Sunday, April 22, 2012

DUNIA ISLAM DIAMBANG KEHANCURAN DISEBABKAN OLEH UMATNYA SENDIRI.


Didalam situasi dunia Islam yang dihimpit pancaroba dan anasir-anasir jahat Nasrani serta Yahudi laknatullah ini, adalah wajar untuk kita fikirkan bersama realiti kehidupan semasa dan juga masa depan Agama Islam di Negara ini.

 

Sedarkan kita bahawa Negara2 Islam sedang diambang kekecohan dan perpecahan. Angkara siapa? Lihat di Semenanjung Tanah Arab dan Semenanjung Afrika Utara terutamanya Negara Islam.... kenapa sentiasa bergolak?..... Siapa batu api di atas pergolakan ini?


Ini adalah kesan "REGIME CHANGE" yang diilhamkan oleh Amerika dan Yahudi dan Anwar Ibrahim adalah salah seorang directornya. Cuba kita lihat kejatuhan Mesir, Iraq, Libya dan sekarang Syria serta Sudan, serta lain... Adakah kejatuhan kerajaan yang ada akan membawa keamanan sejagat disana? Apakah tujuan "REgime Change" itu... ia adalah untuk mengabui mata masyarakat Islam dunia, kononnya pemerintah yang ada, adalah zalim...


TAPI natijahnya bila jatuhnya Kerajaan Islam Iraq dibawah Saddam Hussien, adakah Kerajaan Islam di Iraq sekarang cukup kuat dan lebih Islam dari zaman Saddam? Yg sudah tentu, ia masih berperang dan berpecah belah... Siapa yg untung? Sudah tentu Amerika dan puak2 kapitalis Yahudi diseluruh Dunia. Yang pastinya, Amerika masih mendominasikan minyak Iraq....  Dengan kebodohan Umat Islam sendiri dan juga pengkhianatan segelintir Umat Islam yang dilaknati Allah yg membantu menghancur Kerajaan Islam di sana...

Cuba kita fikirkan semula dan lihat apa yang sedang berlaku di Iraq dan Libya? Adakah kerajaan yg dipilih oleh mrk itu, lebih baik dari yg sebelumnya?... Apakah hukum menjatuhkan Kerajaan Islam? Tak kiralar tahap mana Keislaman Kerajaan sebelum ini, Tapi  MRK MASIH MENGAMALKAN SOLAT DAN MASIH BERKUMANDANG AZAN DAN SYIAR ISLAM DISANA....Rakyatnya tiada kebuluran tiada wabak penyakit yang amat menyedihkan. Wahai Umat Islam walaupun dimana anda berada, ambil lah pendekatan yang rasional, gunakan minda yang waras, tiada hasad dengki, tamak haloba dan pentingkan diri, kuasa dan wang. Jika kita dapat mengambil itu sebagai satu pendekatan yang ikhlas, maka akan aman lar Negara itu.
Kesilapan dan kecuaian seseorang Islam itu, bukan bunuh dan hancurkan hukumannya, TATEPI adalah lebih cerdik untuk ditegur dan dibantu untuk menguatkan Islam itu semula, krn sifat manusia itu saling perlu memerlukan. Adakah kita rasa Islam diri kita itu,  lebih baik dari seseorang Islam yg lain? Ingat, bahawa Kerja menilai keislaman ini adalah kerja Allah, krn Allah tahu dan maha mengetahui dan dialah  penciptaNya.

 

Manusia tiada hak untuk menilai dan mengkafirkan sesama insan,  kerana natijah manusia itu dijadikan pun sama sahaja,  yang membezakan adalah amalan ikhlas yg mereka dilakukan... Siapa yg dapat menilai keikhlasan seseorang? Hanya Allah yg Maha mengerti dan  Maha mengetahui. Biarkan, itu adalah kerja Allah.. manusia tiada hak dan banyak lagi kerja yg wajib dilakukan oleh manusia didunia ini. Ingat tak doa ini:-

KOLU INNALILAHIWAINNAILAIHIROOJIUN, LAKHOWLAWALA KUWATAILLA BILLA HIL ALII'AZIM.
“ Sesungguhnya dari tanah kita dijadikan, maka kita dikembalikan semula ke tanah jua – Tiada Hak Bagi Aku, Yang berhak itu hanya Allah, Tiada berkuasa bagi aku, kerana yang berkuasa itu hanya Allah, Apa kata aku, itu kata Allah [dalam jasad manusia itu ada Nur Muhammad dan Nur Allah] Tiada yang lain, yang ada hanya Allah”
Marilah sama-sama kita renungkan dan jadikan sebagai pedoman……  sebelum kita diambil kembali menemui “Rabbul Jalil” semula.

Wallhuaklam.

No comments: