KAPAK ingin mengucapkan Selamat Berpuasa pada hari ke 14 Ramadhan hari ini. Dalam suasana kita diambang semua umat Islam akan menyambut "Nurzul Quran" dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini, marilah kita sama-sama merenung sekejap fungsi manusia DI alam dunia yang fana ini. Didalam ALQURAN ada menyebut bahawa salah satu fungsi manusia di alam ini adalah untuk menjadi makhluk yg taat kepada ALLAH SWT dan mengimarahkan kehidupan didunia.
Fitrah manusia yang mempunyai perangai yang berbagai2 serta cara hidup juga berbagai, namun sebagai makhluk yg dikurniakan satu kehidupan Islam didalam Iktiqadnya, maka sewajarnya lah corak kehidupan, tatasusila kehidupan juga berlandaskan Islam seperti yang diajar oleh AlQuran dan As Sunnah.
So, bila kita dapat sama-sama memahami akan tanggungjawab ini, maka sewajarnyalah corak kehidupan Islam sesama mukmin ini di ibaratkan sebagai "Air didalam besin yg besar" bila besin bergoyang dan air pun berkocaklah, namun jika kocakan air tadi dapat distabilkankan oleh kumpulan air tadi yg berpusing mengikut arus dan rentak besin tadi, maka air itu tak akan berkocak-kocak sehingga boleh terhempas keluar, jadi, mengikut kefahaman tersebut, ia juga boleh diibaratkan sebagai Umat Islam di Malaysia ini juga yang terdiri dari berbagai2 dan induknya disini adalah Bangsa Melayu Islam.
Oleh itu, sebagai satu bangsa yang bermaruah dan bangsa yg boleh dikatogorikan sebagai satu bangsa terpilih, maka Allah berikan berbagai nikmat, contoh nikmat suara yg merdu dan lidah org Melayu ni sesuatu yg special kerana boleh bertutur dgn berbagai bahasa dgn baik dan molek, lihat saja Qari dan Qariah kita yg mewarisi suara2 hebat dalam berteranum dan menjuarai musabaqah, Mahathir lukman juga contoh terbaik banyak bahasa yg beliau boleh miliki. Jadi, dengan segala kurniaan Allah itu, sudah barang tentu ia perlu dan amat-amat dijaga. Begitu jugalah dgn Bangsa Melayu ini, ia wajib dijaga dan dilindungi. Bangsa Melayu di Malaysia ini masih dikatogerikan sebagai manusia yang baik dan bertoleransi.
Dengan ini Kapak menyeru dan merayu agar Bangsa Melayu tanpa mengira fahaman politik marilah bersatu hati. Bila hati2 ini dapat disatukan, maka akan terbit satu mekanisma perundingan dan muzakarah yang baik demi mengangkat martabat Melayu dan Islam secara menyeluruh. Bangsa Melayu merangkumi 65% Penduduk Malaysia secara keseluruhannya. Untuk itu, adalah amat-amat wajar jika pemerintahan kerajaan dibawah pentadbiran org2 Melayu dan org2 Melayu juga boleh memerintah Negara tanpa bantuan kaum2/bangsa2 lain. Namun atas sifat kemaknusian dan toleransi mereka masih dijemput utk turut serta. TETAPI jika jemputan itu disalahertikan dan membuat onar dalam pemerintahan dgn berbagai2 desakan demi kepentingan mereka dimana mereka kini menikmati lebih terhadap nikmat pembangunan dan keceriaan Negara kesan dari dasar pecah dan perintah semasa pemerintahan British dahulu, jadi adalah amat wajar sekarang, agar Bangsa Melayu bersatu hati dan perintahlah Negeri serta Negara sebaik mungkin, kerana Melayu hanya punyai Kuasa Politik Pemerintahan Negara. Kuasa Keramat ini jangan sesekali dilacurkan ataupun dijahanamkan. Kasihanilah kepada warisan kita dimasa hadapan jika kita mewariskan kepada mereka sesuatu keadaan yang tak menentu dgn berbagai pancaroba.
Mari kita ambil hikmah turunnya permulaan Ayat2 Alquran di bulan ramadhan ini. AlQuran jugalah yang mengajar, membentuk dan merungkai segala permasalahan dalam kehidupan manusia. Oleh itu, KAPAK menyeru agar semua Umat Melayu dan bersatu hati,dan kepada para2 bloggers Melayu diluar sana, kurangkan lah dari menghentam, mengherdik sesama sendiri dan membuka pekong bangsanya sendiri. Perbuatan itu ditertawakan oleh kaum lain betapa rapuhnya ikatan Bangsa Melayu yang sepatutnya kuat sebagaimana yg disarankan oleh AlQuran.Kita lihat contoh terbaru dan terbaik yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri DS Najib ketika "walkabout" di Taman Dato Harun di Masjid As Salam. Beliau merendahkan diri dan duduk bersama2 jemaah dan mendengar pula tazkirah yg disampaikan oleh Ustaz dari PAS. Bagi beliau itu tak menjadi masalah, jika sekiranya bangsa sedarahnya boleh bersatu hati dan berganding bahu dgn beliau untuk memerintah Negara. Beliau dgn hati terbuka ditegur dan bersedia utk memperbaiki segala kelemahan yg terdapat didalam Kepimpinanya.
Jadi disini jelas bahawa Perdana Menteri, mahukan perubahan pesepsi dan pemikiran org2 Melayu dan meminta agar dapat kembali bersatu hati dan bergerak didalam satu wadah perjuangan yg sama, iaitu demi Islam dan Negara. Kuasa Kepimpinan Malaysia juga wajib terus ditunjangi oleh Bangsa Melayu Islam kerana Kekuatan Islam terletak dibahu penganutnya dan bangsa Melayu lar penganut majoriti di Malaysia.
Akhirnya KAPAK meminta agar semua bloggers Melayu boleh bersama-sama berjuang dan memastikan bahawa ianya menjadi wadah bersama ke arah Kecemerlangan Syiar Islam di Malaysia. War-warkan lah demi Kejayaan dan Kesinambungan Islam dan Bangsa Melayu. Sekian.
No comments:
Post a Comment