Tuesday, October 26, 2010

SITUASI DI GALAS - TERKINI

PROSES penamaan calon pilihan raya kecil Galas baru selesai. Dua calon yang diistyharkan akan bertanding pada pilihan raya kecil itu, ialah calon BN, Abdul Aziz Yusuf, 47 dan calon Pas, Dr Zulkefli Mohamad, 44. Aziz ialah bekas Pegawai Kesedar manakala Zulkefli seorang pengamal perubatan, doktor. Kedua-duanya akan ditentukan pada Proses Pilihanraya pada 4hb. November, 2010 depan.

Dalam tempoh proses penamaan calon berjalan semalam, ia tidak ada kejadian buruk berlaku. Suasana yang biasa berlaku di pusat penamaan calon di mana penyokong kedua pihak saling melakukan provokasi tidak kedengaran. Mungkin kedua-dua piha mengambil sikap berhati2 dan lebih bertoleransi sesuai dgn tuntutan Islam kerana mereka semua adalah bersaudara dan rakan2 seagama. Cuma kedegilan manusia yang mengatyasi kehendak syariat agar mereka bersatu dan menghancurkan musuh2 Islam sebenar.

Dari Analisa Kami di Gua Musang beberapa hari ini lalu, Pilihan raya ini dilihat lebih kepada pertandingan dua personaliti, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Mungkin rakan2 blogger lain juga bersetuju dgn pendapat ini). Namun, apa pun pilihan Tengku dan mandat yg diberikan kepadanya , maka pilihannya adalah juga pilihan Parti BN.

Personaliti & 'kekeramatan' Nik Aziz, telah memberi kelebihan kepada calon PAS Zulkefli. Realiti bahawa pertarungan personaliti ini dapat dilihat kepada permandangan sekitar bandar Gua Musang yang kini dipenuhi dengan banner yang mempamirkan wajah Nik Aziz dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Di waktu dan ketika ini, selepas penamaan calon selesai perhatian umum kini ialah kepada peluang kedua-dua parti berkenaan. Kerja2 berkempen juga telah bermula, masing2 calon dan jentera masing2 sedang bertungkus lumus membuat kerja untuk memenangi hati2 rakyat. Dan rakyat kelantan, khususnya Rakyat Gua Musang di DUN Galas, sewajarnya perlu pandai menilai dan memilih siapa yang seharus layak untuk memimpin mereka. Dan Siapakah diantara keduanya itu, boleh memberikan pengharapan agar semua permasalahan rakyat Galas dapat dibawa ke depan dan dapat ditangani dengan segera, sesuai dgn Dasar Kerajaan Pusat yang mahukan traansformasi pembangunan dapat dilakukan disemua pelosok tanahair.

Kalau kehadiran penyokong semalam dibuat sebagai indikator kemenangan calon, maka didapati bahawa calon PAS adalah lebih terkedepan. Namun, itu bukanlah ukuran sebenar. Pada perhimpunan pagi tadi, seperti biasa Pas mendahului BN. Penyokong Pas yang mengiringi calon mereka ternyata berkali ganda berbanding dengan Umno. Dianggarkan lebih 7,000 penyokong Pas berbanding dengan penyokong BN sekitar 3,500. Paling mengkagumkan sebahagian besar mereka yang berarak terdiri daripada anak-anak muda atau mereka yang berumur di bawah 40 tahun.

Memang tidak dapat dinafikan, dari segi semangat adalah jelas Pas lebih bersemangat. Pagi-pagi lagi mereka sudah berbaris di hadapan jalan besar Masjid Tengku Mohammad Faris Petra tempat permulaan perarakan. Khabarnya sejak petang semalam lagi orang Pas sudah menawan masjid berkenaan dan mendiami beberapa surau untuk dijadikan markaz. Berbeza dengan penyokong Umno yang agak lewat untuk berhimpun. Kebanyakan mereka baru sampai dari luar daerah Gua Musang dan kelihatan tidak begitu bersemangat. Ini berbeza dengan sebilangan besar penyokong Pas dari luar yang datang sejak petang semalam dan bermalam di Gua Musang.

Dari beberapa pemerhatian yang sempat dikutip dan berpandukan kepada perarakan hari ini kedudukan 60 : 40 Pas mengatasi BN. Sejauh mana kebenarannya kedua2 PARTI perlu bekerja lebih kuat untuk memenangi hati rakyat GALAS. [Update terkini akan menyusul]

No comments: