Wednesday, December 21, 2011

CEO DAN GLC - NAKHODA DAN KAPALNYA

CEO-CEO GLC mesti melaksanakan tanggungjawab DAN mereka juga boleh dipertanggungjawabkan terhadap prestasi mereka.

Kapak terpanggil dan amat setuju dengan apa yang diperkatakan oleh YAB Perdana Menteri, agar setiap Ketua Pegawai Eksekutif/CEO bertanggungjawab sepenuhnya di atas kejayaan dan kecemerlangan syarikat-syarikat berkaitan GLC didalam perniagaan mereka. Pencapaian Petunjuk Aras [ KPI ] wajib ke atas perkhidmatan mereka samada memuaskan ataupun sebaliknya. Ingat, bahawa Kerajaan telah memberikan mereka “Imbuhan serta berbagai kemudahan Individu dan Keluarga” dan ada diantara mereka yang menerima lebih RM100,000 sebulan.

2. Jika begitulah jumlah pendapatan mereka, memang sudah sewajarnya mereka wajib memberikan “khidmat total” dan memastikan organisasi yg di terajuinya itu, membawa pulangan/keuntungan tahunan melebihi angka RM1 billion!. Walaupun demikian, kita juga wajar melihat, jika prestasi GLC itu memang sudah diketahui memang selama ini ia mencapai keuntungan sedemikian, MAKA adalah amat wajar organisasi kendalianya itu mencapai pencapaian dua kali ganda, maknanya ia wajar pula membawa pulangan RM2 bilion atau lebih. Ini baru boleh kita banggakan dan berbaloi membayar CEO dengan harga yang begitu mahal. Salah satu contoh adalah TNB, Telekom dan lain2. Manakala Petronas pula sememangnya ia telah memberikan prestasi yang amat2 membanggakan.

3. Oleh itu, sebagai rakyat kita tidak harus berpuas hati dengan pencapaian Organisasi di peringkat nasioanal dan yang telah bergelar konglemaret sahaja. Sewajarnya juga KPI dan ketebertanggungjawaban ini, wajar perhalusi di peringkat Kerajaan Negeri. Rakyat telah sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri Negeri juga mempunyai banyak anak-anak syarikat/GLC [Government Link Company] dan ada juga yang telah mengambil pakar-pakar yang “berkebolehan” dan tenaga muda kononya yang dibawa masuk bagi mengurus keberkesanan dan kejayaan terhadap organisasi yang dipimpinnya. Dalam kontek “Tenaga Muda” disini, biarlah yang punyai pengalaman, kerana pencapaian di atas kertas sahaja tidak menjamin kehebatan didalam didalam mengurus sepak terajang dunia pengurusan dan dunia perniagaan semesta.

4. Namun, hingga setakat ini rakyat masih tertanya2 apakah kejayaan dan sumbangan keuntungan yang telah dicapai? Kita tidak mahu, pengambilan mereka ini hanya setakat memenuhikan Kerusi-Kerusi Empuk dan punyai kepentingan suku sakat dikalangan mereka dan membelakangkan bahawa Kejayaan dan prestasi bagus adalah memainkan peranan penting didalam menjana dana untuk pembangunan akan datang dinegeri-negeri berkenaan.

5. Kapak suka mengambil contoh, Negeri Perak Darul Ridzuan khususnya iaitu negeri tumpah kelahiran kapak. Apa yang telah diselidiki, kejayaan GLC di Negeri Perak masih jauh dibawah indek yang memuaskan, kerana hanya terdapat segelintir sahaja GLC-GLC ini yang memberikan pulangan yang menguntungkan, sebagai contoh Lembaga Air Perak. Namun, anak-anak syarikat dibawah Perbadanan Kerajaan Negeri Perak, punyai prestasi yang lembab walaupun kekadang syarikat berkenaan punyai asset tanah yang boleh menjana pulangan yang hebat. Sedikit masa dulu, kita boleh juga dapat berbangga dengan adanya Organisasi seperti Perak Cement, namun kini hanya tinggal nama kerana “permainan sepak terajang perniagaan dan pemilikan pegangan saham, yang mungkin di adun sebegitu rupa. Ia telah menjadi satu lipatan sejarah Negeri Perak. [ Bloggers yg berminat cuba selidiki kesah benar trajedi ini]

6. Apapun, bagi Kapak, dalam kontek Negeri Perak, kapak berpandangan bahawa Kerajaan Negeri, wajar untuk “re-organise” semula struktur pengurusan GLC-GLC ini. Kerajaan Negeri wajar mengujudkan seorang sahaja CEO yang dipertanggungjawabkan keatas semua GLC-GLC tadi, agar tidak terdapat pertindihan tugas dan bidang kuasa. Kita sudah amat maklum, bahawa sebuah kapal itu hanya perlu ada satu nakhoda, dan hala tuju nakhoda inilah yang amat penting untuk diperhalusi dan diperhatikan setiap waktu dan bertanggungjawab terus kepada Menteri Besar di bawah Menteri Besar Incorporated ataupun Perbadanan Kemajuan Negeri Perak [PKNP]

7. Di Menteri Besar Incorperated inilah wujudnya CEO dan ahli Lembaga Pengarah, termasuklah Lembaga Penasihat yang membabitkan Tuanku Sultan/Wakil dan Pegawai Undang2 Negeri. [To check & balance ]

8. Dengan adanya skop yang jelas dan kuasa mengarah “Command Power”, seseorang CEO akan dapat memikir, merancana dan bertindak dan melaksanakan segala perancangan dan arahan terus ke subordinate dan anak-anak syarikat lain. Jika ini dapat terlaksana, maka tiada lagi suara-suara sumbang didalam melaksanakan sesuatu arahan “Excutive Command” yang sudah semestinya punyai ciri-ciri “Result-Oriented” dan kecemerlangan Negeri Perak.

Sebagai cadangan, Kapak bersikap terbuka di atas pandangan Kapak ini dan wajar ada yang membetulkan jika pengamatan Kapak ada yang tersimpang, kerana nawaitu Kapak adalah satu, iaitu berbuat sesuatu mahupun berubah sesuatu itu adalah kerana Allah, agar Kejayaan dapat dikecapi untuk rakyat Negeri Perak.

[ PETIKAN AKHBAR]

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Semua ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat milik kerajaan (GLC) hari ini diingatkan bahawa mereka akan dipertanggungjawabkan terhadap prestasi entiti yang diterajui mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, GLC yang dikendalikan perlu mencapai Prestasi Utama (KPI) seperti mana yang diharapkan oleh kerajaan. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bentuk tindakan yang bakal diambil sekiranya CEO gagal mencapainya.

''Kerajaan sentiasa mengkaji KPI mereka dan CEO-CEO GLC mesti melaksanakan tanggungjawab atau mereka boleh dipertanggungjawabkan,'' kata beliau selepas majlis pelancaran Pelan Sektor Kewangan dan siri mata wang baharu di Sasana Kijang di sini hari ini. Najib berkata demikian ketika ditanya mengapa menteri-menteri tertentu dilihat memberi penjelasan tentang prestasi GLC berbanding dengan CEO GLC.
Menjawab pertanyaan itu, Najib berkata: ''Mungkin menteri terpaksa menjawab kerana mereka lebih banyak berada di majlis berbanding CEO''. Bagaimanapun, beliau yakin CEO-CEO GLC tahu dan memahami peranan yang perlu dilaksanakan.Sementara itu, Najib berkata, Malaysia dijangka mengeluarkan lesen kepada sebuah bank Islam mega untuk beroperasi di negara ini.

Katanya, pengumuman lanjut mengenainya akan dibuat selepas semua perbincangan berhubung penubuhan bank itu selesai. ''Buat masa ini, kita belum membuat sebarang keputusan lagi,'' katanya.

Pada tahun lalu, Bank Negara Malaysia memberitahu ia akan meluluskan satu atau dua lesen operasi mega di bawah projek Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD).
Najib berkata, kerajaan sentiasa memberi pertimbangan kepada mana-mana institusi kewangan dan perbankan asing yang mahu beroperasi di Malaysia. Menurut beliau, setiap pertimbangan dibuat berdasarkan merit kerana kerajaan sudah pun menentukan kriteria tertentu kepada bank asing yang mahu beroperasi di sini.

Jelas Najib, antara dua kriteria utama yang dititikberatkan ialah kriteria kehematan dalam menjalankan perniagaan dan sumbangannya kepada ekonomi negara. Pertimbangan lain yang turut diambil kira ialah pengkhususan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank tersebut.

''Sekiranya bank-bank asing menawarkan fungsi berbeza, kita sedia memberi pertimbangan istimewa. ''Ini penting untuk memastikan kehadiran bank-bank asing ini tidak memberi persaingan kepada bank- bank tempatan,'' tambah beliau.

No comments: