Friday, October 15, 2010

BAJET 2011 - BAJET YG MENYELURUH DAN MESRA RAKYAT

KAPAK ingin mengucapkan tahniah kpd YAB Perdana Menteri krn berjaya melaksanakan satu tanggungjawab besar yg di amanahkan, dalam membawa Negara dan Rakyat Malaysia keseluruhannya ke arah yg lebih bermakna dan ceria yg diterjemahkan didalam Bajet 2011 yg baru sebentar tadi [15/10/2010] dibentangkan di Parlimen.

Secara kasarnya [belum diperhalusi/tggu laporan akhbar esok] intipati Bajet 2011 adalah untuk membawa Malaysia ke arah Wawasan Negara Maju 2020. Tranformasi pembangunan dan dasar2 kerajaan di ambil kira secara khusus dan ditangani secara berhemah dan berhati-hati agar tiada ketirisan yg boleh berlaku. Cuma, kapak ingin mengesyorkan agar pemantauan segala projek yg berimpak besar kepada KDNK Negara yg akan diterajui oleh swasta mahupun syarikat2 kerajaan [GLC] dapat dipantau secara menyeluruh agar ia dapat dipastikan akan keberkesanannya dan kejayaannya.

Kita tidak mahu ia menemui kegagalan dan menjejaskan perancangan dan hala tuju ke arah negara Maju tersebut. [Laporan dan komen2 lanjut akan disusuli kemudian setelah input2 lengkap diperolehi dr pembantangan budget ini.

Namun, apa yg jelas dan nyata disini, bahawa Bajet 2011 telah mengambilkira kesejahteraan rakyat. Ini dapat kita lihat dengan penumpuan yg diberikan terhadap katogeri kumpulan masyarakat dengan bantuan dan imbuhan2 yg berbentuk "Cash/tunai" seperti berikut:-

- Kumpulan Ketua Kampong/Ketua Masyarakat/Pengerusi JKKK/JKKKP
- Ahli2 JKKK/JKKKP
- Guru2 Agama/KAFA
- Para Imam2
- Ibu2 Tunggal
- Orang Oku
- Para Guru Wanita & Lelaki
- Kumpulan Pelajar Rendah/Menengah/Pengajian Tinggi
- Kumpulan Guru2 Tadika
- Pekerja Buruh & dan lain2
- Masyarakat Miskin dgn berbagai bantuan dan sokongan.

Semua di atas adalah bagi memastikan didalam Kerajaan membawa ke arah negara Maju, kaum2 yg dinyatakan di atas tadi tidak dilupakan dan terus dibantu agar mereka juga dapat menikmati erti pembangunan yg dibawa oleh Kerajaan.

Oleh itu, dengan kata lain, sebagai rakyat yg tahu bersyukur dan berterima kasih, maka adalah sesuatu yg 'WAJAR' agar rakyat dapat terus memberikan sokongan yg tidak berbelah bagi kepada Kerajaan dan sudah tentu tanda kesyukuran itu adalah dengan terus memberikan sokongan yg padu apabila pemilihan didalam pilihanraya samada Pilihanraya Kecil mahupun didalam Pilihanraya ke 13 nanti.

Kapak, juga merasakan bahawa rakyat wajar terus menerus memberikan sokongan agar segala perancangan dan bajet yang dibentangkan itu dapat dijayakan dengan sepenuhnya. Rakyat juga wajar meneliti kata-kata hikmat yg terakhir dari YAB Perdana Menteri, yg mahu rakyat sedar jangan sesekali menjadi petualang kepada negara sendiri dengan memburuk2kan negara diluar dan menjejaskan peluang pelaburan datang ke Malaysia.

Jadilah rakyat yang berterima kasih dengan bekerja kuat, berdisiplan, berpegang kepada ajaran Agama yg kukuh, kerana kita hendak menjadi warganegara yg berguna dan juga mati dinegara yg tercinta.

Akhirnya KAPAK dapat merasakan bahawa Bajet 2011 adalah satu bajet yg boleh dimengertikan sebagai Bajet Imbuhan Pilihanraya dan juga Bajet Rakyat Malaysia.

- terima kasih.

No comments: