Monday, July 25, 2011

BILA AGAKNYA PUAK-PUAK ISLAM DI MALAYSIA NI NAK SEDAR - MENGAPA ASYIK BERCAKARAN DAN ALPA!

Kapak amat sedih dan amat2 marah bila membaca petikan di bawah ttg apa yg diungkapkan oleh sibangsat Andrers Behring di Norway. Beliau amat membenci Umat Islam dan akan membunuh org Islam di serata dunia dan akan melancarkan Perang Salib. Dan ada juga sebahagian besar Negara Islam yang masih bersekongkol dengan Amerika untuk membunug Osama ben Ladin.Namun, setiap kematian atas nama perjuangan Umat Islam pasti akan tumbuh 1,000 lagi Osama bin Laden. Tunggu dan lihat lah!.

Berbalik kepada cerita di Norway itu, dimana bangsa Eropah sedang meluap2 bencikan umat Islam dan mahu menindas Negara2 Islam dengan cara melaga-lagakan kumpulan atau puak sesama Islam dengan TUJUAN melemahkan mereka. Ini telah jelas dan betul2 berlaku. Contoh yang amat nyata adalah kehancuran Negara IRAQ dan sekarang cuba digerakkan di Mesir, Libya, Jordan, Syria dan beberapa Negara Islam lain.

Yang terbaru dan terkini adalah di Malaysia, dengan kenyataan jelas dan nyata tentang beberapa pertubuhan Kristian yang berpengkalan di Amerika dan Englang yang memberi bantuan Dana program dan himpunan yang menggunakan Istilah "Demokrasi" dan ketulusan kerajaan seperti yang di lakukan oleh BERSIH.- Ambiga yang menjadi Nakhoda
Himpunan bersih cuba berselindung dengan berbagai tuntutan yang dinyatakan, namun bila diselidiki kebanyakan tuntutan itu sudah terjawab dan jelas telah diperbetulkan kerana Kerajaan sekarang telah mengamalkan "RAKYAT DIDAHULUKAN" - suara rakyat menjadi perancang utama ke arah mana Negara mahu dibawa dan kejayaan yang mahu digilap.

Ambiga dengan BERSIH nya cuba menafikan ini dan menggunakan landasan "DEMOKRASI DAN KETELUSAN" untuk menyerang dan memporak-perandakan dikalangan rakyat. Bersih menggunakan wang NGO Kristian untuk cuba menjatuhkan Kerajaan Islam di Malaysia yang sudah terbukti ketelusan dan sentiasa mendahulukan rakyat dan telah terbukti di mana Malaysia telah menjadi modal negara Islam yang membangun dan berjaya dan akan menjadi Negara Maju menjelang 2020.

Kita semua tahu siapa Anwar AlJuburi dan rakan2 mereka. Anwar dan sekutu kuatnya di Amerika akan membuat apa saja asalkan beliau menjadi PM seperti yang amat di idam2kan dengan membelakangkan apa jua kehendak rakyat majoriti. Kaum2 lain seperti CINA dan INDIA yang sudah tidak sedar diri akan asal usul mereka dengan membabi buta menyokongnya. Dimanakah Kaum Melayu selepas ini jiak Kerajaan Islam Malaysia ini lenyap dari bumi Malaysia. Fikir2lar sebaik-baiknya.

Kapak bukanlah penyokong TEGAR BN/UMNO, TETAPI Kapak menilai dari segi realiti dan kemajuan yang telah dicapai oleh Malaysia sehingga kini. Pencapaian Malaysia ini, adalah sesuatu yang amat2 dibanggakan dan sebagai raakyat Malaysia, KAPAK rasa kita wajar bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang dan TIDAK AKAN MUNGKIN kita akan dapat mengecapi ini semua jika Negara bergolak dan dipimpin oleh mereka yang bukan ISLAM. Ingat wahai kaum Bumiputra dan Melayu. Ingat ini adalah asal usul tanah tumpah darah kita dan nenek-moyang kita telah berkorban apa saja demi tanah bertuah ini? Adakah kita redha ia di pimpin oleh Sang Durjana Anwar Juburi dan kuncu2nya dari DAP laknatullah serta tangan2 ghaib dari Eropah yang memang irihati dan dendam akan kemajuan Malaysia yang ditadbir oleh majoriti Umat Islam. Islam mementingkan kedamaian dan adil kepada semua rakyatnya selagi mereka akur dan hormat akan rukunegara dan menghormati undang2 Negara.

Sekali lagi KAPAK menyeru kepada semua Umat Islam di Malaysia agar kembali bersatu, jika Tuan2 Guru Anda menyatakan bahawa kepimpinan mereka sahaja yang betul, maka elok lah TINGGALKAN SAHAJA mereka, kerana sudah tentu mereka ingin membawa bencana kepada Bangsa dan kaumnya sendiri.Keangkuhan dan riak mereka juga sudah melambangkan mereka bukan Islam sebenar. Islam sebenar adalah yang sederhana dan cinta perdamaian, waima mereka tidak sesekali sukakan perpecahan. Cuba renung dan lihat apa yang Nik Aziz, Haji Hadi dan sebahagian besar puak PAS terlampau ini, menggunakan Agama untuk kepentingan parti mereka. Sedar2 lar seblum terlambat.
"Sesal dahulu pendapatan sesal kemuadian berputih mata"

Terima kasih -- KAPAKTAJAM


Fanatik Kristian Norway mahu lancar Perang Salib


SUNDVOLLEN, Norway 24 Julai - Seorang fanatik Kristian berhaluan kanan yang membunuh sekurang-kurangnya 92 orang di Norway menganggap tindakannya sebagai sangat kejam tetapi perlu, kata peguamnya.

Dalam kenyataan pertamanya menerusi peguam sejak dia ditangkap, Anders Behring Breivik, 32, menyatakan kesediaan untuk menjelaskan tindakannya di mahkamah pada sesi yang dijadual diadakan esok berkaitan permohonan untuk melanjutkan tempoh penahanannya.

"Dia percaya tindakannya sangat kejam tetapi pada fikirannya tindakan itu perlu diambil," kata peguam, Geir Lippestad kepada stesen televisyen bebas, TV2.

Katanya, anak guamnya mengaku melepaskan tembakan dan meletupkan bom.

Lippestad yang bercakap malam tadi tidak memberi butir lanjut mengenai motif Breivik.

Breivik membenci 'golongan marxis budaya', mahu 'perang salib' dilancarkan bagi menyekat penyebaran Islam, dan dia juga menggemari senjata api dan sukan angkat berat selain menyiarkan pandangannya di laman web, kata pegawai.

Rakaman video yang disiarkan di laman web YouTube menunjukkan beberapa gambar Breivik, termasuk dia berpakaian penyelam sambil mengacukan senjata automatik. - Reuters

No comments: