Coretan ini adalah untuk menjawap kelancangan musleem united dalam isu - Zambri bacul.
Salam Sdr!. Adakah anda berada dlm dewan ketika mereka bersidang?. Jika tidak jgn pandai buat cerita. Kapak sentiasa berada didewan hingga abis, jd kapak lebih tau dari ANTA!. Jangan hanya pandai menyebut Islam dan Islam anta jer yg terbaik dan org lain smua bacul? Jgn tunjuk terlampau riak memulakan usul dgn mukadimah ayat2 ALQURAN, tetapi selepas memaki hamun org lain terikut2 cara DAP babi harami. Adakah Islam PAS mengajar org beradap mcm itu? Kalau itu natijah dan cara PAS untuk mengemudi UMMAH ISLAM, maaf lar DEmi Allah dan Demi Rasul ia tak akan tercapai, kerana niat, riak dan cara anda bekerja& berpolitik tidak ikhlas. Sebagai contoh penyatuan Melayu dan Islam PAS awal2 bantah, TETAPI skrg kenapa pulak nak menjadi HERO pulak nak menyatukan Melayu nih?.
Kapak rasa elok lar penyatuan Melayu dan Islam ini diterajui oleh NGO, baik UMNO or PAS mahupun PKR tak payah lar nak sibok2, kerja anta bermusim hanya sebab undi jer.
Nasihat saya, klu ingin menjadi Pemimpin tunjukkan keikhlasan, jgn menyalahkan org lain, kata bacul dan sebagainya, lh2 anda tidak berada disitu. Ikutkan hati saya cari anta walau dimana anda berada dan saya mahu anta tunjukkan kehebatan anta jika meraskan PAS itu betul semuanya. Yang betul hanya ISLAM.
Pandai kata org bacul, ingat Nizar [kapak malu tengok perangai senior kapak masa di TI Ipoh] baik sgt ker die? Byk gak pekong die TAPI kita jgn sesekali buka maruah org, ingat setiap dosa diadili dan dipadang masyar nanti kena jwap semua tu? elok anta minta maaf pada Zambri sementara nyawa masih ada, jika jumpa dipadang masyar sudah terlambat. Kapak, Siap sedia berdebat demi Ummah Islam tetapi bukan Ummah Pas yg suka main dan jual Agama, sbb Tok Gurunya lebih pada Ikut cara Aku, Islamnya bermusim sekejap boleh sekejap tidak.... Untung ok, tak untung boleh belah.... Saya tunggu email anda TQ
Coretan di atas ada pertalian dgn apa yg diajukan dibawah ini oleh Malaysian Instinct dan juga Azli Shukri. [ lihat betapa teruknya Agama dilacur demi nak dapatkan kuasa] sila baca dan fahami!
Ke Mana Kita Hendak Pergi Tuan-tuan?
"Saya temui sebuah artikel di dalam portal Malaysia Instinct yang sangat menarik untuk kita tatapi dan renungi. Artikel tanpa nama penulis ini cukup banyak pengajaran dan pelajaran". Selamat membaca.
1. Umat Islam di Malaysia selama-lamanya tidak akan lupa Amanat Hadi Awang, Presiden PAS yang disampaikan di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang berbunyi:
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
2. Setelah terbukti amanatnya menjadi punca perpecahan serius di kalangan umat Islam hingga terjadinya sembahyang dua imam dan penceraian suami isteri, Hadi cuba berdalih dengan menuduh ianya adalah perbuatan UMNO untuk mencemar namanya.
3. Namun, daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihan raya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983. Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985. Hadi akhirnya tidak dapat menepis lagi bahawa amanat itu disebarkan oleh PAS sendiri dan sememangnya dibuat oleh dirinya sendiri.
4. Selain dari menjadi punca perpecahan serius antara umat Islam, ia juga menjadi punca timbulnya kegusaran di kalangan Umat Islam untuk bergaul dan bercampur dengan bukan Islam. Hakikatnya, Hadi adalah antara mereka yang mula-mula meniupkan perasaan curiga dan syak wasangka antara kaum di Malaysia dan kini meneruskannya dengan membantu kempen-kempen menghasut agar Cina membenci Melayu (UMNO) yang diterajui oleh DAP.
5. PAS suatu ketika dahulu bangga dengan imej ekstrem, rigid dan tidak bertolak ansur dalam soal Islam dan bukan Islam. Mereka menganggap bekerjasama dengan bukan Islam sepertimana UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC menjadikan UMNO kafir dan menyokong UMNO boleh menjadikan seseorang itu kafir.
6. Tapi semua itu kisah dulu, iaiatu ketika Hadi masih belum melihat bayangan kuasa, dan sebelum Hadi merasai kehangatan pelukan Lim Kit Siang.
Kini, Hadi bukan sahaja mengambil pendekatan seperti UMNO dengan bekerjasama dengan DAP dan PKR, tetapi Hadi melangkah lebih jauh lagi dari UMNO iaitu membuka peluang bagi bukan Islam untuk bertanding atas lambang PAS secara langsung.
7. Untuk tujuan itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengumumkan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS atas alasan terdapat ramai penyokong bukan Islam parti itu yang terdiri daripada kaum Tionghua, Siam, Orang Asli, Bumiputera dan lain-lain dan mereka juga harus diberi peluang bertanding.
Dua perkara yang menarik di sini ialah:
1. Fatwa Hadi mengenai bekerjasama dengan bukan Islam bukan sahaja berubah tetapi melebih-lebih dari UMNO sendiri.
2. Sayap baru PAS itu membuktikan bahawa Pakatan Rakyat bukanlah satu pakatan tetapi bersifat berasingan dalam perjuangan.
8. PAS ingin mempunyai wakil bukan Islam sendiri dan tidak mahu wakil bukan Islam mereka berada dalam DAP atau PKR. Ini janggal sekali kerana mereka merujuk diri mereka sebagai satu Pakatan.
9. Nama sayap baru PAS iaitu “Himpunan Penyokong PAS” aiaitu Parti Islam SeMalaysia menggambarkan seolah-olah sesiapa sahaja dari bukan Islam yang menjadi anggota sayap ini adalah penyokong Parti Islam, atau penyokong Islam.
10. Islam adalah agama untuk dianuti dan diamalkan. Islam bukan sebuah parti politik untuk disokong-sokong. Dan apakah yang membuatkan PAS menyangka bahawa adanya orang bukan Islam yang akan menyokong agama Islam sehingga sanggup menjadi ahli dewan perhimpunan tersebut tanpa ada agenda lain?
11. Hadi Awang, Nik Aziz dan PAS secara keseluruhan sudah terlalu sering menukar-nukar fatwa dan hukum Allah. Dari fatwa mengenai bekerjasama dengan bukan Islam, suara sebagai aurat wanita berkempen dan wanita bertanding pilihanraya, semuanya bertukar-tukar mengikut ‘mood’ Hadi Awang dan Nik Aziz.
12. Sesungguhnya, agama bagi PAS hanyalah mainan politik. Dan kini dengan penubuhan sayap baru ini, mereka mengajak orang bukan Islam pula untuk bermain politik atas nama Islam. Dalam ertikata lain, PAS menjemput bukan Islam mempermainkan agama Islam.
So, akhirnya PAS pun xlayak nk jd juara penyatuan nih, kerana ia sujudice dgn perjuangan partinya yg tak menentu. biar NGO islam dan mereka lebih berkaliber dan tidak buyers dan tidak menggunakan ISLAM sebagai batu loncatan untuk kuasa. NGO ISLAM akan lebih terjurus kpd penyatuan ummah dan Islam secara hakiki mengikut AlQuran & Sunnah.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment