Thursday, May 6, 2010

Kemana Bangsa Melayu 10 tahun akan datang?

Setelah kita menyelami dan menyusupi cerita "Tok Janggut" dan bagaimana sikap Inggeris dan segelintir orang Melayu ketika itu, maka Bangsa Melayu harus ingat dan berfikir di luar kotak minda agar kembali meneliti akan persoalan di atas. Kemana halatuju Bangsa Melayu beberapa tahun akan datang? Adakah masih releven dipanggil Bangsa Induk di Tanah Melayu ini? Adakah Bangsa Melayu sekarang ini benar-benar sayang akan bangsanya? Kenapa Bangsa Melayu sendiri jadi Pengkhianat kepada Bangsanya?

Kemelut dan persoalan ini wajib dijawap dan ditangani dengan ikhlas serta jujur!. dibawah ini diberikan beberapa fakta untuk semua individu Melayu harus jawab dan berfikir sedalam-dalamnya bagaimana ia perlu ditangani demi survival bangsa Melayu.

i. Mahu/sudikah Bangsa Melayu yang berada diTanah Melayu ini bersatu hati dan mengikat tali
persaudaraan yang kukuh?

ii. Mahukah Bangsa Melayuku ini duduk didalam SATU WADAH perjuangan dan mentadbir
Negara dengan sokongan yang kuat dan hakiki dari Bangsa Melayumu sendiri? Relakah
bangsa melayuku ini membuang segala perbezaan yang ada dan duduk berbincang dalam satu
suara - "Suara Keramat Melayu" ?


iii. Saya yakin Melayu masih kuat, kita ambil contoh kesan pilihanraya 2008. Di Perak,
walaupun BN kalah TETAPI realitinya sokongan Melayu masih kukuh. Kenapa? UMNO
bertanding di 34 kerusi DUN, Menang 27, ini bermakna sokongan Melayu masih ditahap 79%
Cerita yang diwar-warkan bahawa Melayu sudah layu agak kurang tepat. Cuma
pembaikpulihan per/wajib dilakukan.

iv. Tiga (3) diatas adalah bab politik, bagaimana pula bab Ekonomi rakyat Melayunya. Jawapan
yang dapat diberikan adalah amat menyedihkan. Melayu di Tanah Melayu cuma memiliki
corak perniagaan tidak melebihi 17%. So, 83% lagi siapa yg memilikinya? Kenapa jadi begini?
Jangan sesekali kita menuding jari ke kawan atau musuh kita? Saya merasakan bahawa
semua Umat/Bangsa Melayu wajib dipersalahkan dan mereka jugalah yang wajib menukar
kembali pola peratusan tersebut supaya menjadi 50 -50 %. Ini tidak mustahil, jika Bangsa
Melayu "BERSATU HATI" dan yang lebih utama, Kuasa masih lagi di Tangan Bangsa
Melayu!. Lakukanlah sesuatu wahai bangsaku? Kepada kaum lain jangan gusar, Kami, bangsa
Melayu cuma mahukan keadilan dalam pemilikan kuasa ekonomi. Mereka berjaya kerana
sistem penjajah yang menganaktirikan bangsa Melayu. So, keadaan ini perlu dibaiki segera!.

v. Bab sosial, setiap Bangsa Melayu wajib memperkasa dan menguatkan kembali corak
kehidupan yang saling menegor diantara satu dengan lain. Kuatkan jalinan ukhwah
persaudaraan, kecemelangan ISLAM wajib dipertahankan dan menjadikan ISLAM
lunas kehidupan dan rujukan yang hakiki. Menyayangi dan bertolak ansor diantara satu
dengan lain dan menjadikan Ulama sebagai tempat rujukan bersama. Hormati setiap
cerdik pandai Islam dan jangan sesekali golongan mereka ini mudah diperalatkan. Ulama juga
wajib sering menegur secara ukhwah dan ilmiah terhadap bangsa seAgamanya jika terdapat
sesuatu khilaf yang menjadi persoalan. Hilangkan rasa takabbur & riak, kerana kita ini
hanya insan biasa dan ALLAH maha mengetahui segala-galanya. Perbetulkan lah keadaan
yang bercelaru ini dulu dan buatlah pembetulan ini dengan ikhlas dan saya mohon jangan
ada golongan lain yang memperkecilkan tujuan murni ke arah penyatuan Umat Melayu dan
Umat Muhammad ini. -

"BERSATU HATI LAH UMAT MELAYUKU DAN JADIKAN UMAT MELAYU INI
BANGSA TERBILANG DAN ISLAM MENJADI PERKASA
"

Amien ........ semoga ALLAH merestui perjuangan ini.

Wassalam dari kapaktajam.

No comments: