Bismillahirrohmaanirraahim.
Selawat dan Salam Pada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Para Malaikat, Para Wali2 Allah, Para Ambia dan juga Cendikiawan Ilmuan Islam yang telah banyak berjasa kepada perkembangan dan pemerkasaan Agama Islam di bumi Allah yang bertuah ini.
Marilah kita sama-sama beristighfar dan merenung2 kembali terhadap segala apa jua yang berlaku disekeliling kita terutamanya akan musibah yang diberikan kpd masyarakat umumnya. Kenyataan dan apa jua yang berlaku itu adalah semata2 peringatan Allah terhadap makhluknya agar sedar akan ketelanjuran, kesilapan dan dosa-dosa besar serta kecil yang telah kita lakukan terhadap keengkaran tatasusila kehidupan seharian seperti mana yang telah di ajar dan di anjur untuk kita taat dan akur pada yang Maha Pecipta, iaitu Allah Rabbul Jalil.
Cuba kita selidiki kelalaian kita seharian didalam usia yang semakin meningkat ini, ibarat "rumah kata pergi dan kubur kata mari". Antaranya adalah seperti berikut :-
i. Bagaimanakah Syahadah yang kita Ucap dan Iqtiqokkan? Adakah benar2 kita laksanakan dan tidak sesekali kita menyekutukanNya dari sekecil2 perbuatan, yakni melalui ucapan? Cuba fikirkan!
ii. Adakah kita benar-benar melakukan solat dan takut serta taat akan janji kita manusia sebagai makhluk terhadap penciptaNya?
iii. Sempurnakah Amalan seharian yang telah disyariatkan? Bagaimana dengan solat, puasa, zakat dan ketaatan kepada pimpinan selagi tidak menyanggah terhadap apa yang Islam wajibkan ke atas kamu?
iv. Bagaimankah cara kita bermuamalat/berniaga dan bermasyarakat? Adakah perniagaan kita mengikut syariat Allah? Adakah perniagaan itu di keluarkan zakat atas keuntungan yang kita jana? Corak kehidupan dan bermasyarakat bagaimana? Adakah masyarakat kita berfesyen dgn menutup "Aurat" dan Gaya kehidupan yang saling-sayang menyayangi antara Islam dan sesama makhluk? Adakah kita jauhi adu-domba, hasad dengki, khianat, berbunuhan secara kebatinan alam mistik, berkawan dgn jin yang memekarkan perbuatan khianat dan sebagainya?
v. Adakah kita bermasyarakat secara ukhwah? saling berkasih-sayang, tolong menolong, hormat-menghormati, akur kepimpinan, akur dgn apa yang Agama sarankan serta wajibkan? Adakah kita sudah mencari semua ini, demi bekalan kita di alam akhirat nanti sebelum bertemu kembali dengan "Rabbul Jalil" di hari pembalasan di Padang Masyar?
Oleh itu, saya mengingatkan diri saya dan semua muslimin serta muslimat sekelian, Jika semua di atas belum kita laksanakan dan perolehi, maka didalam kesempatan umur yang masih ada dan tinggal ini, marilah sama2 kita cari, mempelajari dan mengamalkannya. Pencarian ini wajar dgn bergurukan Guru yg Mursyid, maka carilah.....
Agar, bila roh kita keluar dari jasad nanti, roh kita tidak terawang-awang disebabkan ia tidak diterima oleh ALLAH. Tidak "penerimaan" inilah yang menjadi punca "ROH" tadi menjadi syaitan yang akan menghasut manusia agar ikut serta dgnnya dgn hati yang selalu syak dan memungkiri segala janji terhadap Penciptanya.
Ingat, bahawa semua "ROH" itu adalah suci dan bersih seperti sebersih2 kain putih ketika di "ALAM MAHFUZ" tetapi bila "ROH" tadi telah ditiupkan untuk menjadi manusia didalam rahim seseorang ibu, maka dari peringkat itulah ia mula mempelajari erti kehidupan dan ia terus dibuai dan jana mengikut pembawakan diri manusia itu dari peringkat ia lahir kedunia, alam kanak-kanak, remaja,dewasa dan matang.
Pengisian kehidpuan berperingkat inilah yang setiap keluarga wajar jagai, agar pembentukan diri manusia ini akan sentiasa diajari dan dibimbing kepada satu perkara asas, iaitu meng ESA kan Allah dengan TIDAK sesekali menyekutukannya dgn sesuatu, serta melakukan segala apa jua amalan yang di perintah dan meninggalkan apa yang ditegah. Lupakah kita terhadap simbolik ini? Mengapakah mayat manusia itu bila dikafankan ia wajar dibalut dan diselimutkan dengan kain putih? kenapa tidak hitam, pink, merah, hijau dan sebagainya? PUTIH itu tandanya bersih................. sifat ROH itu juga mulanya suci dan bersih......
Beringatlah wahai manusia ........ ingat janji2 Allah..... Hanya manusia yang lalai shj yang lupa akan janjinya!.
No comments:
Post a Comment