Sunday, December 4, 2011

UMNO DAN BARISAN NASIONAL GENDANG DAN SEMBOYAN SUDAH DI PALU! AYUH KE MEDAN PERANG!!!!.

BAWALAH KALIMAH KERAMAT INI SEBAGAI SENJATA ILMU MELALUI TUJUH [ 7 ] PERKARA BERIKUT :-
[ 1 ]. BERSATU HATI [ 2 ]. BERSETIA [ 3 ]. BERKHIDMAT [ 4 ]. BERKORBAN
[ 5 ] BERUSAHA [ 6 ] REDHA & [ 7 ]. BERTAWAKKAL.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan tujuh ramuan penting bagi memastikan kemenangan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Katanya, jika pemimpin dan ahli UMNO bersungguh-sungguh mengamalkan ramuan-ramuan itu, beliau yakin parti tersebut akan mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya berkenaan.

''Insya-Allah UMNO akan menang besar, sekurang-kurangnya dengan majoriti dua pertiga. Target (sasaran) kita mesti tidak kurang majoriti dua pertiga,'' katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.Tujuh ramuan itu adalah bersatu, bersetia, berkhidmat, berkorban, berusaha, reda dan bertawakal.

Bagi ramuan [ 1 ] iaitu bersatu/bersatu hati, demi untuk kemenangan UMNO soal perpaduan adalah amat utama.Dalam konteks pilihan raya, kita jelmakan kesatuan/bersatu hati kita ini dengan menerima sesiapa sahaja yang dipilih oleh Presiden parti untuk menjadi calon. Mahyudin juga telah menyatakan dalam masa persidangan ini jangan ada tindakan-tindakan yang boleh membawa kesan ataupun bencana kepada parti kita. Jangan ambil tindakan-tindakan tikam belakang ataupun disebutkan mengambil tindakan cah keting, jangan peteh dan menimbulkan masalah-masalah baru dalam parti kita.

Mengenai ramuan ke [ 2 ] bersetia, ahli UMNO tidak harus mengambil sesuatu langkah yang dianggap tidak setia atau berbuat sesuatu yang akan melanggar bukan sahaja peraturan tetapi tata susila dan apa lagi kalau boleh merosakkan parti.

Beliau juga mengingatkan ahli parti supaya memberikan tumpuan dan melipat usaha apabila menyentuh soal ramuan ketiga [ 3 ] iaitu berkhidmat. Berkhidmatlah dgn jujur, amanah dan ikhlas.

Dalam ramuan keempat [ 4 ] iaitu berkorban berkata, berjihad untuk memenangkan parti, memastikan 'survival' bangsa dan agama adalah satu pengorbanan yang amat besar. ''Dalam kita melaksanakan jihad ini orang UMNO mesti berkorban jiwa dan raga untuk parti tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Bukan ada apa-apa niat selain daripada niat kita untuk memenangkan UMNO,''.

Ramuan kelima [ 5 ] iaitu berusaha melalui langkah yang teratur, berstrategi dan terancang.''Seperti juga dalam satu pasukan bola sepak, yang bagus jadi penyerang dia kena jadi penyerang, yang bagus jadi penjaga gol, dia mesti jadi penjaga gol.
''Jangan yang bagus jadi penjaga gol dia nak jadi penyerang atau sebaliknya dan yang paling penting jangan sumbat gol sendiri. Inilah paling pantang dalam perlawanan bola sepak dan begitu jugalah dalam pilihan raya. Jangan skor gol sendiri,'' .

Sebagai orang Islam, ahli UMNO adalah diseru supaya mengamalkan ramuan keenam [ 6 ] iaitu reda dengan percaya kepada qada dan qadar Allah.

Dan, Ramuan terakhir [ 7 ] agar ahli UMNO mengamalkan sikap bertawakal iaitu dalam memastikan kemenangan parti itu dalam pilihan raya.''Mudah-mudahan Allah akan berkati segala usaha kita dan berkati perjuangan kita dan memberi kemenangan di dalam pilihan raya yang akan datang ini,''.

TERAS TERAS UTAMA YANG PERLU DI LAKUKAN UNTUK MENUJU KE PRU 13

[ A ] Bersatu menerajui kemenangan PRU13

Datuk Seri Najib Tun Razak percaya UMNO pasti boleh menerajui kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jika seluruh ahlinya memiliki semangat berpasukan, tidak mengkhianati sesama sendiri selain menerapkan taat setia tidak berbelah bahagi kepada parti.

Menyuntik formula itu dalam ucapan penggulungan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini, beliau menyifatkan ia sebagai transformasi diri paling mencabar yang harus dipikul orang UMNO.

Serentak itu, beliau mengingatkan bahawa ujian terbesar menanti kesemua perwakilan apabila kembali ke kawasan masing-masing ialah mencuba sedaya-upaya mengelakkan sengketa di peringkat bahagian.

"Kalau ketua bahagian tengok pada timbalan, jangan pula dia kata 'eh! dia ni nak jawatan saya', yang lain-lain pula bagi kerjasamalah...kasih sayang yang sejati.
"Beringatlah saudara saudari, pilihan raya ini adalah yang paling getir dalam sejarah tanah air.

"Pilihan yang dihadapkan kepada rakyat adalah pilihan titik penentuan sama ada kita mahu melihat masa depan yang cerah benderang bagi sebuah negara Malaysia yang maju dengan memilih UMNO dan BN atau menempa jalan tragis penuh kehancuran dengan memilih pakatan pembangkang," katanya.

[ B ] Sedia kembalikan maruah


NAJIB Tun Razak menyampaikan ucapan penangguhan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Dewan Merdeka, PWTC, semalam.

Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap Perhimpunan Agung UMNO 2011 berjaya menggambarkan parti itu kini bersatu dan ampuh serta bersiap sedia mengembalikan kedudukannya sebagai parti bermaruah dan bermartabat.

Ia antara empat sasaran yang ditetapkan oleh Presiden UMNO itu selain kejayaan mendapatkan mandat sepenuhnya daripada sidang perwakilan untuk menyokong gagasan kerajaan membawa perubahan melalui pelan transformasi nasional.

Najib berkata, persidangan kali ini juga berjaya memberi isyarat dan mesej yang amat jelas kepada 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyat Malaysia bahawa mereka boleh meletakkan keyakinan kepada parti itu untuk membawa negara dan rakyat ke arah masa depan yang lebih cemerlang,

"Mereka tidak akan kecewa kalau meletakkan pengharapan atas batu jemala UMNO ini," tegasnya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Dalam ucapan penuh bersemangat selama 45 minit itu, beliau berkata, penilaian dibuatnya bukan kerana bias tetapi setelah melihat kejayaan para perwakilan menggarap dengan baik empat sasaran tersurat dan tersirat yang ditetapkan beliau pada awal perhimpunan.

Najib turut menyifatkan perhimpunan kali ini sebagai amat bersejarah apabila membuat kejutan di saat akhir dengan menyaksikan Timbalan Presiden UMNO mengetuai ikrar dan baiah para perwakilan. Sementara itu, menyentuh isu Gagasan 1Malaysia, Perdana Menteri menegaskan ia akan tetap memastikan agenda Melayu terlaksana dan orang Melayu juga berjaya mencecah taraf bangsa yang maju.

"Jadi siapa kata kita tak ada agenda Melayu ataupun agenda bumiputera? Memang kita ada. Apabila saya laksanakan Gagasan 1Malaysia, saya tak kata ketepikan agenda Melayu bumiputera. "Bila saya turun ke bawah, ke ladang estet, ke Kampung Baru Cina, bukan bererti bahawa kerajaan kurang komitmen terhadap kepentingan orang Melayu dan bumiputera," katanya.

Sebaliknya tegas Perdana Menteri, semua itu dilakukannya bagi mendapat sokongan daripada semua kumpulan etnik. Sebagai pemimpin kerajaan, Najib berkata, beliau perlu memikirkan hala tuju negara agar rakyat yang sentiasa menilai, baik secara senyap mahupun terbuka akan terus yakin dan percaya terhadap kepimpinan sedia ada.
Justeru, katanya, perancangan yang cukup rapi, teliti dan kemas perlu dibuat untuk memastikan dalam tempoh 10 tahun lagi, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

[ C ] Beri laluan kepada calon baru

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supaya memberi laluan kepada calon-calon baru dengan rela hati.

Sebagai orang UMNO katanya, mereka perlu bersedia melakukan apa sahaja demi kepentingan parti termasuk berundur apabila tiba masanya mereka berbuat demikian.
Beliau berkata, golongan itu juga harus sedar bahawa pencalonan mereka sebelum ini sehingga dipilih sebagai wakil rakyat adalah hasil daripada sokongan serta laluan yang diberikan oleh orang lain.

''Saya amat berharap mereka menyokong calon baru sebab semasa mereka naik orang lain menyokongnya dan ada orang lain yang memberi laluan kepadanya. Sekiranya tidak, dia tidak akan naik menjadi wakil rakyat.

''Oleh itu apabila tiba masanya, dia kena berundur atas kepentingan parti. Saya berharap dia faham, akan sokong parti dan terima hakikat serta sedar bahawa satu ketika dulu dia dapat kebaikan hasil sokongan orang lain,"

Messagenya di sini : - Orang Melayu samada Ahli UMNO mahupun bukan ahli UMNO, adalah wajar untuk kita bersatu hati dan mengeratkan sulaturahim sesama insan yang sama-sama telah beriktiqad " Bahawa Tiada Tuhan di sembah melainkan Allah dan sama-sama naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah". Jika ini sudah di iktiqadkan bersama dan wajib diantaranya saling sayang menyanyangi dan kasihkan saudaranya, maka kenapa pula kita masih mahu bercakaran? Adakah KUASA, PANGKAT dan HARTA BENDA yang menjadi impian selama ini dan bukannya perpendirian bahawa apa yang dilakukan itu hanya "Kerana ALLAH"?

Wahai bangsaku Melayu, marilah kita tautkan hati2 kita dan kembali ke Jalan yang sebenar demi kekuatan Agama Islam, Bangsa Melayu dan juga Negara Malaysia, sebelum ia menjadi sesuatu yang terlambat, nasi dah menjadi bubur, air mata darah sekalipun sudah tidak wajar untuk disesalkan. Terimalah kutukan dan hinaan anak cucu dan cicit kita nanti, akibat kedangkalan, kebangsatan dan kebodohan bapak, atok muhupun moyang mereka inilah yang telah menghancurkan peradaban Melayu Islam di tanah tumpah darah mereka sendiri. Ia wajar diberikan perhatian oleh semua umat Melayu Islam.

No comments: