Friday, December 9, 2011

PENGUATKUASAAN PERLEMBAGAAN NEGARA DAN MAJLIS & JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI2 WAJAR PRO-AKTIF TERHADAP ISU MURTAD.

Kapak serta rakyat Malaysia yang beragama Islam amat kecewa dan sedih terhadap gejala yang berlaku dewasa ini yang membabitkan gerakan memurtadkan orang2 Islam di Malaysia, yang kurang ditangani secara total dan bersepadu.

Isu ini juga telah menjadi gusaran oleh dikalangan orang Istana yang prihatin terhadap apa yang berlaku sekarang yang telah dizahirkan oleh secara terang dan terus kepada pihak berwajib untuk bertindak. Antara keluarga Istana yang kapak maksudkan ialah:

i. DYMM Sultan dan Raja Muda Raja Nazrin – Istana Perak
(Lihat teguran Raja Nazrin di Berita Perak Jilid 2 Oktober 2011)

ii. DYMM Sultan Selangor - Istana Selangor.

Isunya sekarang ini dimanakan keberkesanan tindakan yang dijalankan oleh Jabatan yang telah di amanahkan kepada mereka.

i. Adakah Perlembagaan Negara terhadap perkara ini tidak dapat dikuatkuasakan kerana ia disebabkan kurang ampuh untuk dilaksanakan?

ii. Adakah birokrasi terhadap perlaksanaannya?

iii. Kenapa Jabatan ini gagal dalam membantu golongan yang susah dan memerlukan, dan akhirnya mereka mendekati atau didekati oleh golongan pendakyah kristian dan membantunya dengan mudah dan menjadikan mereka rasa disayangi dan diperlukan lebih dari kalangan & golongan Islam sendiri?

iv. Perlukah Majlis & Jabatan Agama Negeri2 diamanahkan kepada mereka yang lebih pro-aktif, efisyan, professional dan yang lebih penting amanah dan ikhlas didalam melaksanakan tanggungjawab bukan sekadar memanaskan kerusi jawatan tersebut?

v. Perlukah Perlembagaan sedia ada ini kurang berkesan dan perlukan pindaan segera agar sesuai dengan tindakan yang membolehkan perlaksanaannya secara total.

vi. Perlunya Umat Islam di Malaysia ini agar pro-aktif dalam menangani masalah ini dan dapat membantu Jabatan berkenaan untuk bertindak. – Moralnya adalah Tindakan bersepadu Umat Islam Malaysia adalah digarap.


Laporan Akhbar terhadap isu ini.

1) Sultan Selangor bimbang gerakan murtadkan umat Islam

SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan menandatangani plak perasmian Masjid Kampung Sungai Gulang-Gulang sempena majlis perasmian masjid itu di Tanjong Karang dekat Kuala Selangor, semalam. - BERNAMA
________________________________________

TANJONG KARANG 9 Dis._ — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah supaya pihak-pihak yang bertanggungjawab terutamanya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil langkah-langkah strategik bagi menangani gerakan memurtadkan orang Islam.

"Beta dimaklumkan bahawa kegiatan memurtadkan umat Islam ini berlaku secara sembunyi-sembunyi dan pihak-pihak yang terbabit begitu bijak menyembunyikan bukti-bukti yang jelas," titah baginda ketika merasmikan Masjid Kampung Sungai Gulang-Gulang di sini.
JAIS hendaklah sentiasa berusaha memberikan penerangan dan juga kaunseling kepada mereka yang dikenal pasti terlibat dalam aktiviti ini, titah baginda.

"Beta juga berkenan menyarankan pihak JAIS agar sentiasa bertindak dengan cara dan pendekatan yang berhemah supaya umat Islam yang mula menjauhkan diri daripada ajaran Islam akan tertarik semula untuk kembali ke pangkal jalan dan bertaubat," titah baginda.

Sultan Selangor bertitah wujudnya gejala murtad di kalangan umat Islam adalah satu perkara yang begitu membimbangkan selain daripada ajaran sesat selepas baginda mengetahui perkara itu berlaku sejak beberapa tahun lepas tetapi masih ragu-ragu akan kebenarannya.

"Namun sejak beberapa peristiwa yang berlaku kebelakangan ini, beta merasa bimbang akidah umat Islam akan tergugat sedikit demi sedikit disebabkan timbulnya kekeliruan dan terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang disampaikan oleh pihak-pihak tertentu," titah baginda.

Perkara seperti ini jika dibiarkan dan tidak dibendung akan merosakkan perkembangan dan pembangunan agama Islam di Selangor, titah baginda.
Sultan Selangor bertitah baginda seringkali mengingatkan supaya setiap program yang diadakan di masjid dan surau di negeri ini dikendalikan oleh mereka yang berkelayakan dan bertauliah daripada JAIS kerana mahu mereka mendapat ilmu pengetahuan berdasarkan kepada sumber-sumber yang sah agar tidak terpesong atau terkeliru.

Baginda juga tidak mahu di suatu hari nanti umat Islam akan berpecah-belah akibat perselisihan faham atau perbezaan pengetahuan yang diperolehi dari sumber-sumber yang tidak sah.

Sambil mengingatkan rakyat supaya sentiasa berhati-hati dengan elemen yang menjurus kepada ajaran sesat, baginda mahu mereka supaya jangan cepat terpengaruh dengan ajakan atau umpanan pihak-pihak tertentu yang nampak begitu baik dan ikhlas untuk membantu pada mulanya tetapi mempunyai agenda tersembunyi.

"Setiap ajaran atau ceramah yang didengar haruslah disiasat atau dirujuk kepada sumber-sumber yang dipercayai sebelum diamalkan agar kita semua terpelihara daripada terjebak di dalam ajaran-ajaran yang menyesatkan," titah baginda.
Pada majlis itu, baginda bersama jemputan dan jemaah masjid menyertai majlis membaca surah Yasin dan doa selamat yang dipimpin Mufti Negeri Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid sebelum solat Jumaat sempena Ulangtahun Keputeraan Baginda yang ke-66 dan 10 tahun memerintah sebagai Sultan Selangor.

Baginda juga berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor berjumlah RM100,000 dan RM600,000 daripada Maybank Islamic Bhd.

Masjid Kampung Sungai Gulang-Gulang ini mula dibina pada tahun 2002 bagi menggantikan masjid lama yang telah berusia lebih 50 tahun dengan peruntukan RM5 juta. — BERNAMA

2) Anak angkat dipercayai murtad
Oleh NORZAINURA ABDUL MAJID utusanjohor@utusan.com.my

BATU PAHAT 9 Dis. - Seorang wanita meminta pihak yang berkaitan membantu anak angkatnya yang dipercayai telah murtad, kembali ke pangkal jalan.
Perasaan sedih, kecewa dan tertekan membuatkan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Norsidah Ahmad Zaman, 43, meminta bantuan supaya anak angkatnya yang dikenali sebagai Am, 23, kembali ke jalan yang benar.

Menurutnya, walaupun Am hanya anak angkat, dia amat bimbang apabila melihatnya memakai rantai lambang 'salib' pada Aidilfitri lalu.
"Apabila ditanya dia kata suka-suka sahaja tetapi naluri seorang ibu memberitahu ada sesuatu yang tidak kena," katanya sambil memberitahu ia bermula apabila kesusahan hidup membuatkan Am membawa diri ke Melaka tahun lalu setelah gagal mendapat pekerjaan di daerah itu.

Norsidah memberitahu, di Melaka, Am telah berkenalan dengan seorang lelaki yang memberinya barangan keperluan termasuk makanan serta membawanya ke gereja.
Sejak itu, dakwa Norsidah, Am sering mengikut lelaki itu ke gereja dan dia turut menerima bantuan sara hidup sebanyak RM500 sebulan.

Norsidah memberitahu, Am yang mempunyai lapan beradik dan berasal daripada keluarga susah sering menghubunginya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Dakwanya, antara kandungan SMS yang dikirimkan Am termasuk usahanya meminta bantuan dengan orang kafir lebih mudah dan tidak perlu mengisi borang malah, bantuan dihulurkan segera.

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Mohamad Tahrir Samsuddin berkata, pihaknya akan menyiasat kes itu dan menasihatkan umat Islam supaya berwaspada semasa menerima sebarang bantuan daripada golongan atau pertubuhan bukan Islam.
Beliau bimbang bantuan yang dihulurkan mengandungi unsur dakwah yang boleh memesongkan akidah umat Islam terutamanya golongan remaja.

Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad pula berkata, pelbagai saluran boleh digunakan untuk mendapatkan bantuan berbanding meminta bantuan pihak tertentu yang mungkin mempunyai agenda sendiri.

"Saya mengharapkan agar pemuda berkenaan sedar dengan tindakan yang dilakukannya itu," katanya yang turut serta dalam pertemuan dengan Norsidah di rumahnya di Taman Semerah, dekat sini baru-baru ini.

Wallahuaklam.

No comments: