Monday, October 11, 2010

GALAS PENCETUS KERAJAAN PERPADUAN DI KELANTAN

LANJUTAN KOMEN KEPADA CORETAN “IKUT SUKA AKU” [dibawah]

KAPAK BERPENDAPAT MASA YANG PALING SESUAI UNTUK SESUATU PENYATUAN BANGSA MELAYU ISLAM BERMULA DISINI!!!.

Kapak merasakan apa yang sedang Masyarakat Malaysia hadapi terutamanya Masyarakat Melayu Islam terutamanya di Kelantan iaitu di Gua Musang adalah satu Pilihanraya kecil di DUN Galas di atas pulangnya ke rahmatullah penyandangnya dar PAS. Mungkin ini juga satu kemungkinan yang ALLAH nak beri ujian kepada hambanya terutamanya masyarakat disini mahupun di seluruh Kelantan, adakah peristiwa ini akan membawa satu rentetan sejarah yang akan diingati oleh anak cucu kita di masa akan datang, bahawa disinilah sesuatu yang ajib yang akan membawa berlakunya satu “Penyatuan Bangsa Melayu Islam” di bumi Malaysia/Tanah Melayu ini. Dan ia juga bertepatan pula dengan situasi yang sama berlaku di Palestin, dimana Fatah dan Hamas juga sedang merungkai berkaitan perbezaan pendapat, walaupun mereka semua bersaudara, SeIslam.

Berkemungkinan Watak2 seperti Tengku Razaliegh Hamzah, Dato Mustapha Muhamad, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hj Hadi Awang, Tuan Guru Nasaruddin akan memulakan langkah2 yang telah disarankan oleh Nabi Muhammad SAW, agar Umat Islam bersatu demi maruah Agama, Bangsa & Tanah Air.

Perlu diingat, karismatik seorang Pemimpin yang berkaliber dan berpengaryh bukan boleh dibuat2. Ia adalah anugerah Allah, jadi Umat Islam pperlu menefaatkan golongan kepimpinan yang ada ini samada dari pihak UMNO mahupun PAS agar dapat duduk semuja berunding bukan dengan niat nak membangga diri siapa yg lebih berhak dan hebat karismatiknya TETAPI lebih kepada penghayatan kepada tuntutan AGAMA dan juga takut akan azhab ALLAH. Sesiapa yg dipilih mungkin tidak penting, TETAPI misi dan visi serta keterampilannya di mata rakyat jelata dan hubungannya dengan Kerjaan Pusat serta keakrabannya dengan pihak Istana juga perlu diambilkira.

Untuk itu jugalah, KAPAK dengan rasa rendah diri berpendapat agar kerusi DUN Galas tidak perlu dipertandingkan kerana sebab-sebab di atas tadi (itu perkara pokok). Namun, terdapat juga sebab2 lain yang memberikan kredit kepada cadangan tersebut :-

i. Menjimatkan duit Rakyat bila terlalu kerap mengadakan pilihanraya.

ii. Jika berlaku pertandingan, berkemungkinan besar calon2nya adalah Orang Islam dan Melayu juga. Dan, ia lebih banyak mengundang konflik serta dosa2 kering bila berlaku umpatan dan cacian diantara satu dgn lain.

iii. Masa yang digunakan untuk berpilihanraya dapat digunakan untuk kerja2 amal serta terus-terusan membantu rakyat Kelantan yg betul2 mengharapkan juadah pembangunan dibawa ke daerah mereka.

iv. Penyatuan Melayu dapat dimulakan dengan pembahagian samarata kerusi2 pengurusan Kerajaan Negeri Kelantan disamping meletakkan calon2 yang layak dan berwawasan untuk mengemudi negeri Kelantan dengan kepakaran dan kehebatan masing2 yang ada di kalangan DUN2 negeri Kelantan. Ingat ini bukan hanya untuk suka2 memegang jawatan kerana Tanggungjawap dan amanah Negari/Negara adalah amat besar nilainya. Jadi ia bukan boleh dibuat semberono sahaja. Ia juga akan ditanya oleh Allah di Padang Masyar nanti!.

v. Perubahan Kepimpinan Kelantan perlu dilakukan dan ia adalah amat di harapkan agar satu kompromi yang jitu dan tegas perlu diwujudkan.

vi. Kapak juga merasakan jika perkara di atas ini boleh diterjemahkan dengan baik maka umum akan bersetuju agar Kepimpinan Kerajaan Kelantan diberikan kepada Tengku Razaliegh Hamzah untuk Mengemudi Jawatan Menteri Besar, dan jawatan timbalan dipegang oleh Tuan Guru Nik Aziz. Rasionalnya, perlantikan tersebut akan menjadi jambatan yg kukuh antara Kerajaan negeri & Kerajaan Persekutuan. Bila keakraban ini terjadi sudah tentu banyak program2 pembangunan yang boleh dijalankan di Negeri Kelantan dan berbagai tuntutan sebelum ini juga boleh dirungkai dengan jayanya. Untuk itu, fikir2kan lah demi kebaikan Negeri Kelantan dan juga anak-anak Negeri Kelantan.

vii. Tengku Razaleigh Hamzah juga adalah orang Istana, mungkin dengan perlantikan tersebut juga akan mengimbangi kemelut Istana Kerajaan Negeri Kelantan dan dapat dicanai dengan baik dan saksama.

viii. Sebagai sesuatu yang baru, kejayaan ini juga akan merungkai perbedaan pendapat dan akan dapat juga menyelesaikan berbagai perbalahan selama in. Kejayaan dan perlaksanaan pembangunan Projek2 Mega akan mula tumbuh dan melimpah khusus utk direbut oleh anak anak negeri Kelantan.

ix. Kapak, yakin dengan rentetan keayaan tersebut itu nanti akan memberikan impak ke Negeri2 lain seperti di Kedah, Perak dan Selangor, dan mungkin juga di Pulau Pinang.

x. Dan yg terakhirnya, dengan Penyatuan Bangsa Melayu Islam ini akan memperkukuh, bukan sahaja ukhwah kita sesama Islam, malah ia juga akan memperkukuh pegangan ekonomi Bangsa Melayu di Tanah Air sendiri.

Namun, apapun saranan yg diberikan ini, ia tidak akan bererti jika segala cadangan, teguran dan usulan yang membina ini untuk anak watan dan kekuatan umat Islam ini, tidak mahu untuk diterima pakai oleh kumpulan Kepimpinan Parti Parti Melayu yang berjuang secara berpuak2 dan berpatisan. Kenapa masih mahu menafikan gesaan yang amat baik oleh Nabi Muhammad SAW agar umatnya bersatu hati? Apakah tanda cinta dan sayang kepada Nabi Muhammad SAW itu hanya seperti menanam tebu dibibir mulut? Lain di mulut lain pula dihati?

Perlu di ingat, jika kita masih meletakkan lain selain kepentingan Agama dan Nabinya di tahap yang lebih atas, berbanding dengan kepentingan Agama dan Nabi Muhammad SAW. yg lebih utama, maka tunggu lah azab ALLAH yang Maha pedih. Amaran ini bukan hanya untuk UMNO, PAS malah lain2 makhluk yang sewaktu dengannya. Ambillah teguran ini dengan hati yang terbuka dan “berfikirlah diluar kotak minda” kita bahawa usul dan gesaan ini boleh diterjemahkan dengan perbuatan dan keputusan.
Sekian Wassalam.

No comments: