KAPAKTAJAM juga terpanggil dgn Isu Besar diatas.
Secara zahirnya, Kerajaan wajar mengenepikan cadangan tersebut memandangkan Bangunan Parlimen yang ada masih boleh digunakan dan masih strategik serta punyai unsur2 sejarah yg wajib dijagai oleh semua. Pemindahannya hanya akan membazirkan wang Negara serta melenyapkan fakta sejarah.
Dimanakah logik dan keperluannya? Adakah sebab2 tidak nampak gah? atau faktor sekuriti yg longgar [insiden pembangkang membawa ahli mereka mengganggugat di premis parlimen baru2 ini]
Jika faktor gah, lupakanlah. Bangunan sekarang masih boleh digunakan dan masih elit. Jika faktor sekuriti, bukan perpindahan jalan keluarnya, sistem kawalan dan perkhidmatan perlu dibaiki dan dipermodenkan lagi. Semuanya boleh dibuat dan ia tidak memerlukan perbelanjaan yg besar [ RM800 juta bukan jumlah yg kecil]
Wahai Kerajaan....! Penyambong TALIAN HAYAT Pemerintah sekarang adalah rakyat yg memilih mereka, jadi kenalah ingat, yg membuatkan kita berada disitu adalah dari pemilihan rakyat, so adalah lebih utama untuk mengUTAMAkan rakyat jelata. Gunakanlah duit RM800 juta itu untuk membantu dan meringankan beban rakyat. Daripada pemotongan subsidi adalah lebih molek wang tersebut digunakan untuk mengimbangi SUBSIDI. Tindakan ini akan menyejukkan hati rakyat dan rakyat akan berterima kasih. PRU 13 sudah kian jelma, [16 bulan lg kut] ia bukan lah lama. Belajar lah dr fakta sejarah bagaimana TSUNAMI PRU 12, semua berkisar dgn kemarahan rakyat yg menaikkan harga minyak dan beberapa pengurangan subsidi. Memang tidak dinafikan sampai bila asyik kerajaan kena memberikan subsidi? Namun, daripada wang yg ada digunakan secara pembaziran [pembinaan Parlimen yg tidak menjadi keperluan utama]adalah elok wang tersebut diberikan perhatian untuk pembelaan terhadap RAKYAT.
Sayangilah rakyat dan jadikan ia agenda utama, Kerana Rakyat juga TAHU utk membalas jasa dan keperihatanan Kerajaan Pemerintah terhadap mereka, Kerana RAKYAT MALAYSIA ia memang sayang terhadap kerajaan mereka yg lebih mengutamakan Rakyatnya didalam segala hal. KEHIDUPAN RAKYAT MELAMBANGKAN KEKUATAN KERAJAAN inilah faktanya.
Jadi berfikir lah secara berhemah wahai Perdana Menteri yg dikasihi. Jgn terikut2 juak-juak yg mungkin ada agenda tersirat, kerana pepatah juga ada menyebutkan... "BIAR KITA HILANG SATU KAWAN TETAPI KITA TIDAK KEHILANGAN JUTAAAN RAKYAT YG MEMBERIKAN SOKONGAN" kerana KERAJAAN DAN RAKYAT TIDAK BOLEH DIPISAHKAN.
TERIMA KASIH DR KAPAKTAJAM
No comments:
Post a Comment