Tuesday, August 24, 2010

ULASAN DAN CORETAN DR BLOG AZLI SHUKRI

[IKHSAN DR AZLI SHUKRI]


Sdr Azli, Kapak amat gemar tulisan dan coretan ANDA amat bernas dan tepat. So, KAPAK mengharapkan PAS kembalilah kepangkal jalan. Tak ada apa yg hendak dimalukan kerana politik sememngnya begitu, semalam lawan tapi hari ini kita kawan dan boleh tidur sebantal. Yang penting jiwa murni kita sesama Islam.

Buang yang keruh selama ini ambil yang jernih. DS Najib PM kita pun boleh duduk sebaris dgn ahli2 PAS dalam Masjid di Taman Dato Harun dan mendengar tazkirah PAS lagi dan beliau pun rela di tegur dan boleh memperbaiki segala kepincangan yg ada.

Sekiranya PAS boleh duduk bersama dan Pimpin Negara bersama, KAPAK rasa ia satu nikmat yg ALLAH beri kepada Umat Melayu Islam dan Malaysia amnya.

Pemimpin2 PAS yg hebat2 dan pakar dalam bidangnya boleh diangkat utk mengepali Kementrian2 berkenaan, jadi apalagi yg dimusykilkan. Kita Melayu merangkumi 65% lebih jumlah penduduk, jadi amat wajarlah menjadi golongan utama yg menjadi pimpinan negara. dan apa yg lebih molek lagi bila kuasa ada ditangan maka dasar dan hukum hakam selari dgn Islam boleh dilaksanakan tanpa bangkangan drp kuncu2 komunis moden yg ada sekarang.

Akhir kata KAPAK menyeru semua Kepimpinan Melayu Islam waima dari parti politik manepun fikir2 lar saranan ini demi survival bangsa Melayu dan Islam di Tanah Air tercinta ini. [ Pembaca sekelian baca dan fahami apa yg tersirat & tersurat ]

Dari Blog Azli Shukri Sayang, Kali ini Undi PAS Kita Tidak Lagi Beroleh Pahala!


1. Setelah jelas pendirian DAP melalui kenyataan rasmi mereka bahawa Pakatan Rakyat sama sekali tidak menyokong dasar PAS yang mahu membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud - maka jelaslah PAS bersendirian dalam perjuangan tersebut. DAP melalui lidah Lim Kit Siang dan Karpal Singh dengan tegas menolak hasrat dan cita-cita PAS itu, manakala PKR melalui lidah Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasinya dengan jelas senada dan seirama dengan para pemimpin DAP.


2. Maka, terlondehlah niat sebenar PAS yang bersekongkol dengan DAP dan PKR selama ini. Niat PAS tidak lebih daripada mahu menjatuhkan UMNO dan mengharapkan kuasa serta kedudukan. Jika dahulu, Nik Aziz berfatwa, sesiapa yang mengundi PAS akan memperoleh pahala, kini tidak lagi seperti itu. Hal ini adalah jelas dan nyata - PAS telah bersama-sama dan taat setia dengan parti yang terang-terang menolak hukum Allah dan menghalang pembentukan negara Islam. Sekiranya PAS masih tetap mahu bersama-sama dengan DAP dan PKR, maka PAS secara terang-terangan telah bersekongkol dengan musuh Allah dan Rasul-Nya yang menolak hukum Hudud dan negara Islam.


3. Sekarang, PAS sudah tahu secara rasmi - sesungguhnya DAP dan PKR sama sekali tidak menginginkan negara Islam dan hukum Hudud, maka mengapa PAS masih berdegil mahu bersama mereka? Apa muslihat PAS sebenarnya? Ingin berjihad atau mendapatkan kuasa? Nampaknya, kali ini dengan mengundi PAS kita tidak lagi memperoleh pahala, kerana perjuangan dan dasar PAS pada hari ini, sangat jelas bersekongkol dengan musuh Allah, sekali gus menyebabkan PAS hilang kredibiliti sebagai sebuah parti Islam.


4. Dewan Ulama PAS harus segera mengeluarkan fatwa dan hukum berkenaan permasalahan yang sedang dihadapi PAS. Yang jelas, sesiapa yang mengundi PAS tidak lagi mendapat pahala sebagaimana yang didakwa oleh Nik Aziz pada satu ketika dahulu - malah, jika tersilap hari bulan, dan PAS masih taat setia dalam Pakatan Rakyat, tidak mustahil mengundi PAS mendapat dosa - hal ini adalah kerana PAS sudah sedia maklum akan kemungkaran yang terdapat dalam Pakatan Rakyat, tetapi masih terus menyokong dan bersatu dengan kemungkaran-kemungkaran tersebut. Maka eloklah kita fikir-fikiran.


Dari blog Azli Shukri – Untuk makluman pembaca

Kenyataan Rasmi DAP Tolak Hudud dan Negara Islam PAS
Kenyataan Rasmi DAP Tolak Hudud dan Negara Islam


Questions have again been raised about the DAP and Pakatan Rakyat policies on hudud laws and Malaysia as an Islamic State. DAP’s stand on Malaysia as a secular state has always been constant and consistent.
Hudud laws and Islamic state are not Pakatan Rakyat policies. This is why there is no mention of these issues in the Pakatan Rakyat common platform unveiled at the Pakatan Rakyat Convention in Shah Alam on 19th December last year.
In the section on “Transparent and Genuine Democracy”, Pakatan Rakyat made the pledge to:
“Defend the Federal Constitution, Islam as the religion of the Federation while other religions can be practiced peacefully anywhere in the country and protecting the special position of the Malays and the indigenous peoples anywhere including Sabah and Sarawak, and the legitimate interests of other races in accordance to Article 153.”
In the section on “Religion”, Pakatan Rakyat made the following commitment:
“Religion
Religion and other beliefs practiced by Malaysians should form the basis of unity that is founded on good universal values. Malaysians have almost fallen into the boiling pot of discord and tension that was caused by manipulation of religious differences. This should not happen in a genuinely democratic Malaysia, with Islam occupying a special position whilst the rights of other religions are guaranteed.
Pakatan Rakyat vows to:

1.Defend the position of Islam as the religion of the Federation and guarantee freedom of religion for every Malaysian.
2.Organise dialogues and consultations between cultures and religion in order to strengthen the understanding between them.

3.Set up a comprehensive mechanism to provide just resolution to cases which involve the overlap of civil and Syariah laws, including a Royal Commission to deeply study all the relevant issues.

4.Strengthen the management of Islamic institutions such as Baitul Mal and Tabung Haji to ensure that they are administered effectively and efficiently to achieve their objectives.

5.Ensure suitable areas for places of worship and burial grounds for all religions.”
Hudud laws and Islamic state are not policies of Pakatan Rakyat as any policy change would need the agreement of all three component parties and there is no such consensus in Pakatan Rakyat on hudud laws and Islamic state.
Strangely enough, who is on record as supporting an Islamic State as advocated by the last three Prime Ministers, Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah and Datuk Seri Najib Razak – completely in contradiction to the clearly expressed public positions of the first three Prime Ministers, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak and Tun Hussein Onn that Malaysia was founded as a secular nation and not an Islamic State?
It is the leaderships of the MCA, Gerakan, MIC, SUPP and the other Barisan Nasional component parties who were ever-ready to give unquestioned support to the declarations by the last three Prime Ministers, beginning with Mahathir’s “929 Declaration” that Malaysia is an Islamic state on Sept. 29, 2001, who should be repudiating their past positions instead of trying to pull the wool over the people’s eyes. Sumber : Lim Kit Siang Blog

No comments: