AKHBAR BERITA HARIAN - 29HB JUN, 2010
Eksklusif: Belia Melayu ambil remeh
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
2010/06/29
SPR akui DAP agresif tarik pengundi Cina
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui lebih ramai bukan Melayu mendaftar sebagai pengundi selepas Pilihan Raya Umum 2008 kerana DAP paling agresif menjalankan program pendaftaran pemilih baru, terutama di kalangan belia Cina.
PERINGATAN KEPADA BANGSA MELAYU - JANGAN TERLAMPAU AMBIL MUDAH, PERKARA POKOK PERLU DIJAGA.
KAPAKTAJAM, amat sedih, hiba dan geram terhadap bangsanya sendiri. Mengapakah remaja Melayu sekarang TIADA sensitiviti terhadap masa depan Bangsanya. Tolong lar ambik ikhtibar dan sayangi lar bumi bertuah ini dari jatuh kekuasaannya ditangan kaum lain.
Jika kita lihat 1 nisbah 4 adalah amat-amat malang akan menimpa bangsa Melayu.
Perkara ini wajib ditangani secara berhemah,perihatin dan menganjurkan konsep kasih-sayang dalam mendekati jiwa2 remaja Melayu ini. Peringatkan, jangan ambil mudah dan mengharapkan kuasa turun-temurun sudah tidak boleh dipakai lagi. Remaja Melayu jgn syok sendiri dan terlampau selesa. Puncanya Bangsa Melayu tiada jatidiri adalah disebabkan:-
i. Selalu mengharapkan dari Kerajaan tiada anisiatif sendiri, selesa bila
dipanggil Bangsa Subsidi. [Mmg benar kita perlukan bantuan Kerajaan
disebabkan kesan penjajahan menyebabkan kita leka dan mudah lupa serta
cukup pada apa yg kita ada, sedangkan Bangsa lain berebut2 mencari peluang
dan ruang utk menguasai nadi ekonomi Negara]
ii. Selalu pentingkan hiburan dan melengah-lengahkan kerja2 yg berfaedah.
Khayal berhibur dan membuang masa. Status rakyat peribumi menjadikan
mereka merasa selesa dan perlu dihormati. Inilah segala sifat yg amat
menjengkelkan. Bak kata pepatah "Dah terantuk baru tengadah dan penyesalan
yg tak sudah.
iii. Remaja Melayu menjadi penghuni paling banyak di penjara2 krn kesalahan
dadah, merempit dsbnya.
Apakah tindakan yg harus diambil dgn segera.
i. Kerajaan melalui NGO2/Ketua2 Pemuda wajib mendekati mereka dan berdiskusi
ttg perkara ini. Sisipkan bahayanya status Bangsa Melayu ditanah air sendiri
ketika ini dan cara-cara mendekati serta membimbing mereka ke jalan
yang lebih efektif.
ii. Ceritakan keadaan sebenar yg sgt2 meruncing sedang menimpa Umat Melayu dan
Islam. Berikan mereka tanggungjawab dan komitmen untuk membawa Bangsa Melayu &
Islam ketempat yang sepatutnya [status penduduk peribumi]
iii. Kepimpinan Kerajaan juga wajib mengwar2kan kepincangan ini agar satu
pendekatan yg kondusif dpt diambil bagi menangani dan menjaga kepentingan
Kaum Melayu dan Islam.
Akhirnya, KAPAKTAJAM memohon agar usaha-usaha diatas ini diberikan perhatian yang
serius demi kecemerlangan, kesinambungan dan kewujudan Kaum Melayu dan Islam di
tanah airnya sendiri, dapat dan terbela serta mendapat habuan & nikmat yang sepatutnya. Kenikmatan DAN kemewahan yg ada dari ketenangan sesebuah negara itu harus dinikmati oleh semua.
Sekian.
Pejuang Bangsa Melayu & Islam
No comments:
Post a Comment