TEORI KE 8 ... Jika benar bagai di kata, Jadi siapakah Musang yg Berbulu Ayam....Akhirnya Dunia akan tahu kebenarannya.... Masih ingat tak .. pada 8hb.March, 2014.. apabila kes Anwar diputuskan dan beliau didapati bersalah oleh Mahkamah... dan malamnya telah berlaku kehilangan MH370... Adakah ini just "coincidence" ? Apa kesah "Stimulator"... Siapa Kapten Zaharie dgn Anwar.... Insya Allah perkara ini akan terjawab dengan sendirinya... smada Anwar masih mahu berteka-teki atau ALLAH yang MAHA Bijaksana.... rujuk kembali tulisan saya dari awal tentang MH370... dan saya begitu yakin bahawa Anwar adalah perancang utama.............Kebenaran akan tertegak dengan sendrinya.....Wallahuaklam - Amien.Baca juga Artikel ini di http://btmmari.blogspot.com/2014/04/mh370-bekas-duta-as-ke-malaysia-beri.html dan juga disini http://azlishukri.blogspot.com/2014/04/misteri-mh370-6-bulan-sebelum-tragedi.html?Monday, April 7, 2014
Anwar Tahu Lokasi MH370, Akan Dedahkan Khamis Nanti? Semuanya UMNO lah...Buruknya Perangai ANWAR Ni
Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor akan membuat pendedahan mengejutkan mengenai lokasi sebenar
pesawat MH370 minggu depan, dengan syarat BN menerima usul untuk membahaskan perkara tersebut
di Parlimen Khamis nanti.
Ini adalah lanjutan dari pengesahan Anwar kepada akhbar The Telegraph semalam bahawa Putrajaya
sememangnya ada menyembunyikan maklumat penting dalam kes kehilangan MH370 ini.
Sudah tentu Anwar tahu apa yang Putrajaya cuba sembunyikan bila mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Tujuan pendedahan itu dibuat kerana Anwar nak menjawab kritikan pemimpin-pemimpin UMNO kononnya kenyataannya kepada The Telegraph tidak berasas dan bertujuan nak memburukkan imej negara.
Persoalan seterusnya, kenapa di Parlimen, kenapa tidak sekarang, ketika usaha
mencari sedang giat berjalan
di Lautan Hindi?
Kerana hanya di Parlimen sahajalah
tindakan undang-undang tidak boleh diambil ke atas Anwar apabila pendedahan itu dibuat nanti.
Selain dari itu, dalam pendedahan tersebut yang akan dibuat KHamis nanti, Anwar akan turut mendedahkan
beberapa maklumat sulit mengenai keupayaan radar negara bagi menunjukkan sememangnya lokasi pesawat itu diketahui kerajaan selama ini.
Anwar memang pada kapasiti yang betul untuk bercakap mengenai perkara ini kerana beliau mempunyai
pengetahuan meluas mengenai radar tentera berbanding orang lain, maklum sajalah, beliau adalah
Menteri Kewangan yang meluluskan pembelian radar jenis Marconi itu pada tahun 1994 dulu.
Tidak keterlaluan kalau dikatakan disini, pengetahuan beliau itu menjadikannya seorang pakar radar
dan layak untuk bercakap mengenai perkara tersebut berbanding Menteri-Menteri UMNOyang ada sekarang.
Atas semua perkara rahsia yang akan didedahkan nanti (sebelum lokasi sebenar MH370 didedahkan),
Pakatan Rakyat bimbang UMNO akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Anwar dibawah
Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan SOSMA jika kenyataan itu dibuat di luar dewan.
Sebab kehilangan pesawat ini adalah rahsia besar yang mana bila didedahkan nanti, oleh menyebabkan kejatuhan serta merta kerajaan BN dan kebarangkalian konflik berterusan dengan kerajaan China.
Bagaimana Anwar tahu Putrajaya merahsiakan sesuatu, jangan tanya. Hubungan baik Anwar dan
pengiktirafan yang diberikan kepada beliau oleh negara-negara maju dunia bukan datang begitu sahaja.
Hubungan ini termasuklah perkongsian maklumat-maklumat tertentu, termasuk maklumat sulit
perisikan oleh negara-negara tersebut.
Jika UMNO berani, usul untuk membahaskan isu ini perlulah diterima untuk dibahaskan pada Khamis nanti.
[ Adakah MH370 di sorok disini yang masih tegang dan berperang dan tiada siapa pun yang mngesaki bahawa keujudan MH370 disitu]
1 comment:
Kalau video China Doll yang terang lagi nyata, yang hanya gunakan mata yang diberi Allah, tak perlu gunakan akal pun rakyat tolak apatah lagi 'co-incidence2' atau 'kebetulan2' yang hanya orang yang boleh berfikir saja yang nampak.
Melihat rakyat boleh terima segala pembohongan Anwar maka Anwar semakin berani.
Post a Comment