Kapak juga ucapkan tahniah pada DS Najib. Memang inilah hasrat Kapak agar semua Melayu bersatu dalam satu wadah. Bila dah bersatu dan berbaik sangka barulah boleh pimpin negara. Didalam memimpin Negara bersama-sama itu nanti baru lah dibuka ruang untuk memperbaiki segala dasar2 Negara dan Pareti yang agak pincang dan diganti dgn Undang2 Islam yang berlandaskan AlQuran dan Hadith. Bukankah ini caranya yang molek. Bukan nak kata Islam ikut cara UMNO atau PAS TETAPI Islam Syumul ikut AlQuran & Sunnah Nabi.
Semua itu boleh terjadi dan dapat dilakukan bila dua parti Melayu ini dapat duduk bersama dan menjadi kepimpinan Negeri mahupun Negara. Ini lah hasrat masyarakat Melayu Islam di seluruh Malaysia kehendaki.
So, mulai sekarang, ayuh berlapang dada dan buka ruang yang tertutup dgn pra syarat selama ini dgn ruang yg terbuka seluas2nya untuk berdiskusi dan hati yang terbuka.
Ingat kesinambungan Pemerintahan Islam Melayu ini adalah terletak ditangan2 ANDA disamping ingat janji Allah, jika Umatku Asyik bertelagah dan bercakaran akan dtg satu bangsa lain yg akan menghancurkan ANDA dan menggantikan pemerintahan ANDA. Apa akan jadi jika yg datang itu, kafir harbi laknattullah....
Fikir2kan lah wahai bangsaku Islam & Melayu ini sebelum terlambat dgn noktah kehidupan.
Ikuti lah teladan yg ditunjukkan oleh YAB Perdana Menteri, DS Najib semasa lawatan “walkabout” di Masjid As Salam di Taman Datok Haron/Taman Medan Petaling Jaya Kelmarin.
Wednesday, August 18 [ IHSAN DARI WARISAN 2057] Indahnya Islam
Gambar kandid ini dirakamkan semalam, di Masjid As Salam, Taman Medan. Nyata DS Najib amat 'sempoi' mendengar tazkirah selepas solat maghrib. Beliau kemudiannya menunaikan fardhu Isyak dan solat tarawikh bersama kariah setempat.
Kesudian DS Najib untuk 'walkabout' di masjid ini dan berjamaah bersama rakyat jelata adalah perkara menarik untuk diperhatikan.
Lebih menarik apabila tazkirah di sampaikan oleh imam masjid As Salam. Umum tahu Pas kuasai masjid di Selangor sekarang.
Sebenarnya DS Najib sedia bertemu dengan sesiapa saja walau dimana sahaja. Bertemu di masjid dan dihidangkan dengan tazkirah orang Pas seperti yang berlaku malam tadi adalah keterbukaan PM.
Indahnya jika Umno + Pas boleh bersatu demi kepentingan umat Islam. Buangkan lah ego wahai semua pimpinan Islam dinegara ini. Berbincang lah untuk matlamat politik yang tuntas.
No comments:
Post a Comment