Thursday, August 26, 2010

PERLAKSANAAN NEGARA ISLAM DAN HUKUM HUDUD BOLEH TERLAKSANA BILA PARTI KUAT MELAYU [UMNO-PAS] BERSATU HATI DALAM PERLAKSANAANNYA.

Ini adalah Komen Ikhlas KAPAK mengenai perlaksanaan Hukum Hudud Di Malaysia & hasrat KP PAS Attantawi, yg akan mensifarkan kedai2 judi di Malaysia.

[ Lihat artikel dibawah ini oleh Zaid Ibrahim & Attantawi] tetapi KAPAK cukup setuju dgn pandangan Blogger Azli Shukri, Lihat dibawah]

Alahai KP PAS,memang lidah tu lembut boleh cakap apa saja yg nak dicakapkan, TETAPI perbuatan dan perlaksanaan boleh ker? Kalau cakap hanya nak pancing Undi Melayu Islam, KAPAK minta agar ia dihentikan kerana ia hanya cakap kosong, bukti jelas ketika kononnya memerintah Perak selama 11 bulan, Perak dibawah pemerintahan PAS gagal dan malah lebih banyak lesen judi diluluskan kerana desakan dan arahan kuat Ketua DAP Perak Ngeh Ko Ham. Bayangkan jika hanya ada enam [6] kerusi di DUN Perak tetapi mimpi yg setinggi Gunung, bukankah ia mimpi dan mitos? Nizar, sendiri akhirnya menyatakan di DUN Perak bila ditanya oleh Tan Sri Tajol Rosli, yang mengatakan “ tunjukkan pada saya samada di dokumen mane, majallah, di CD ataupun apa saja media yang menyatakan dasar penubuhan PAS adalah untuk laksana Negara Islam”

Sebab itu saya cakap jangan ikut sedap rasa nafsu, perlaksanaannya kosong hanya janji2 kosong, cakap xserupa bikin. Ni, di Kedah dapat ker laksanakan seperti yg diimpikan? Begitu juga makin banyak lesen judi diluluskan dengarnya? So, PAS, jangan macam ayam bertelur sebiji TAPI riuhnya sekampung!!!!!!.

KAPAK yakin perlaksanaan Hukum Hudud hanya akan tercapai dan dapat dilaksanakan dengan baik, jika UMNO & PAS bersatu hati dan mahu laksanakan secara syumul bersama. Jika dua Parti Melayu ni masih bercakaran MAKA USAH mimpi ia akan dapat dilaksanakan.

Fikir2kan lar ke arah penyatuan hati2 muslim di Malaysia ini, agar ia jadi kuat dan boleh perintah dan laksanakan Hukum Islam & Hudud sebaik mungkin.

Friday, 27 August 2010. [Zaid Ibrahim - PKR Wilayah Persekutuan]

Hasrat Pas laksana Hudud hanya mimpi. Hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud tidak akan tercapai kerana parti itu secara sendirian tidak mampu menguasai majoriti kerusi Parlimen untuk meminda Perlembagaan, kata penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

“Saya tidak nampak hudud boleh dilaksanakan oleh satu parti sahaja. Ia memerlukan sokongan besar di dalam dewan (Rakyat),” katanya.

Zaid yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan berkata impian melaksanakan hukum hudud tidak mungkin tercapai berdasarkan kedudukan kerusi parti PAS dalam Dewan Rakyat yang memerlukan sokongan dua pertiga anggota dewan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud biarpun rakan pakatan pembangkang, DAP, membantah hasrat itu dengan menyifatkan Malaysia adalah negara sekular.

Zaid berkata perselisihan pendapat berhubung pelaksanaan hukum hudud di antara PAS dan DAP hanyalah berasaskan perbezaan impian politik masing-masing.

“Ketiga-tiga parti (PAS, DAP, PKR) telah bersetuju segala undang-undang yang kita buat atau kita gubal mestilah mengikut perlembagaan negara,” katanya dan menurutnya dasar bersama itu ditandatangani pada Disember 2009.

CATATAN AZLI SHUKRI

Siapa Kata Hukum Hudud Tidak Boleh Dilaksanakan di Malaysia?


1. Sudah berkali-kali saya jelaskan di dalam posting saya sebelum ini - sesungguhnya Islam tidak akan dapat ditegakkan melalui demokrasi dan peti undi! Ini adalah nyata dan lagi jelas. Apabila hukum Hudud dan negara Islam "didemokrasikan" - maka hukum tersebut tidak akan berjaya mendapat sokongan dan undian terbanyak rakyat jelata. Sebab itu, Islam tidak dibangunkan melalui sistem sokongan dan peti undi. Demokrasi dan peti undi hanya akan berjaya setelah urusan dakwah dijalankan secara teratur dan bersunguh-sungguh serta berjaya melahirkan masyarakat yang memahami cara hidup Islam yang sejati. Dakwah dalam erti kata yang sebenar bukanlah bermaksud "ceramah" politik di masjid-masjid atau tazkirah pagi jumaat. Wilayah pendakwahan jauh lebih luas daripada itu semua.


2. Dakwah merupakan strategi berterus dan gerak kerja yang memerlukan perancangan, iltizam dan pengorbanan. Nah! Sekarang, apabila DAP dan PKR menunjukkan kuasa "undi" dan "demokarsi" mereka terhadap Hukum Hudud, maka Hukum Hudud telah gagal mendapatkan undi yang secukupnya - walaupun semua orang tahu bahawa hukum Allah tersebut adalah hukum yang seadil-adilnya untuk kita semua. Tetapi, apabila Islam dan hukumnya "didemokrasi" dan "dipetiundikan" oleh PAS, maka secara tidak langsung, Islam dan hukum-hakamnya dilihat seolah-olah telah "tewas" kerana gagal mendapat sokongan majoriti dan undian teramai, khususnya daripada DAP dan PKR yang menjadi kuasa penentu pada ketika umat Islam sedang berpecah-belah.


3. Sedangkan, pada hakikat yang sebenar, Islam bukanlah agama yang boleh dipilih melalui kaedah "angkat tangan" untuk menunjukkan sama ada, kita setuju atau pun tidak. Islam mesti ditegakkan melalui jihad - dan orang-orang kafir mesti diperangi sehingga mereka mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi, sebelum orang-orang kafir diperangi, seruan dakwah mestilah terlebih dahulu sampai kepada mereka. Soalnya, sudahkah PAS mengirimkan secara rasmi surat dakwah kepada Karpal Singh dan Lim Kit Siang bagi menyeru mereka kepada kalimah tauhid dan menerima Islam sebagai Ad-Deen? Seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah sewaktu mengirim surat dakwah dan penjelasan ajaran Islam kepada pemimpin Yahudi Khaibar, Kaisar Romawi, Raja Negus, Raja Khosrau II, Al-Muqawqis (Penguasa Mesir), dan banyak lagi pemimpin-pemimpin utama dunia pada ketika itu. Sekiranya hal ini belum dilakukan, maka terbuktilah PAS telah mengabaikan metod dakwah Rasulullah yang terang-terang mengajak dan menyeru agar orang-orang kafir memeluk Islam.


4. Oleh Sebab itu, sejak awal-awal lagi saya sudah menjelaskan, sesungguhnya PAS telah meninggalkan kerja-kerja dakwah, mereka terlalu sibuk dengan politik dan mencari undi - dan bukannya sibuk untuk menyeru orang bukan Islam agar mengucap kalimah tauhid, seperti mana yang dilakukan oleh gerakan Islam lain di seluruh dunia. Islam yang diletakkan di dalam neraca peti undi dan sistem demokrasi, hanya mengundang fitnah, salah faham dan menggambarkan seakan-akan Islam itu boleh dipilih dan boleh tidak dipilih! Ini bukan wajah Islam yang sebenar!. Lantaran itu, Hukum Hudud gagal dimartabatkan di bumi bertuah ini, dan salah satu puncanya adalah daripada kegagalan PAS sendiri. Selama 50 tahun kewujudan PAS, tetapi mereka lupa untuk menghalakan dakwah mereka kepada UMNO - sebaliknya mereka lebih sibuk untuk menjatuhkan UMNO dan berebut-rebut dengan DAP dan PKR bagi menguasai Malaysia. Sedangkan, Rasulullah sendiri tidak menginginkan kuasa dan kerajaan yang berada di dalam genggaman Raja Kaisar Romawi, Raja Negus, Raja Khosrau II, mahu pun Al-Muqawqis - Rasulullah hanya mahu mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, itu sahaja!


5. Hukum Hudud bukanlah terlalu sukar untuk dilaksanakan di Malaysia - sekiranya orang Melayu-Islam di Malaysia bersatu, dan cita-cita PAS berkenaan hukum Hudud boleh dikompromi, maka parti-parti lain pasti akan tunduk kepada kemahuan UMNO dan PAS. Kita tidak perlu bimbang dengan Karpal Singh dan Lim Kit Siang, sebab kita sudah bersatu dan kuat. Tetapi, malangnya, kerana kita berpecah-belah, dan pada masa yang sama PAS pula tidak mahu mengambil kesempatan pada saat UMNO mengajak parti tersebut untuk bersatu. Maka, semakin sukarlah hukum Hudud hendak dilaksanakan. Pada hemat saya, alangkah eloknya pada ketika UMNO mengajak PAS untuk bersatu, PAS segera ambil kesempatan tersebut dengan meletakkan pelaksanaan hukum Hudud sebagai syarat utama merealisasikanperpanduan UMNO-PAS. Saya percaya UMNO, lambat-laut akan menerimanya. Jika UMNO dan PAS senada dalam isu ini, kaum kafir tidak akan berani angkat muka. Lagi pun UMNO dan PAS sama-sama Islam, lebih mudah urusan dakwah ini dijalankan.


6. Kesimpulan saya adalah mudah, PAS telah mengsia-siakan peluang yang ada dengan mengabaikan kerja-kerja dakwah. PAS lebih selesa menghukum ahli-ahli UMNO daripada terjun ke medan dakwah dengan menggunakan metod lemah-lembut dan berkasih-sayang terhadap ahli dan para pemimpin UMNO. PAS banyak mengabaikan dakwah secara berhikmah, yang memerlukan kesabaran dan masa - sebaliknya PAS menginginkan keputusan yang segera dalam perjuangannya. Mahu segera berkuasa, tidak sabar menyampaikan dakwah kepada UMNO dan tidak sabar apabila diuji. Maka, inilah kesannya - PAS terpaksa menagih simpati dan belas kasihan daripada DAP, semata-mata mahu melaksankan perintah Allah. Inikah cara Islam? Tepuk dada tanya iman. Wallahualam.


KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Ketika PAS dan DAP dilihat masih belum mencapai kata sepakat dalam isu pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam, beberapa penganalisis politik berpendapat kedua-dua aspek itu akan menjadi “duri dalam daging” dalam Pakatan Rakyat (PR) dan boleh menggugat ikatan berusia lebih dua tahun itu.
“Saya sebenarnya tidak nampak PAS serius untuk melaksanakannya dan saya yakin ia hanya bersifat retorik politik semata-mata.
“Bagi saya pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam tidak relevan untuk diamalkan, malah ia hanya akan menjadi duri dalam daging yang akan memecahkan PR,” kata Prof Madya Dr Mohd Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada The Malaysian Insider. PR mengadakan mesyuarat majlis pimpinan parti komponen petang ini, yang pertama sejak isu hukum hudud dan negara Islam muncul semula. Sambung bacaan anda di sini...
PR dianggota PKR, DAP dan PAS. Beliau berkata, tindakan PAS yang sehingga kini tetap membangkitkan kedua-dua aspek tersebut hanya memberikan kesan buruk kepada PR.
“Ini hanya akan menimbulkan konflik antara PAS dan DAP, malah saya percaya ian akan memecahkan PR. Jadi PAS perlu berhenti membangkitkan isu ini, sebaliknya bertindak mengikut peredaran semasa dengan melaksanakan kaedah yang diterima rakyat."
Ulasan:

FENOMENA ZAMAN said...
Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh PAS, menyambut seruan perpaduan untuk menegakkan syiar islam dengan lebih baik. Mereka sudah nampak UMNO dah lemah dan boleh bargaining dengan UMNO untuk tegakkan Hudud..Tapi sayang, seribu kali sayang.. mereka puak pas ni seperti gelap hatinya.. Jika diamati perlakuan PAS sejak dulu lagi nampak PAS ini wujud bukan untuk tegakkan Islam, tapi kerana nak rampas kuasa dari Umno secara sah dengan sebarkan agenda perpecahan. lebih malang lagi PAS sanggup korbankan prinsip dan kempen hudud semata-mata ingin tumbangkan UMNO dengan sokongan kafir. Tak paham sungguh, kenapa dengan kafir ni mereka boleh bertolak ansur tetapi dengan orang-orang Melayu dan Islam Umno ni bukan main benci sangat walhal sama-sama satu akidah satu syariah.
PERCAYALAH! PAS TELAH LAKUKAN KESILAPAN POLITIK YANG PALING BESAR DALAM SEJARAH PENUBUHANNYA. BUKTINYA:

1) ISU KALIMAH ALLAH
2) SANGGUP GUGURKAN MANIFESTO HUDUD
3) DOA GUAN ENG DALAM KHUTBAH
4) SOKONG ANWAR
5)MEMBENARKAN KAFIR HARBI BUAT “TAZKIRAH” DLM SURAU/MESJID

August 26, 2010 7:36 PM

No comments: