Wednesday, October 20, 2010

UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA MENTERI DLM UCAPAN DASAR PRESIDEN.

Merenung dan Memikir Akan Ucapan Dasar Presiden Parti
Merangkap Perdana Menteri Malaysia.


Setelah di amat-amati akan Saranan PM dalam Ucapan dasar tadi, sekarang KAPAK meletakkan Terpulanglah kepada semua Ahli2 UMNO untuk melakukan anjakan paradigma
Ke arah merealisasikan saranan dan cita-cita tersebut demi masa depan Bangsa & Negara yang terbilang.

Namun, ia bukan sahaj terpulang kepada ahli2 UMNO TETAPI juga kepada seluruh Umat Melayu di Malaysia ini, kerana mereka juga umat Melayu yg kepentingan dan hak-hak mereka diperjuangkan. Walau bagaimana pun, kepada Kaum-kuam lain, mereka juga tidak terlepas dari saranan ini demi Kejayaan untuk Memacu negara ke arah yang lebih dinamik dan Cemerlang. Untuk itu, kaum2 lain juga di saran agar patuh dan bertanggungjawab terhadap semua perundangan yg telah termaktub sejak sekian lama dan telah terbukti kesaksamaannya.

Hanya satu cara hidup yang harmoni dan saling sayang menyayangi dan bertolenransi sahaja akan melonjakkan satu aspirasi jitu untuk sama-sama berganding bahu untuk membawa Negara Malaysia ke arah yg lebih aman, damai serta harmoni. Ikatan kekeluargaan antara kaum juga baik dan bercambah dgn segar.

[Intipati Ucapan Dasar PM]
Fasa Untuk Bina Masa Depan: Presiden UMNO


2010/10/21 (Ucapan daras PM dalam Perhimpunan Agung UMNO hari ini)

KUALA LUMPUR: UMNO harus melalui tiga fasa pemulihan demi membina masa depan dan mendaya bangsa, kata Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

1. Fasa pertama dan terpenting, kata Perdana Menteri, adalah memperakui
kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh parti. Dalam ucapannya ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat

Dagangan Dunia Putra di sini hari ini, Najib berkata 2. fasa kedua adalah untuk
membuat muhasabah dan mencari penawar-penawar yang mustajab bagi membaiki
kekurangan itu.

Katanya 3. fasa ketiga pula adalah memulakan gerak kerja.

"Apa yang penting, ketiga-tiga fasa ini wajib dilalui dengan penuh ketertiban. Jika tidak, rencana perubahan dan pembaharuan tidak akan berjaya,"
katanya dalam ucapan beliau yang bertajuk "Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran". - BERNAMA

No comments: