Friday, December 16, 2011

MENTRANSFORMASIKAN PEJABAT AGAMA NEGERI-NEGERI DAN MASJID, SERTA PERANANNYA DALAM PENYATUAN UMMAH, KEKUATAN EKONOMI DAN ILMU.

KAPAK, ingin berkongsi pendapat dengan pembaca dan bloggers semua tentang isu di atas samada ANDA semua bersetuju atau tidak jika, kapak katakan bahawa kebanyakan pentadbiran Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam serta Masjid-Masjid diseluruh Negara di tadbir secara lesu dan tidak professional.

KAPAK terpanggil untuk menyatakan sedemikian atas alasan dan pengamatan kapak di beberapa Masjid-Masjid yang diziarahi di seluruh Negara, terutamanya pada hari Kebesaran Mingguan Umat Islam, iaitu pada Hari Solat Jumaat. Hari dan Waktu Solat Jumaat sewajarnya diambil peluang oleh Pentadbiran Masjid2 dan juga Pejabat2 Agama Negeri2 agar menjadikan hari dan waktu berkenaan sebagai wadah untuk penyatuan Ummah didalam mendidik rohani dan jasmani dengan menyediakan berbagai program Ilmu dan di waktu khutbah pula, jemaah disajikan dengan intipati KHUTBAH JUMAAT yang kondusif, terang, tegas dan berwawasan.

Maknanya disini, KHUTBAH JUMAAT wajar dilakukan dengan:-

1. Kondusif – Ia meliputi Ilmu duniawi dan akhirat, termasuklah juga diselangselikan dengan Sirah Rasullullah dan penekanan terhadap kejayaan Rasulullah menyatupadukan Ummat Manusia, waima berlainan agama, budaya dan identiti manusia itu sendiri. Cara dan bagaimana Rasullullah perjuangkan serta kejayaan itu wajar menjadi intipati serta ikutan manusia waktu kini. Wajar juga diterapkan cara dan corak pentadbiran Negara yang di terapkan oleh Rasullullah yang dapat menjaga keadilan dan kepentingan semua rakyatnya.

Sementara itu, bila lagi Pentadbiran masjid dapat menjadikan persekitaran masjid sebagai satu institusi menjana ekonomi, tempat menimba ilmu, beriadah dsbnya. Kapak nyatakan ini sebagai memperingatkan semula titah DYTM Raja Nazrin, yang menegur pengurusan Jabatan Agama dan Majlis Agama Islam Perak yang lesu didalam membuat program tahunan. Baginda sedih kerana program yg dilaksanakan bagaikan hanya untuk memenuhi takwim Jabatan, dimana perlaksanaan dan pencapaiannya bersifat “shok Sendiri” dan kurang efektif dan berada di takok lama, walaupun zaman sudah berubah didalam era IT.

2. Terang - Penyampai/khatib juga wajarlah mesra pendengar, muda dan bertenaga dalam penyampaian dan juga menjiwai apa yg disampaikan. Pejabat Agama dan Majlis Agama Islam Negeri2 wajar mengambil kakitangan baru serta muda dan bertenaga. Kini, terdapat ramai cerdik pandai berlatarkan agama yg kembali ke tanah air setelah selesai kuliah di negara2 Arab, spt Mesir, Jordan, Syria dll. Jgn persia2kan tenaga muda sebegini dan Kerajaan wajar segera mengambil mereka bekerja. Mereka ini lebih mahir, berwawasan dan kuat bekerja dan punyai pemikiran yg innovatif. Kapak setuju dengan saranan oleh Ustaz Fathul Bari semasa Persidangan UMNO baru2 ini. Kerajaan wajar melaksanakan transformasi ini segera disamping dapat menggunakan khidmat tenaga muda agar menjadi pemimpin pelapis dimasa akan datang. Hindarilah berpuak-puak, kerana Islam akan lemah jika tidak bersatu. Bila kita lemah musuh2 kita akan bermaharajalela dan tanpa segan silu memperlekeh Islam dan mensabotaj Agama Islam dengan menyalurkan dakyah dan umpanan wang ringgit agar Umat Islam menjadi MURTAD, Nauzubillahhiminzaliq. Cuba perhatikan video U tube DS Zahid yg memintah Puak2 PAS ini agar dapat bersatu kembali dan menguatkan pasukan [UMNO + PAS] dan Bangsa Melayu Islam, agar kita tidak lagi menjadi Bangsa yang lemah dan mudah diperkotak-katikkan.

3. Tegas – Kandungan dan intipati yang mahu disampaikan kepada Jemaah wajarlah sesuatu yang tegas, benar dan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Ketegasan ini mestilah mempertengahkan segala macam dalil dan juga diselitkan dengan sesuatu kejadian yang menggerun dan menakutkan manusia akan azab Allah. Perlu diingat, bahawa Jemaah masa kini bukan lagi jemaah zaman 70an.., skrg adalah Jemaah zaman IT yg telah terbiasa dgn sesuatu yg baru. Oleh itu, bagi menarik perhatian Jemaah disamping tidak menggalakkan mereka tidur diwaktu khutbah, maka intipati khutbah wajar diisi dengan sesuatu yg realiti dan terkini.

4. Berwawasan – Apa yang diharapkan oleh masyarakat Islam dan Jemaah Islam, bahawa Khutbah itu wajar punyai wawasan untuk mengubah sikap dan pemikiran pendengar. Adalah menjadi tugas Pegawai Agama dan Pengurusan Masjid agar, apa jua Khutbah yang mahu disampaikan adalah sesuatu yang membawa kebaikan dan mengandungi pengajaran yg berguna. Kepada yang berkenaan, wajar lah dari saat ini jadikanlah dan imarahkan Masjid dengan berbagai program2 yang menarik minat pengunjung. Kekadang, kita terlalu menegur orang2 muda yg tidak mahu mendekati masjid, namun cuba kita ubah pula pendirian kita dengan menyoal diri kita, Apakah program2 yang wajar disusun untuk menarik golongan muda agar cintakan masjid. Berubahlah dan transformasikanlah diri kita agar perubahan kita itu akan membawa manafaat kepada yang lain.

Apapun, Kerajaan tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya kepada mereka yang ikhlas bekerja dan melakukan tanggungjawab yang di amanahkan. BUKTI Kerajaan perihatin dan bertanggungjawab cubalah fahami petikan berita akhbar yang kapak kepilkan disini :-

PM umum kenaikan elaun pegawai penyelia masjid daerah [2011/12/16]

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan kenaikan elauan Pegawai Penyelia Masjid Daerah (PPMD) daripada RM1,210 kepada RM1,810 dan tuntutan elaun perjalanan RM700 sebulan bermula tahun depan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sangat menekankan aspek pengimarahan masjid dan surau sepanjang masa kerana ia adalah pusat perpaduan umat serta menjadi simbol syiar Islam negara.
"Kerajaan juga bersetuju menambah 87 PPMD sedia ada ke semua daerah di seluruh negara semoga institusi masjid dan surau dapat diimarahkan dan terpelihara dengan sebaiknya," katanya ketika merasmikan Majlis Perdana Ulama, Umara dan Imam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, petang tadi.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalannya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Elaun perjalanan PPMD sebelum ini adalah RM500 sebulan.

Perdana Menteri berkata, berikutan sekarang hanya terdapat 87 PPMD di seluruh negara, beliau berkata kerajaan bersetuju menambah jawatan itu kepada seorang PPMD di setiap daerah di seluruh negara.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mencadangkan penubuhan Seketeriat khas Ulama dan Umara (UMUM) supaya komunikasi antara kerajaan dengan pihak berkenaan menjadi lebih terancang dan tersusun.
"Melalui seketeriat ini program seperti dialog, forum, makmal dan aktiviti dapat diurus tadbir secara bersama dengan agensi agama sedia ada," katanya.

Katanya, sekretariat itu juga akan menerajui makmal strategik Islam bagi menghasilkan penyelesaian serta perancangan terhadap isu berkaitan hal ehwal Islam.

Bagi memperkemaskan lagi sistem pentadbiran agama Islam di peringkat Persekutuan, Perdana Menteri turut mengumumkan pembinaan sebuah Kompleks Pusat Pentadbiran Islam Putrajaya yang akan dibina di Presint 2 dan dijangka siap dan boleh digunakan pada 2014.

"Sedar akan peranan dan hubungan istimewa antara ulama dan umarak dalam menentukan kesejahteraan rakyat serta negara, kerajaan menaruh harapan tinggi kepada golongan ini untuk berkongsi pandangan serta pendapat dalam semua aspek pemerintahan dan isu yang membabitkan kepentingan umat Islam yang sentiasa berhadapan dengan cabaran semasa," katanya.

Najib berkata nasihat ulama akan memberi faedah kepada pemerintah dan rakyat, pentadbiran di mana barisan kepimpinan negara amat memerlukan bantuan ulama serta cendiakawan dalam pelbagai bidang.

"Umarak pula memerlukan pandangan ulama untuk mendapatkan maklumat mengenai isu yang dibangkitkan serta kefahaman dari sudut fatwa serta hukum Islam. Ini hanya akan dapat dinatijahkan melalui hubungan erat ulama dan umara," katanya.

Pada masa sama, beliau turut berharap supaya institusi ulama dapat dimantapkan supaya disegani dan dihormati.

Perdana Menteri berkata ulama tidak boleh bersikap fanatik dan partisan dalam politik, taksub melulu atau suka menjatuhkan hukuman terhadap orang lain tanpa usul periksa.

"Bukan semua isu dalam negara ini terutama isu agama perlu dipolemik dan dipolitikkan, hatta isu mengerjakan haji juga turut dipolitikkan demi keuntungan politik sesetengah pihak," katanya merujuk kepada penyebaran dan fitnah yang dilemparkan ketika beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menunaikan ibadat haji baru-baru ini.

Pada majlis itu, Sheikh Roslan Abdul Halim Al-Hafiz dipilih menerima Anugerah Tokoh Imam Peringkat Kebangsaan 2011.

Ulama, umara perlu hindar perbezaan ideologi politik: Najib

2011/12/16
KUALA LUMPUR: Ulama dan umara diminta lupakan perbezaan ideologi politik dan bersama-sama mempertahankan dan menyelamatkan akidah serta maruah umat Islam daripada sebarang bentuk pencerobohan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, institusi ulama perlu dimantapkan supaya disegani dan dihormati.
"Ulama tidak boleh bersikap fanatik dan partisan dalam politik, taksub melulu atau menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.
"Sedar akan peranan dan hubungan istimewa antara ulama dan umarak dalam menentukan kesejahteraan rakyat serta negara, kerajaan menaruh harapan tinggi kepada golongan ini untuk berkongsi pandangan serta pendapat dalam semua aspek pemerintahan dan isu yang membabitkan kepentingan umat Islam yang sentiasa berhadapan dengan cabaran semasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perdana Ulama, Umara dan Imam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, petang tadi.

Najib berkata nasihat ulama akan memberi faedah kepada pemerintah dan rakyat, pentadbiran di mana barisan kepimpinan negara amat memerlukan bantuan ulama serta cendiakawan dalam pelbagai bidang.

"Umarak pula memerlukan pandangan ulama untuk mendapatkan maklumat mengenai isu yang dibangkitkan serta kefahaman dari sudut fatwa serta hukum Islam. Ini hanya akan dapat dinatijahkan melalui hubungan erat ulama dan umara," katanya.
"Bukan semua isu dalam negara ini terutama isu agama perlu dipolemik dan dipolitikkan, hatta isu mengerjakan haji juga turut dipolitikkan demi keuntungan politik sesetengah pihak," katanya merujuk kepada penyebaran dan fitnah yang dilemparkan ketika beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menunaikan ibadat haji baru-baru ini.

No comments: