Salam Kepada Semua Pelajar Universiti di Tanah Air.
Kapaktajam juga terpanggil utk memberikan reaksi terhadap apa yg telah berlaku spt yg dinyatakan diatas:-
Pertamanya, pelajar kita kira apa bangsa pun wajib faham akan tujuan ANDA masuk ke Universiti. Sudah tentu lah utk memiliki segulung ijazah yg memperakui bahawa ANDA adalah golongan cerdik pandai utk menjadi Pelapis pimpinan Negara disemua peringkat, selain sabagai satu platform atau ruang mencari pekerjaaan. Bagi, pelajar2 Melayu dan India khususnya, mereka ini adalah 99% akan mencari pekerjaan bagi meneruskan kehidupan disamping membaiki tafar kehidupan keluarga masing2 disamping membantu siayah/ibu yg telah berkorban tenaga, masa dan wangringgit utk melihat anak kesayangannya yg dididik dari kecil berjaya dan menjadi org yg berguna kpd masyarakat. Ini alah cita2 murni kedua ibubapa ANDA. Berbeza sedikit dari Kaum Cina, kebanyakan mereka akan meneruskan perniagaan kelaurga disamping menambahbaik lagi kehidupan mereka yg sudah tentu terjamin. Kaum Cina mmg dari awal sudah kuat akan kedudukan ekonomi dan mereka jugalah yg memiliki sepenuhnya kuasa ekonomi negara ini.
Keduanya, selain dr membalas jasa kedua ibubapa, pelajar juga wajib berterima kasih kepada Kerajaan yg telah melaksanakan beberapa dasar pelajaran yg ingin melihat semua kaum dinegara ini punyai peluang utk belajar hingga keperingkat menara gading. Dasar2 yg dilaksanakan inilah yg telah memberi dan membuka ruang pembelajaran diperingkat tinggi terhadap kaum Melayu dan India, kerana adalah amat mustahil pendapatan keluarga mereka mampu utk menyara perbelanjaan yg amat tinggi di universiti. Disebabkan itu jugalah peratusan pelajar2 Melayu & India begitu ketara di uviversiti2 temapatan mahupun luar negara. Pengujudan PTPTN adalah satu kejayaan dasar kerajaan utk kemudahan semua kaum mendapat ruang belajar di Universiti. Walaupun ia wajib utk dibayar balik, namun kaedah ini adalah utk memastikan jumlah Tabungan PTPTN ini dapat memberikan lebih ramai lagi utk menikmati peluang ini, rotation kewangan ini dapat memberi peluang kepada pelajar2 lain.
Ketiganya, bila sudah punyai peluang dan kemudahan utk belajar kenapa ia "DISALAH GUNAKAN" disamping tiada perasaan berterima kasih kepada Kerajaan malah mencaci beberapa dasar kerajaan yg dibuat. Adakah ini, yg dinamakan MANUSIA, bila pemnberian diberi tanpa pilih kasih, namun akhirnya "TAIK ataupun CEMUHAN" diberikan kepada pemerintah. Dimanakah sifat rasa syukur ANDA sebagai pelajar.
Keempat, sebagai pelajar yg waras dan tau harga diri dan tahu berterima kasih, maka adalah amat wajar ANDA berfikir semula akan hakikat sebenar ANDA masuk Universiti dan apa matlamat keluarga ANDA. Jangan sia-siakan peluang ini dan jgn sesekali merelakan diri diambil kesempatan oleh mereka yg TIDAK BERTANGGUNGJAWAB mengekplotasi ANDA sebagai pelajar.
Kelima, jangan juga sesekali ingin menjadi jaguh hak kebebasan yg dibawa oleh barat dan segelintir pembangkang demi kepentingan diri dan parti masing2. Pelajar perlu ingat, mana satu negarakah yg betul2 dapat berlaku adil didalam segala hal terutamanya bila rakyatnya amat berbilang bangsa. ANDA semua beruntung dgn kebijaksaan pemerintah terdahulu dan sekarang masih tak henti2 memikirkan akan peluang dan keselesaan para pelajar. Bila ada/terdapat sedikit kekurangan ia adalah amat wajar dan ANDA sebagai pelajar seharusnya berganding bahu utk memperbetulkan keadaan dan bukannya utk menjadi jaguh dlm semua hal.
Pelajar wajib berfikir dan renungkan kembali segala rahmat yg terdampar dihadapan ANDA sekarang. Adakah ia dgn sendirinya dtg bergolek? Sudah barang tentu ia adalah buah tangan diatas perlaksaan dasar2 kerajaan yg mahu melihat rakyatnya dan Kaum Pelapisnya berjaya dan menjadi pelapis utk Janerasi akan datang.
Oleh itu, Wahai pelajar2 sekelian, renung2kan lah, berlapang dada dan berwaraslah didalam segala aspek kehidupan. - SEMOGA TERUS BERJAYA.
by KAPAKTAJAM.
http://www.kapaktajam.blogspot.com
No comments:
Post a Comment