Bismillahirrohmaanirraahim.
Selawat dan Salam Pada Junjungan Besar Nabi
Muhammad SAW, Para Malaikat, Para Wali2 Allah, Para Ambia dan juga Cendikiawan
Ilmuan Islam yang telah banyak berjasa kepada perkembangan dan pemerkasaan
Agama Islam di bumi Allah yang bertuah ini.
Marilah kita sama-sama beristighfar dan merenung2
kembali terhadap segala apa jua yang berlaku disekeliling kita terutamanya akan
musibah yang diberikan kpd masyarakat umumnya. Kenyataan dan apa jua yang
berlaku itu adalah semata2 peringatan Allah terhadap makhluknya agar sedar akan
ketelanjuran, kesilapan dan dosa-dosa besar serta kecil yang telah kita lakukan
terhadap keengkaran tatasusila kehidupan seharian seperti mana yang telah di
ajar dan di anjur untuk kita taat dan akur pada yang Maha Pecipta, iaitu Allah
Rabbul Jalil.
Cuba kita selidiki kelalaian kita seharian
didalam usia yang semakin meningkat ini, ibarat "rumah kata pergi dan
kubur kata mari". Antaranya adalah seperti berikut :-
i. Bagaimanakah Syahadah
yang kita Ucap dan Iqtiqokkan? Adakah benar2 kita laksanakan dan tidak sesekali
kita menyekutukanNya dari sekecil2 perbuatan, yakni melalui ucapan? Cuba
fikirkan!
ii. Adakah kita benar-benar
melakukan solat dan takut serta taat akan janji kita manusia sebagai makhluk terhadap
penciptaNya?
[ LAM ALIF ]
iii. Sempurnakah Amalan seharian yang
telah disyariatkan? Bagaimana dengan solat, puasa, zakat dan ketaatan kepada
pimpinan selagi tidak menyanggah terhadap apa yang Islam wajibkan ke atas kamu?
iv. Bagaimankah cara kita bermuamalat/berniaga
dan bermasyarakat? Adakah perniagaan kita mengikut syariat Allah? Adakah
perniagaan itu di keluarkan zakat atas keuntungan yang kita jana? Corak
kehidupan dan bermasyarakat bagaimana? Adakah masyarakat kita berfesyen dgn
menutup "Aurat" dan Gaya kehidupan yang saling-sayang menyayangi
antara Islam dan sesama makhluk? Adakah kita jauhi adu-domba, hasad dengki,
khianat, berbunuhan secara kebatinan alam mistik, berkawan dgn jin yang
memekarkan perbuatan khianat dan sebagainya?
v. Adakah kita
bermasyarakat secara ukhwah? saling berkasih-sayang, tolong menolong,
hormat-menghormati, akur kepimpinan, akur dgn apa yang Agama sarankan serta
wajibkan? Adakah kita sudah mencari semua ini, demi bekalan kita di alam
akhirat nanti sebelum bertemu kembali dengan "Rabbul Jalil" di hari
pembalasan di Padang Masyar?
Oleh itu, saya mengingatkan diri saya dan semua
muslimin serta muslimat sekelian, Jika semua di atas belum kita
laksanakan dan perolehi, maka didalam kesempatan umur yang masih ada dan tinggal
ini, marilah sama2 kita cari, mempelajari dan mengamalkannya. Pencarian ini
wajar dgn bergurukan Guru yg Mursyid, maka carilah.....
[ BISMILLAH23 ]
Agar, bila roh kita keluar dari jasad nanti, roh
kita tidak terawang-awang disebabkan ia tidak diterima oleh ALLAH. Tidak
"penerimaan" inilah yang menjadi punca "ROH" tadi menjadi
syaitan yang akan menghasut manusia agar ikut serta dgnnya dgn hati yang selalu
syak dan memungkiri segala janji terhadap Penciptanya.
Ingat, bahawa semua "ROH" itu adalah
suci dan bersih seperti sebersih2 kain putih ketika di "ALAM MAHFUZ"
tetapi bila "ROH" tadi telah ditiupkan untuk menjadi manusia didalam
rahim seseorang ibu, maka dari peringkat itulah ia mula mempelajari erti
kehidupan dan ia terus dibuai dan jana mengikut pembawakan diri manusia itu
dari peringkat ia lahir kedunia, alam kanak-kanak, remaja,dewasa dan matang.
[ HUWA]
Pengisian kehidpuan berperingkat inilah yang
setiap keluarga wajar jagai, agar pembentukan diri manusia ini akan sentiasa
diajari dan dibimbing kepada satu perkara asas, iaitu meng ESA kan Allah
dengan TIDAK sesekali menyekutukannya dgn sesuatu, serta melakukan segala apa
jua amalan yang di perintah dan meninggalkan apa yang ditegah. Lupakah kita
terhadap simbolik ini? Mengapakah mayat manusia itu bila dikafankan ia wajar
dibalut dan diselimutkan dengan kain putih? kenapa tidak hitam, pink, merah,
hijau dan sebagainya? PUTIH itu tandanya bersih................. sifat ROH itu
juga mulanya suci dan bersih......
Beringatlah wahai manusia ........ ingat janji2
Allah..... Hanya manusia yang lalai shj yang lupa akan janjinya!.
Wallahuaklam.
2 comments:
Kenapa tak angkat phone bro... Kita orang kat sri malaysia...
KAMI, di border Kedah/Perlis ada tugas bro......
Post a Comment