentukan politik dan Kuas pemerintahan di Negara ini.

Mari kita lihat, apa yg telah diutarakan oleh TUAN MUFTI kita didalam akhbar itu. Semua itu adalah benar dan wajib dicontohi jika kita benar2 mengamalkan Islam sebagai Agama dan turut menghormati apa yg telah disarankan oleh junjungan besar Nabi Muhammd SWT. Lihat saja permuafakatan yg dilakukan oleh Rasulullah terhadap puak Muhajirin dan Ansor. Kekukuhan ukhwah Islamiah ini ditanam begitu rupa sehingga mereka sanggup berkongsi harta demi kebahgiaan bersama. Dan, apa yg terharunya sehingga sanggup menceraikan salah seorang isteri untuk dikahwinkan dengan sahabat muhajirinnya. Begitulah besarnya pengorbanan sesama Islam. Kenapa Bangsa Melayu dan yg mengaku Islam tidak boleh mencontohi mereka?

Kapaktajam meminta kepada sume Bangsa Melayu kembali lar mengikuti Ajaran Islam dan Bersatu hati dalam segala perbuatan. Bangsa Melayu tidak akan kemana jika asyik bercakaran sesama sendiri dan akhirnya semakin lemah dan hancur dek kealpaan dan keegoan masing2. oleh itu, mulai sekarang, kepada Pemimpin2 Melayu yg ada kuasa dan pangkat cuba dan mulakanlah pendekatan ini. Bawa lar berbincang sebaik mungkin dan teliti kembali kearah mana nk dibawa bangsa Melayu ini. Ingat Bangsa Melayu cuma ada kuasa politik, kuasa ekonomi dan lain2nya sudah tidak ada sinar, cuma mengharapkan GLC company!. Apa nak jadi dengan Bangsa Melayu sepuluh atau lima puluh tahuin akan datang? Masih adakah bangsa melayu dibumi tanah melayu ini? Ingat, jangan sampai pewaris kita kencing dikubur kita satu hari nanti disebabkan kemarahan mereka terhadap apa yg kita telah lakukan pada hari ini.

Sekali lagi Kapaktajam mohon penyatuan Bangsa Melayu dimulakan dari sekarang!!!!!!. Terima kasih.

No comments: